Wednesday, July 29, 2015
4
Assalamualaikum

Lagi berita tentang kemalangan yang menyebabkan kehilangan nyawa melibatkan Eskalator. Sebelum nie pun dah banyak kali kita dengar tentang kemalangan melibatkan eskalator nie. Ada yang termasuk kaki dan tangan ke dalam eskalator la. 

Yang terbaru, seorang ibu maut apabila besi pada sebuah eskalator yang dinaikinya runtuh dan beliau telah terjatuh kedalam eskalator tersebut. Akan tetapi, ibu tersebut sempat mencampakkan anaknya agar dapat diselamatkan. Itulah kisah yang menyayat hati. Sempat lagi ibu tersebut berfikir untuk menolak anaknya kehadapan supaya anaknya selamat. 


Kejadian ini berlaku di China. Mangsa berusia 30 tahun menaiki eskalator pada mulanya tidak mengalami apa-apa gangguan, tetapi sebaik sampai di tangga terakhir, eskalator seakan menjadi tanah jerlus, wanita itu hanya sempat menghulurkan anaknya kepada 2 orang penyambut tetamu dan kemudian ditelan ke bawah eskalator. Maut ditempat kejadian dan ditemui dipermulaan (bawah tangga) selepas 3 jam. Siasatan memaklumkan bahawa berlaku kecuaian sewaktu penyelenggaraan eskalator tersebut. 

Kisah yang tragis. Berhati-hatilah kita sewaktu menggunakan eskalator. 

-With Love-
MiaZain

4 comments:

  1. ya allah....sakit perut akak tgok....sure mati tu kan....

    ReplyDelete
  2. Assalam mia,
    YaAllah
    macam mana la boleh jadi sampai macam tu kan3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...