Sunday, July 12, 2015
4
Assalamualaikum...

#Cabaran20Hari yang ke 16 yang bertajuk Aktiviti di Pagi Raya.

cabaran 20 hari, aktiviti di pagi raya

Selalunya pagi raya memang akan kena bangun awal. Mesti mata panda jadinya kan sebab malam sebelum tu mesti akan berjaga malam untuk siapkan juadah untuk dimakan di hari raya. Selain tu, malam tu jugak lah kami adik beradik berkumpul sambil bergosip tau. hehe. Biasalah jarang jumpa. 

Pagi raya, bila semua dah semua dah bersiap pakai cantik-cantik, semua akan makan bersama-sama dahulu. Kita disunatkan yea makan dulu pagi tu sebelum sembahyang raya. Kalau nak digambarkan waktu ketika ini memang kalut, ada yang tak jumpa butang baju melayu la, ada yang tak jumpa stokin la. Macam tu lah situasinya setiap tahun. hehe. 

Selepas selesai sembahyang raya, sesi bermaaf-maafan diadakan. Kemudian sesi ambil gambar untuk buat kenang-kenangan. Biasanya di kampung kami, setiap tahun golongan-golongan lelaki mesti adakan rombongan dari rumah ke rumah untuk beraya. Jadi, kami hanya menunggu jiran-jiran dan saudara-mara terdekat untuk beraya di rumah. Kemudian di sebelah petang, kami pula yang akan mengunjungi ke rumah mereka untuk beraya. 

Itulah kisah sekitar hari raya pertama. 
Bagaimana pula dengan kisah anda? Jom kongsikan.

-With Love-
MiaZain      

4 comments:

  1. saya biasanya sembahyang raya dulu pastu baru makan. syok sikit. hehe

    ReplyDelete
  2. Pg ry mmg kalut...kami slalu berebut bilik air sapa nk msuk dl mndi...hahaha...syok jugak tu

    ReplyDelete
  3. selalunya makan sikit bru ke masjid.. hehe

    ReplyDelete
  4. Assalam mia,
    haaaaaaaaaa
    part gosip tu peberet kan3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...