Friday, July 10, 2015
2
Assalamualaikum...

#Cabaran20Hari yang ke 14 bertajuk Memori Raya 90an atau Zaman Kanak-Kanak. Mia ceritakan pada zaman kanak-kanak la yea. Hehe.

cabaran 20 hari, pengalaman hari raya, pengalaman kanak-kanak yang tak dapat dilupakan

Sebenarnya banyak sangat memori suka duka zaman kanak-kanak dulu. Kalau diingatkan kembali mesti tergelak sorang-sorang. Yang paling kelakar adalah pengalaman beraya di kampung nenek, sangat meriah dengan saudara mara. Hari pertama raya, kami adik beradik mesti akan pakai baju yang sama corak, sama warna, sedondon la katakan.

Lepas orang-orang dewasa balik dari sembahyang raya, kami pun makan-makan kat rumah. Lepas tu, rasa bosan sangat sebab kitaorang dah tak tahu nak buat apa dah. Maklum lah kat rumah nenek, tak kenal dengan jiran-jiran. Akhirnya kami sepakat dengan sepupu sepapat nak g beraya keliling kampung. Azamnya nak kumpul duit raya. Maklum lah waktu kecik-kecik.

Dah macam rombongan cik kiah pulak gi beraya rumah orang beramai-ramai kan. Kami tuju rumah-rumah yang besar-besar dulu. Sebab fikir, kalau pergi beraya kat rumah besar-besar nie mesti dapat banyak duit raya. hehe. Pergi rumah orang tu semata-mata nak duit raya, jadi kitaorang minum air je la sebab nak cepat, nak kejar masa nak pergi rumah lain pulak kan.

Akhirnya, masa nak jalan balik ke rumah nenek tu, adalah jumpa seekor lembu ni. Apa lagi, kitaorang kacau la lembu tu. Padahnya bila kacau lembu tu, kitaorang kena kejar dengan lembu tu. Tak cukup tanah lari balik rumah nenek. Huhu. Itulah memori yang sangat tak boleh dilupakan.

Apa pulak pengalaman korang?
Jom kongsikan.  

-With Love-
MiaZain

2 comments:

  1. hahah kacau lagi lembu. tapi budak budak memang macam tu kan mia. pantang nampak sesuatu baru rasa nak usik

    ReplyDelete
  2. Assalam mis,
    tu dia haaaaiihhh
    ganaih noooooooooo
    pi kaco lembu :P

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...