Wednesday, July 15, 2015
4
Assalamualaikum....

#Cabaran20Hari yang ke 19 bertajuk Senarai Kuih Raya Pilihan Hati. Cabaran yang kedua terakhir, lepas nie dah boleh raya sakan. hehe

Cabaran 20 Hari, senarai kuih raya, kuih raya pilihan hati

Berapa hari je lagi nak raya kan. Tak sabar nak beraya sebab tahun ni beraya di rumah keluarga sendiri, mestilah seronok kan. Bercakap tentang kuih raya, memang sekarang dah tak rajin nak buat kuih raya. Kita order je kuih raya sekarang. hehe. Cepat dan senang. 

Antara banyak-banyak kuih raya yang ada di pasaran, hanya terdapat beberapa je kuih raya yang betul-betul menjadi kesukaan Mia. Antaranya adalah Almond London, Tart nanas, dan kuih bunga cina. 
Cabaran 20 Hari, senarai kuih raya, kuih raya pilihan hati
Kuih Bunga Cina
Siapa pernah makan kuih bunga cina? Macam ramai yang tak tahu resepi kuih ni, Mia pun tak tahu dari mana asal kuih ni. Tapi memang jadi tradisi kami sekeluarga akan membuat kuih ni setiap kali raya aidilfitri. Kuihnya seakan-akan kuih semperit, tapi warnanya tak kuning macam semperit, tapi putih. 

Tak banyak pun kuih raya pilihan, selalunya kalau pergi rumah orang pun, mesti terkam kacang-kacang atau maruku dulu. hehe. Semoga raya tahun ni lebih bermakna buat kita semua.

-With Love-
MiaZain

4 comments:

  1. tak pernah dengar kuih bunga cina...rasanya macam semperit jugak ke?

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. moga raya kali ni lebih bermakna buat kita semua..

    ReplyDelete
  3. Assalam mia,
    oooooooooooo
    nama kueh ni bunga cina yer
    iols pernah jumpa
    tapi dok hengat semperit jugak tapi versi kaler kurang he3

    ReplyDelete
  4. alamak.. gambar kecik cinonet sngt.. CT tak nampak hehehe..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...