Tuesday, July 07, 2015
4
Assalamualaikum...

Masalah tumit kaki pecah adalah petanda kulit kita terlalu kering akibat kekurangan air dalam badan. Pada mulanya kulit akan kelihatan seprti bersisik, dan jika tidak dirawat dengan betul, bahagian sel kulit tersebut akan mati dan akan mengeras, akhirnya merekah atau pecah.

atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah

Masalah ini sering berlaku baik lelaki atau wanita tanpa mengira usia. Walaupun tumit kaki pecah ini tidak membahayakan kesihatan, akan tetapi ia akan mencacatkan penampilan bagi yang suka menggayakan sandal. Ini juga mencerminkan peribadi kita yang tidak peka untuk menjaga kecantikan dan kebersihan diri.  

Antara punca-punca berlakunya tumit kaki pecah nie adalah:

  • Kulit kering
  • Berat badan berlebihan
  • Pemakaian kasut yang tidak sesuai
  • Alah kepada jenis sabun
  • Alah kepada simen lantai
  • Mengabaikan penjagaan kesihatan kaki

Walaubagaimanapun, tumit kaki pecah masih boleh dirawat sendiri di rumah dengan menggunakan produk yang betul. Tidak perlu membazir wang untuk membuat rawatan kaki di spa, anda hanya perlu bijak memilih cara penyelesaian yang berkesan. 

Jom kita ikuti tips yang dapat mengatasi tumit kaki pecah supaya tumit kaki kita lebih licin, cantik dan kita pun akan berasa yakin untuk pakai sandal. 

7 Tips Tradisional Merawat Tumit Kaki Pecah

Tips #1: Rawatan menggunakan Getah Betik Muda 
Ambil sebiji betik muda, potong di bahagian kepalanya untuk mendapatkan getah betik. Kemudian sapukan getah betik pada tumit kaki yang pecah dan biarkan kering. Rawatan ni boleh  dibuat setiap hari di rumah.
atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah

Tips #2: Rawatan menggunakan Belimbing Buluh
Gosok tumit kaki dengan belimbing buluh sehingga bersih. Kemudian, berus tumit kaki dengan menggunakan berus lembut. Selain melembutkan kulit kaki, ia juga membersihkan segala kekotoran dan menanggalkan sel-sel mati.
atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah

Tips #3: Rawatan menggunakan Asam Keping dan limau nipis
Campurkan beberapa keping asam keping dan perahan limau nipis ke dalam baldi berisi air suam. Rendamkan kaki selama 30 minit. Keringkan kaki dan sapu lotion untuk melembutkan tumit kaki.
atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah

Tips #4: Rawatan menggunakan Limau Nipis dan Bawang Putih
Sapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran air limau nipis dan bawang putih yang telah ditumbuk setiap hari sehingga menampakkan hasil.
atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah

Tips #5: Rawatan menggunakan Embun Pagi
Geselkan kaki di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga merasakan perubahannya.
atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah

Tips #6: Rawatan menggunakan Bawang Merah
Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah

Tips #7: Rawatan menggunakan Gambir
Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.

atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah
Sekiranya anda malas atau susah untuk mencari bahan-bahan dalam tips tradisional diatas, apa kata kita cuba yang lebih mudah. Dengan menggunakan tips moden ini, anda tidak akan mempunyai masalah tumit merekah lagi selepas ini.

atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah


Tips moden #1: Vitamin E Shaklee
Vitamin E ini kaya dengan GRAPE SEED EXTRACT, MINYAK GANDUM, MINYAK KACANG SOYA dan yang paling bagus sekali, ianya mengandungi 10 gram SELENIUM semulajadi yang membantu badan menyerap Vitamin E ini dengan LEBIH BAIK & LEBIH BERKESAN, sekaligus dapat membantu memelihara sel-sel dan otot-otot kita.


Dalam erti kata lain, Vitamin E ini akan membantu merawat sel-sel badan kita dari dalam, sekali gus menggantikan sel-sel yang telah rosak dengan sel-sel yang baru, yang lebih baik. Apabila ini berlaku, secara tidak langsung, tumit yang merekah tadi akan dirawat juga tanpa kita sedari.

Tips moden #2: Krim Herbal Blend Shaklee
Selain Vitamin E, anda juga boleh amalkan menyapu krim Herbal Blend Shaklee. Gabungan Vitamin E dan Herbal Blend ini mampu menjadikan tumit anda cantik menawan dan licin berkilat. Selain merawat tumit merekah, krim Herbal Blend ini juga mampu merawat kulit yang melecur, gatal-gatal akibat digigit serangga, ekzema dan sebagainya. Ianya sesuai digunakan seisi keluarga, termasuk bayi kerana kandungannya yang bebas bahan kimia sekaligus tidak memudaratkan.

Ini adalah testimoni diantara pengguna yang telah berpuas hati dengan produk diatas ini:

atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah, testimoni tumit merekah

atasi tumit pecah, tips atasi tumit merekah, tips atasi kulit kering, kulit kering, tumit kaki pecah, testimoni tumit merekah

Macam mana nak dapatkan vitamin E dan herbal blend nie? Sms/whatsapp no ni sekarang 012-928 3726. Jangan biarkan diri anda dibelenggu dengan masalah kulit kaki yang merekah. 

-With Love-
MiaZain
012-928 3726

4 comments:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  2. tips yg guna bwang asam keping air limau tu senang skit sbb bahan2 tu mmg ada kt umah
    thanks share tip ye

    ReplyDelete
  3. Assalam mia
    alahaaaaaaaiiii
    belimbing buluh
    teringin la pulop

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...