Thursday, July 02, 2015
6
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, dah nak dekat setengah bulan dah kita berpuasa. Bersambung episod #Cabaran20Hari kita yang bertajuk Pengalaman Manis di Bulan Puasa. 

Cabaran 20 Hari, Pengalaman Manis di Bulan Puasa


Semestinya lebih banyak pengalaman manis kalau nak dibandingkan dengan pengalaman pahit sewaktu berpuasa. Pengalaman manis Mia adalah apabila Mia dapat berbuka puasa bersama semua ahli keluarga. Keluarga Mia ramai. Kalau dikira maunya dekat 40 orang, termasuk adik beradik, ipar, dan anak saudara. Kalau dapat berbuka beramai-ramai tu memang sangat best. Macam-macam ragam ada. Meriah sangat. Bila dah berkumpul ramai-ramai nie, ada je keluar cerita lama-lama yang kelakar.   

Tapi, bila dah berkeluarga nie, dah jarang balik kampung. Jauh pulak tu. Seminggu nak raya baru lah boleh bukak puasa beramai-ramai. Itupun kena gilir-gilir balik kampung suami. Kenalah adil kan. 
Cabaran 20 Hari, Pengalaman Manis di Bulan Puasa

Kemudian, pengalaman manis yang kedua berlaku pada tahun 2013. Pada hari puasa yang ke 17, Mia selamat melahirkan anak sulung yang bernama Emil Harithah. Walaupun terpaksa berpantang pada musim puasa dan raya, tapi hati tetap gembira sebab dah bergelar jadi ibu. Lagi bertambah tanggungjawab. Tapi anak itulah amanah Allah dan saham kita ke syurga.

Alhamdulillah...

-With Love-
MiaZain 

6 comments:

  1. paling win la, pengalaman dapat baby =) time bulan puasa

    ReplyDelete
  2. Assalam mia,
    he3
    pantang masa posa takpa lagi
    pantang masa ghayer aaazaaabbbb :P

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  3. taun lepas pun el pantang dlm bln puasa..hehe
    tp mmg pun bila dah bekeluarga ni nak berbuka sesama ahli keluarga ssh skit sbb xde ms kan hihi

    ReplyDelete
  4. Wah!!memang manis pengalaman mia tu..org baru hadir di bulan yg mulia..

    ReplyDelete
  5. Wah!!memang manis pengalaman mia tu..org baru hadir di bulan yg mulia..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...