Saturday, July 04, 2015
2
Assalamualaikum...

Memang dah menjadi kebiasaan kami sekeluarga bila menjelang je musim perayaan mesti akan ke tempat ni untuk memborong kerepek dan kekacang untuk dijadikan kudapan semasa hari raya. Sambil-sambil tengok tv tu, kadang-kadang tak sedar pun dah abiskan sebalang kerepek atau kacang kan. 

borong kuih raya murah, beli kerepek murah, kerepek murah di pulau pinang

Di kedai ni bukan saja murah, tapi banyak pilihan. Ambil bakul, pilih je mana yang kita nak. Kalau pergi kat situ semuanya rasa nak beli. Kalau nak dekat raya, lagi la ramai yang datang kedai ni. Walaupun kedai ni kedai milik bangsa cina, tetapi terdapat banyak kuih-kuih raya yang orang melayu hantar disini untuk dijual. Jadi, tak susah untuk dapatkan produk bumiputera di kedai tu.

Kedai ini beroperasi setiap hari. 
Dibuka dari:
Jam 10 pagi - 7 malam (isnin hingga sabtu)
Jam 10 pagi - 5 petang (ahad)

Lokasi:
Sin Chian Hing Food Ind. Sdn. Bhd.
12 & 14, Lorong Mak Mandin 1,
Mak Mandin Ind. Estate,
13400 Butterworth,
Pulau Pinang.
Tel : 604-332 9880

Kalau dari arah butterworth, ambil susur keluar ke permatang pauh, kemudian ke arah kiri. Dalam 10 min akan jumpa kawasan kilang. Depan je sikit ada deret kedai, kat situlah kedainya. Kedainya di lorong mak mandin satu. Macam tersorok sikit. Kalau tanya semua orang kat situ mesti tahu.

Harganya sangat berpatutan. Contohnya kerepek ubi 600 g, sebungkus besar tu berharga 5 ringgit lebih je. Kalau di jual kat luar kebanyakannya RM 10. Kalau kacang-kacang dalam RM3-4 ringgit untuk 300 g. Macam-macam jenis kacang ada di situ. Boleh la pergi tengok, pasti tak kan menyesal. Selamat membeli belah...

-With Love-
MiaZain

2 comments:

  1. Assalam mis,
    waaaaaaaaaaa
    macam teringin nak pi

    ReplyDelete
  2. Salam,sy mencari keropok kacang cap ayam...nak beli borong ada x?

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...