Saturday, July 04, 2015
6
Assalamualikum...

#Cabaran20Hari yang ke 8. Sungguh cepat masa berlalu. Dah setengah Ramadhan dah habis. 
cabaran 20 hari, amalan berbalas juadah berbuka puasa, amalan berbalas juadah di bulan puasa

Ok, cerita hari ini tentang amalan berbalas juadah di bulan puasa. Memang tak dinafikan sekarang dah jarang jiran-jiran kita nak berbalas-balas juadah nie. Macam Mia sekarang nie duduk kat apartment, berjiran dengan orang Melayu, tapi sangat-sangat jarang la bersua muka dengan jiran nie. Boleh kira dengan jari. Kemesraan tu dah tiada sesama jiran. 

Kalau dulu-dulu masa kat kampung, selalu jugak mak suruh hantarkan makanan pada jiran sebelah. Lepas tu, jiran pulak mesti membalasnya. Kami selalu tertunggu-tunggu apa juadah yang dibalas oleh jiran kami tu, sebab dia masak sedap. hehe. 

Amalan berbalas juadah ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim, malah kita seperti dapat berkongsi kegembiraan dengan berbuka menu yang sama seperti mereka. Selain itu menu juadah kita turut bertambah. 

Semoga kita juga tidak terkecuali untuk bertukar-tukar juadah berbuka puasa ni. Banyak berkat. Sebenarnya kalau kita nak jiran-jiran kita untuk melakukan amalan bertukar-tukar juadah ni, kita seharusnya yang memulakannya dahulu. Nanti baru lah mereka akan turut serta. Kadang-kadang kita rasa rendah diri nak berikan juadah kita, sebenarnya keikhlasan tu yang penting.

Selamat berbalas juadah berbuka puasa.

-With Love-
MiaZain

6 comments:

  1. Kawasan kediaman zumal pun dah tak ada amalan berbalas juadah nie...

    ReplyDelete
  2. Kejiranan mana lagi yang amalkan cam tu...

    Nak dok situ.. hehe

    #bloggerutara

    ReplyDelete
  3. best dangat bila fikir kan =) duk tunggu jer makanan apa la makcik ni nak kasi kita..haha

    ReplyDelete
  4. seronok kan duduk kampung ... sekarang ni ada juga tukar juadah dengan jiran sebelah, tapi seminggu sekali je gitew :p

    ni balas kunjungan. salam kenal :)

    ReplyDelete
  5. Assalam mia,
    di kampung memang meriah :)

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...