Wednesday, July 08, 2015
5
Assalamualaikum...

#Cabaran20Hari yang ke12 bertajuk Bajet Raya.

Kalau difikirkan tentang bajet raya nie, dengan ekonomi negara yang tengah tak menentu, ditambah pula dengan bebanan cukai yang berbagai-bagai, seharusnya kita bersederhana sahajalah dalam menyediakan persiapan hari raya. 

Tak semestinya bajet raya yang beribu-ribu boleh memberikan kita bahagia sewaktu hari raya. Usah mengejar trend dan stail kerana ia tentunya membazir. Lainlah kalau kita benar-benar mampu, itu tak menjadi masalah. 

cabaran 20 hari, bajet raya

Menyambut aidilfitri yang sederhana sememangnya dianjurkan dalam Islam sebagai tanda kembalinya kita kepada fitrah asal selepas berpuasa. Bajet yang sederhana bukan bermakna kita tak dapat meraikan hari raya, akan tetapi duit lebihan boleh dijadikan sedekah atau simpanan untuk kita. Itu yang lebih utama dan bermanfaat. 

Tak kisah pun kalau ibu bapa tu recycle semula baju tahun-tahun lepas untuk dipakai tahun nie. Tapi, anak-anak haruslah ada baju baru, barulah mereka bersemangat untuk berpuasa pada tahun hadapan. Semoga bajet raya tahun ni tak berlebih-lebihan. Janganla sampai perlu berhutang hanya semata-mata nak sambut hari raya lebih dari orang lain.

Salam Lebaran dari Mia Sekeluarga

-With Love-
MiaZain

5 comments:

  1. buat bajet ikut kemampuan sendiri..itulah yang sebaiknya..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, ukur baju di badan sendiri baru selamat ekonomi...

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya.peluang jana pendapatan tiap hari.. modal rm30. http://www.baiduri4u.com/isszybis

    ReplyDelete
  4. akak pon recycle bj lama utk ry ke 3 4 cmtu...anak ja kena beli br sbb bj lama dh x pdn

    ReplyDelete
  5. Assalam mia,
    betui3
    kita ni ibu ayah mesti utamakan anak kan3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...