Wednesday, July 29, 2015
7
Assalamualaikum...

Protein adalah sejenis nutrien yang melaksanakan pelbagai fungsi dalam badan dan merupakan diet yang paling penting dalam badan. Memahami konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan satu kunci kepada gaya hidup yang sihat, tidak kira samaada mahu menurunkan atau menaikkan berat badan.

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim

Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein.

PERANAN PROTEIN:
  1. Menggantikan sel-sel dan tisu yang mati atau rosak.
  2. Mengawal proses badan (sesetengah hormon tetapi bukan semuanya adalah protein).
  3. Mengekalkan jumlah dan komposisi cecair badan.
  4. Mengangkut bahan-bahan seperti lemak, vitamin, mineral dan oksigen ke seluruh badan.
  5. Melindungi badan terhadap penyakit melalui antibodi dan menguatkan sistem imun badan.


SUMBER PROTEIN:

Protein dalam diet kita boleh didapati daripada dua sumber utama iaitu protein haiwan (contohnya susu, telur, daging dan ikan) dan protein tumbuhan (contohnya bijirin, kacang, kekacang dan produk soya). Protein haiwan adalah lebih lengkap secara biologi daripada protein tumbuhan kerana protein haiwan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan. Walaupun protein tumbuhan adalah protein yang tidak lengkap, ia adalah pengganti yang baik untuk daging atau protein haiwan. Tambahan pula, jika dua protein tumbuhan seperti kekacang dan bijian atau kekacang dan kacang/biji dicampur bersama, ia akan saling melengkapi dan membekalkan semua asid amino penting yang diperlukan untuk seseorang individu.
Sumber Protein daripada Makanan
Semua produk yang terhasil daripada sumber kacang soya mengandungi tinggi protein. Contohnya tauhu, susu soya, tempe dan sebagainya adalag produk daripada kacang soya. Ada yang mengatakan juga dengan pengambilan tempe, seseorang boleh jadi pandai. betul ke? Itu kena tanya orang jawa, sebab mereka yang selalu makan tempe. hehe...


Energizing Soy Protein (ESP)


Energizing Soy Protein (ESP) daripada Shaklee merupakan satu-satunya produk yang menyediakan 9 asid amino yang penting yang diperlukan oleh tubuh kita. Juga diperkayakan dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua lapisan umur tua atau muda. Indeks glisemik (GI) untuk ESP adalah rendah iaitu 39.


ESP merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

ESP mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

ESP tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. ESP ini adalah diperkaya kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GMO, boleh baca di SINI

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ESP, boleh lihat  entri KELEBIHAN ESP


Ingin mendapatkan ESP atau produk Shaklee yang lain? hubungi Mia untuk harga istimewa.


-With Love-
MiaZain
012-928 3726

7 comments:

  1. tempe juga menguatkan tulang..hihihi...dia ada klasium..pengganti susu.

    ReplyDelete
  2. salam jumaat yg barakah
    baru dpt terjah bw sini
    slamat hari raya

    ReplyDelete
  3. a'ah berdasarkan pemerhatian, student yg straight A's kat belah pantai timur nuu rasanya salah satu sebab dya mungkin protein.. hari2 dpt makan ikan segar uishh dap tuu.. pasal tempe tu pon kwn husna sampai skarang asyik buat goreng sebagai kudapan.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. boleh kurus cepat insyallah.. kalo diet protein yg kena gayanya..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...