Thursday, July 09, 2015
4
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, #Cabaran20Hari dah berlangsung selama 13 hari. Dan tajuk hari ke 13 adalah Kuih Raya Paling Best. 
cabaran 20 hari, kuih raya paling best, kuih putu kacang, resepi putu kacang

Maksudnya kat sini, kalau tak de kuih raya ni masa hari raya memang tak bermaknalah raya tu. Hehe. Selalunya sekarang nie orang main tunjuk-tunjuk je kuih, lepas tu hulur duit. Tapi, rasanya tak la sesedap kuih yang kita buat melainkan kalau kita dah memang kenal si pembuatnya dan memang sedap kuihnya. 

Lagipun sekarang, memang banyak kuih-kuih raya versi moden. Sehinggakan kuih raya tradisional kita dah dilupakan. Nama kuih-kuih raya sekarang ni pun dah moden. Ok, berbalik pada topik kita, kuih raya yang paling best bagi Mia adalah kuih putu kacang.
cabaran 20 hari, kuih raya paling best, kuih putu kacang, resepi putu kacang

Haa, siapa pernah makan kuih nie? Kalau nak tahu ini adalah kuih orang tua-tua yang takde gigi sebab kuih ni akan cair dimulut. Macam iklan coklat pulak. hehe. 

Resepi kuih Putu Kacang Tradisional

1 kg tepung kacang hijau yg siap digoreng dan dimesin.
1 kg gula halus

Cara-cara Membuat Kuih Putu Kacang Tradisional

  1. Campurkan 2 bahan tersebut. Gaul sebati.
  2. Di percik air sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Percik sehingga adunan tadi agak lembab, tapi masih lagi macam tepung dan adunan mesti tidak berketul, ambik tapis tekan tekan aja campuran dengan tangan hasilnya dia tidak berketul.
  3. Kemudian tekan adunan dalam acuan putu kacang ( tekan kuat sikit), guna pisau untuk sekatakan adunan (kalu tak kuat nanti bunga tak cantik). Gunakan hujung pisau untuk ketuk-ketuk acuan tersebut supaya mudah adunan tu keluar bila diterbalikkan.
  4. Jemur kuih tadi supaya dia kering dalam 15 minit.( jangan terlalu lama kalau lama akan jadi keras itu petuanya)
Siapa tak pernah cuba, boleh la cari kuih nie raya nanti kat rumah-rumah macam kampung-kampung sikit. Mesti ada. Haha... Kalau kat rumah orang-orang muda sekarang mesti tak de. hehe. 

Salam Lebaran.

-With Love-
MiaZain

4 comments:

  1. dayah suka makan putu kacang yang mak kak ipar dayah buat..gebu elok jer..sedappp

    ReplyDelete
  2. hehe.. tak berapa suka sangat yang ni...

    ReplyDelete
  3. Assalam mia,
    iols loike kueh ni
    tapi sekarang susah nak jumpa kan3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...