Thursday, July 16, 2015
5
Assalamualaikum...

#Cabaran20Hari pada hari yang terakhir yang bertajuk Pengalaman Main Mercun Masa Raya. Alhamdulillah berjaya jugak habiskan cabaran ni. Lepas ni boleh raya sakan. hehe


Bila dah berumur nie dah jarang main mercun, bagi peluang pada budak-budak kecik pulak main mercun. Itupun main mercun pop-pop je boleh. haha. Bahaya main mercun ni. Belum lagi nak raya dah ramai yang putus jari sebab main mercun. Menyesal dahulu pendapatan, Menyesal sekarang tidak berguna. Eh, betul ke peribahasa tu, lain macam je bunyinye. hehe.

Selalunya akan main mercun masa malam sebelum raya. Kalau beraya di kampung nenek, kami dengan saudara-mara pasti akan main lawan-lawan pasang mercun dengan budak kampung sebelah. Kita tengok siapa yang boleh pasang mercun yang paling kuat. hehe. 

Di sana lagi mudah untuk dapatkan bekalan mercun sebab berjiran dengan negara Thailand. Jadi, senang je untuk beli mercun yang bunyi kuat-kuat tu. Ada yang berbunyi dibawah, ada yang terbang kemudian baru berbunyi sambil keluar bunga api kan. Haha. Macam-macam jenis ada. Yang Mia tak pernah tengok sebelum ni pun ada. 

Yang paling suka tengok adalah mercun tempayan. Siapa pernah pasang mercun tempayan? Mercun ni dia keluarkan bunga api je, tak de bunyi pun. Tapi sangat cantik. Itulah cerita Mia tentang pengalaman main mercun masa raya. Anda pula macam mana? Ke tak pernah main mercun. Hehe. Budak baik namanya tu kalau tak pernah main mercun. hehe.

-With Love-
MiaZain

5 comments:

  1. Anak-anak cuma dapat peluang main mercun bila balik kampung je..

    ReplyDelete
  2. raya kali ni tak main mercun atau bunga api pon.. abjet tak de..:p
    mercun yg pernah husna main mercun mancis, mercun telur naga.. al maklum lah nak main tapi takut itu jelaa yg mampu..hahaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam mia,
      iols dedolu kecik2 pun mane mercun dengan pemantauan ketat
      takat pop2 & munge api hat kaler2 tu ja la yang boleh

      Psssttttt : haaaamboooiiihhh husna, apakah mercun yang uols maen tu?????? akak tak kenai he3

      Delete
  3. CT is kenot main mercun.. serba penakut =D

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...