Monday, July 13, 2015
4
Assalamualaikum...

#Cabaran20Hari yang ke 17 yang bertajuk Menu Wajib Di Pagi Raya

Cabaran 20 Hari, menu wajib di pagi raya, ketupat palas

Selalunya menu wajib dipagi raya nie berbeza mengikut tempat kelahiran masing-masing. Antara menu wajib bagi kami sekeluarga adalah:
  1. Nasi Impit dan Kuah Kacang
  2. Nasi Minyak berlaukkan gulai kurma ayam, acar timun, & sambal
  3. Satey (beli yang dah siap cucuk & bakar sendiri)
  4. Ketupat palas
  5. Lemang & rendang ayam
  6. Tapai pulut
  7. Kuih raya
Cabaran 20 Hari, menu wajib di pagi raya, ketupat palas

Haa, yang paling best sekali adalah ketupat palas tu. Bukan senang nak buat tu, itupun kalau ada permintaan je, baru mak buatkan. Sebabnya mak je yang pandai bungkus ketupat ni. Ketupat palas nie ada macam-macam jenis, tapi yang selalu buat adalah ketupat palas yang 3 segi tu. 

Haa, macam dalam gambar kat atas tu. Ketupat nie bersegi-segi sikit, bukan ketupat segi 3 yang leper tu tau, Nak buat pun remeh sikit. Lepas dah siap bungkus, ketupat nie akan direbus dahulu, kemudian bila dah nak di makan, perlu digoreng dahulu dalam minyak yang sikit. Rasanya lemak-lemak manis. Harap-harap tahun ni mak larat nak buat. hehe

Macam mana pula dengan menu wajib anda? Jom kongsikan.

-With Love-
MiaZain

4 comments:

  1. nk kena p terjah ry nti la ni...menu sedap...hihihi

    ReplyDelete
  2. lemang dengan rendang paling ditunggu.. hehehe

    ReplyDelete
  3. pepagi sebelum p smayang raya mesti kena ada nasik..hehehe.. pastu mkn dgn rendang..:p

    ReplyDelete
  4. assalam mia,
    tu diaaaaaaaaa haaaaaiiiihhh
    bertingkek2 menu uols yer
    meriah3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...