Wednesday, July 01, 2015
4
Assalamualaikum...

#Cabaran20Hari kita hari ni adalah pengalaman pahit di bulan puasa.

Cabaran 20 Hari, Pengalaman pahit di bulan puasa

Tak tahu lah pahit ke tidak cerita Mia nie. Macam takde je pengalaman pahit kot. Sebab Mia selalu lupakan je pengalaman yang pahit-pahit nie. 

Ok, berbalik pada tajuk kita, perkara nie berlaku waktu hari terakhir kita berpuasa pada tahun lepas. Alkisahnya, pagi tu pergi ke rumah tukang jahit baju. Kononnya nak ambil baju raya la kan. Tetapi, dengan gembiranya tukang jahit tu cakap baju raya tak siap.

Cabaran 20 Hari, Pengalaman pahit di bulan puasa, tukang jahit

Jap, cerita nie pengalaman pahit di bulan puasa atau hari raya nie? Disebabkan berlaku pada hari puasa, jadi kira pengalaman pahit di bulan puasa la kan. hehe.

Ok, sambung balik cerita kat atas tu. Akak tukang jahit tu cakap "maafla dik, baju tak siapla, akak tak ingat pulak adik ada hantar baju raya kat akak, yang mana yea kain adik?"

Adushh... Kain kita pun dah tak tahu yang mana satu. Sampai bila-bila pun tak kan siap baju tu. Takpelah berfikiran positif je la, mungkin akak tukang jahit tu banyak sangat menjahit kot, banyak sangat pesanan, sampai terlepas pandang kain kita. Balik la semula ke rumah dengan muka yang sayu. Orang lain sayu nak sambut hari raya, kita sayu sebab baju raya takde.

Pengajarannya disini, selalulah tanya perkembangan baju raya kita kat tukang jahit tu, takut dia terlupa nak jahit baju kita. Kalau tak siap, boleh paksa dia siapkan sebelum pagi raya tu kan. hehe.

Tahun nie tak sempat nak hantar kain kat tukang jahit, jadi beli yang dah siap je la. 

Apa pengalaman pahit di bulan Puasa anda? jom kongsikan... 

-With Love-
MiaZain

4 comments:

  1. hahaha.. samalah kita..

    part baju tu tak pernah la tak siap..

    cumanya tak sedap pakai.. singkat ~

    nanges kite pagi raya tu... T_T

    ReplyDelete
  2. part bj x siap ni dh 2 kali kena...nk nangis rsnya time tu

    ReplyDelete
  3. Assalam mia,
    iols ni dah bertahun tak tempah baju ghayer hokeyh
    maen beli yang siap punya sajork he3

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  4. Hehehe..x pernah lg jd camni masa bln puasa..masa x puasa pernah la..akak tu terlupa kita anta bju kat dia..hehe..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...