Monday, July 06, 2015
1
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, tinggal lebih kurang sepuluh hari je lagi kita akan berpuasa, kemudian kita akan menyambut hari raya pula, sebagai tanda kita telah berjaya berpuasa sebulan penuh. #Cabaran20Hari hari ini bertajuk tetamu yang ditunggu-tunggu pada hari raya pertama.

cabaran 20 hari, tetamu yang ditunggu-tunggu di hari raya

Sebut tentang tetamu hari raya, kalau dulu waktu kanak-kanak mestilah tetamu yang kita tunggu-tunggu adalah kawan-kawan sekolah kan. Dan yang paling ditunggu-tunggu tentulah pasangan kekasih. Itupun kalau ada pasangan waktu tu. hehe. 

Tapi bila dah berkahwin, kita tunggu jiran-jiran je la datang beraya di rumah. Ini dapat mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara sesama jiran. Di sebelah petang pula, kami pula yang akan berkunjung di rumah mereka. 

Kadang-kadang kita terlalu mementingkan diri sendiri sehinggakan tak kenal jiran-jiran tetangga disebelah rumah. Nanti bila susah atau ada kenduri kendara, jiran juga yang kita akan cari. Itulah pentingnya kita mengenali jiran. Pengajaran daripada cerita ini adalah berkunjunglah ke rumah jiran-jiran sewaktu hari raya. Hehe

-With Love-
MiaZain

1 comments:

  1. Assalam mia
    amalan kunjung mengunjung harus dikekalkan

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...