Sunday, July 05, 2015
1
Assalamualaikum...

#Cabaran20 Hari yang ke 9, bertajuk Kenangan berterawih di masjid masa zaman kanak-kanak.
cabaran 20 hari, kenangan berterawih zaman kanak-kanak, kenangan berterawih di masjid

Kalau bulan puasa, orang ramai mesti berpusu-pusu akan ke masjid atau surau selepas makan berbuka untuk menunaikan solat terawih. Itulah satu keistimewaan yang membezakan bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain. Banyak pahala sekiranya kita dapat menunaikan terawih nie. 

Kalau dulu masa kecik-kecik memang selalu ikut mak pergi sembahyang terawih. Kadang-kadang kami tumpangkan jiran sekali yang mana tiada kenderaan untuk ke masjid tu. Perasaan tu sangat gembira dapat menunaikan terawih secara berjemaah di masjid. Tapi sebenarnya ada agenda lain saya ikut mak ke masjid tu sebenarnya. hehe. Sebenarnya nak mengelak daripada kena cuci pinggan yang berlonggok hasil dari makan berbuka tadi di rumah. haha.

Selain tu, pergi ke masjid untuk berterawih sebab nak jumpa kawan-kawan sekolah kat masjid, lepastu berborak. hehe. Biasalah kecik-kecik dulu, hidup untuk enjoy je, masih tak faham sebenarnya fadilat solat berterawih tu. 

Kenangan anda pula bagaimana?

-With Love-
MiaZain 

1 comments:

  1. Assalam mia,
    semua bebudak ada agenda tersembunyi he3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...