Friday, July 03, 2015
6
Assalamualaikum...

#Cabaran20Hari hari nie bertajuk kuih kegemaran di bulan puasa.

Cabaran 20 Hari, Kuih kegemaran di bulan puasa, kuih lompat tikam, resepi kuih lompat tikam


Memang disunatkan bagi umat Islam untuk berbuka dengan juadah yang manis-manis dahulu seperti kuih-muih dan buah tamar. Masyarakat kita sangat kaya dengan pelbagai jenis kuih-muih nie. Sampaikan setiap negeri ada kuih-muih mereka yang tersendiri.

Selalunya memang kalau waktu berbuka puasa, kuih-muih adalah menu wajib dalam keluarga Mia. Kalau tiada kuih tu bukan namanya buka puasa la tu. hehe.

Kuih kegemaran Mia nie, mak Mia akan buat pada hari pertama puasa. Tak tahu la kenapa tiap kali hari puasa pertama je mak mesti buat kuih nie. Mungkin kuih nie pun menjadi kegemaran beliau jugak kot. hehe. 

Orang cakap kuih nie kejam sangat. Kenapa yea? Mungkin sebab namanya kot.

Sebab nama kuih kegemaran Mia nie adalah Lompat Tikam. Sangat jarang orang suka makan kuih macam nie kan sekarang. Tapi masih boleh didapati di bazar ramadhan.

Cabaran 20 Hari, Kuih kegemaran di bulan puasa, kuih lompat tikam, resepi kuih lompat tikam

Resepi Kuih Lompat Tikam

credit: Azie Kitchen

Lapisan hijau:
2 cawan tepung beras
3 cawan air
1 cawan air daun pandan
1/2 sk garam
1 sk air kapur 

Lapisan putih:
1 senduk leper tepung beras (sukatan menggunung)
2 cawan santan
1/2 cawan air
1/4 sudu kecil garam 

Pulut Merah
1 cawan pulut
Santan cair secukupnya
Garam secukupnya 
Pewarna merah

Air gula melaka:
1keping gula melaka
Air secukupnya
1 helai daun pandan

Cara masak lapisan hijau:
Gaul rata semua bahan lapisan hiau dalam mangkuk dan tapis. Kecairan mestilah bila senduk diangkat, ianya mengalir laju dan tak melekat di senduk kayu.

Masakkan adunan ini ke dalam kuali dan kacau atas api yang sederhana sehingga menggelegak. Terus dikacau sehingga adunan menjadi pekat dan berkilat serta menggelembung. Masukkan ke dalam loyang dan disejukkan.  

Cara masak lapisan putih:
Satukan semua bahan lapisan putih dalam mangkuk dan tapis. Masak atas api sederhana dengan sentiasa dikacau sehingga mendidih dalam 15-20 minit.

Apabila adunan menjadi pekat dan berkilat masukkan ke dalam bekas dan sejukkan.
Nota: lapisan putih mesti rasa masin sedikit, baru sedap

Cara masak Pulut Merah:
Panaskan periuk pengukus dan kukus beras pulut (beras pulut direndam terlebih dahulu selama 3-4 jam bersama perwarna merah) selama 10-15 minit. 

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan santan cair yang telah dicampur dengan garam halus, agak agak sehingga pulut menjadi lembut. Masukkan dalam pengukus dan kukus sekali lagi dalam 10 minit. Buka penutup dan dibalik balikkan pulut supaya masak rata.

Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk dan dikacau rata. Taburkan sedikit gula bagi menjadikan pulut berkilat dan bersinar. Siap untuk dihidangkan.     

Cara masak Air Gula Melaka:
Masak gula melaka dengan air dan daun pandan hingga hancur dan mendidih. Tapis dan sejukkan.

Cara menghidang:
Potong lapisan hijau dan masukkan ke dalam pinggan.
Masukkan juga sedikit pulut.
Kemudian sendukkan lapisan putih ke atasnya. Akhir sekali, tuang air gula melaka. 

Makan sampai tambah berkali-kali.
Alhamdulillah...

-With Love-
MiaZain

6 comments:

  1. sedap kot lompat tikam..perhhh lama x makan

    ReplyDelete
  2. Zumal tak pernah makan kuih nie...

    ReplyDelete
  3. Assalam mia,
    iols tahu pasai kueh ni dalam 2thn lepaih tau3
    he3
    terus jatuh ati :)

    ReplyDelete
  4. sedap kot lompat tikam.. pernah lama tak makan, terima Kasih sudah kongsikan resepi ini..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...