Tuesday, July 14, 2015
4
Assalamualaikum...

#Cabaran20Hari yang ke 18 bertajuk Nostalgia Kad Raya.

cabaran 20 hari, nostalgia kad raya

Kad Raya merupakan pengganti kepada diri seseorang untuk mengucapkan ucapan selamat hari raya kepada si penerima yang berada jauh daripada si pengirim. Akan tetapi, tradisi menghantar kad ucapan hari raya kini telah dilupakan kerana peralatan perhubungan kita telah maju kehadapan.

Kalau dulu, pengirim kad raya perlu ke pejabat pos untuk menghantar kad raya, akan tetapi sekarang kad raya dihantar melalui sistem pesanan ringkas ataupun aplikasi whatsapp atau telegram sahaja. Sungguh cepat dah mudah, tidak perlu membazir duit untuk membeli kad raya mahupun kos setem yang perlu dibeli. 

Akan tetapi, nilai kad raya dahulu berbanding dengan cara sekarang sangat tidak sama. Si penerima kad raya akan lebih menghayati ucapan yang tertulis di dalam kad raya berbanding dengan sistem pesanan ringkas yang diterima seperti sekarang. Lebih-lebih lagi sekiranya kad yang diterima adalah dari orang yang tersayang.

cabaran 20 hari, nostalgia kad raya

Nostalgia Mia bersama kad raya tak de la banyak pun, itu pun waktu kecik-kecik dulu je suka hantar kad raya kepada kawan-kawan dan saudara-mara. Yang bestnya kad raya ni, kita boleh simpan sampai bila-bila. Mia masih ada lagi simpan kad raya kawan-kawan masa sekolah dulu. Bila baca semula boleh ketawa terbahak-bahak. Itu belum lagi yang kad raya dapat dari peminat setia kan. hehe. 

Kalau dulu, siap lawan lagi dengan adik- beradik Mia siapa yang paling banyak dapat kad raya kan. Tapi tak de la dapat hadiah bagai, cuma rasa bangga je la kan sebab ramai peminat. hehe. Itu je la kot nostaljia bersama kad raya. Anda pula bagaimana? Jom kongsikan. 

-With Love-
MiaZain

4 comments:

  1. menyesal dulu tak amik gambar kad raya yg diterima, skrg dah manalah pergi..nak dapat lagi macam tak mungkin

    ReplyDelete
  2. hehehe.. husna suka bila org bagi kad raya.. tapi sebelum nak dpt tu kena laa bagi..:D

    ReplyDelete
  3. Assalam mia,
    kita kiranya untung jugak ada nostalgia kad raya masa kecik
    anak2 kita sekarang ni takdak kan3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...