Friday, July 03, 2015
6
Assalamualaikum...

Bagi anda yang pernah hamil, pernah tak mengidam nak makan makanan yang pelik-pelik. Pernah ada kawan Mia tu mengidam nak makan kancil, terpaksa la si suaminya pergi berburu di hutan. Nasib baik suaminya memang suka pergi memburu. Dapat lah dia makan apa yang diidamkan tu. 

Ibu hamil nie mengidam kerana berlaku perubahan hormon dalam badannya. Akibatnya kita sering berasa teringin memakan makanan-makanan tertentu. Makanan yang manis dan masin serta berempah atau yang tinggi kandungan lemak, merupakan makanan yang paling popular di kalangan ibu hamil. 

Jangan terkejut kerana bukan hanya makanan yang diidamkan tetapi juga bahan bukan makanan pun boleh mengidam baunya. Macam ada kawan Mia sorang lagi nie dia suka sangat cium bau sabun, sabun dulu-dulu tu yang dibungkus dengan pembalut warna hijau, ada gambar burung kat pembungkus tu. Pernah tengok tak? Sampaikan suami dia terpaksa perhatikan dia selalu sebab pernah dia nak makan sabun tu. Macam-macam peel ibu hamil ni kan.

Jom kita tengok apa makanan paling popular yang selalu diidamkan oleh ibu hamil.

makanan paling popular ibu hamil, ibu hamil mengidam, makanan ibu hamil yang mengidam
1. Jeruk/ Asam
Jeruk atau asam sangat sinonim dengan tabiat mengidam di Malaysia. Kalau seseorang ibu hamil tu tak suka makan jeruk atau asam sebelum nie, mesti orang lain dapat agak kita sedang hamil kalau memakannya. Tapi harus berpada-pada dalam mengambil jeruk atau asam kerana makanan ini bersifat menghakis dan berisiko untuk melukakan perut jika diambil ketika perut kosong. Kalau boleh cuba untuk elakkan makan jeruk atau asam semasa hamil kerana ia mengandungi kandungan pewarna dan pengawet yang tinggi dan tidak elok untuk kandungan.

makanan paling popular ibu hamil, ibu hamil mengidam, makanan ibu hamil yang mengidam
2. Buah-buahan yang masam
Buah-buahan yang masih muda dan amat masam seperti mempelam muda, kedondong, dan buah cermai juga tidak kurang popular dalam senarai mengidam. Rasanya yang masam memberi ‘kejutan’ kepada deria rasa anda sekaligus membantu memberi kelegaan kepada rasa loya dan mual yang dialami. Sungguhpun buah-buahan muda dan masam ini merupakan alternatif yang lebih sihat berbanding jeruk atau asam, anda haruslah berpada-pada dalam pengambilannya kerana tubuh badan anda masih memerlukan nutrien penting daripada sumber makanan lain untuk perkembangan bayi.

makanan paling popular ibu hamil, ibu hamil mengidam, makanan ibu hamil yang mengidam
3. Aiskrim
Oleh kerana aiskrim bersifat sejuk dan mempunyai pelbagai perisa, tidak hairanlah ramai wanita hamil selalu mengidam untuk memakannya. Ia boleh membuatkan kita berasa nyaman dan tenang. Lagi bermakna sekiranya diambil pada hari-hari panas. Untuk pilihan yang lebih sihat, cubalah bertukar kepada yogurt rendah lemak yang ditabur dengan buah-buahan segar sebagai ‘topping’. Ia tetap menyegarkan.

makanan paling popular ibu hamil, ibu hamil mengidam, makanan ibu hamil yang mengidam
4. Coklat
Memakan coklat ni macam satu ‘terapi’ untuk wanita bila mereka sedang murung. Tidak seperti ramai wanita lain, wanita hamil lebih kerap mengalami perubahan turun naik hormon yang kadangkala mengganggu emosi mereka. Oleh itu, mungkin sahaja wanita hamil mengidam untuk memakan coklat kerana ia boleh menggembirakan mereka.


makanan paling popular ibu hamil, ibu hamil mengidam, makanan ibu hamil yang mengidam
5. Snek bergoreng
Sememangnya snek bergoreng contohnya kentang goreng atau jajan memang lazat, tetapi kita perlu mengawal kuantiti pengambilannya kerana ia mengandungi banyak garam serta tinggi kandungan lemak dan kalori.

makanan paling popular ibu hamil, ibu hamil mengidam, makanan ibu hamil yang mengidam
6. Minuman berkafein dan berkarbonat
Minuman soda berkarbonat yang diidamkan oleh wanita hamil sebenarnya dapat membantu mengurangkan ‘morning sickness’ kerana karbonat dapat melegakan perut dan rasa mual yang dialami. Selain itu, kopi juga dikatakan dapat melegakan sakit kepala dan kemurungan walaupun ramai doktor selalunya menasihatkan wanita hamil untuk mengelakkan sebarang minuman berkafein.

makanan paling popular ibu hamil, ibu hamil mengidam, makanan ibu hamil yang mengidam
7. Makanan pedas
Mungkin kerana popularitinya di Malaysia, wanita hamil di Malaysia juga selalu mengidam makanan-makanan yang pedas. Walaubagaimanapun, janganlah memakan terlalu banyak makanan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih ulu hati.
makanan paling popular ibu hamil, ibu hamil mengidam, makanan ibu hamil yang mengidam
8. Durian
Sesetengah sumber mengatakan ibu hamil di larang mengambil durian. Mungkin kerana sifatnya yang panas akan berisiko pada bayi dalam kandungan. Bagi ibu hamil yang mengalami kencing manis semasa hamil, sebolehnya cuba kawal kuantiti makanan yang manis. 

Macam-macam makanan yang selalu ibu hamil mengidam kan. Tapi kebanyakkannya adalah makanan yang tak digalakkan ibu hamil ambil. Ambil hanya dalam kuantiti sedikit sahaja.

Jom kongsikan apa makanan yang anda idamkan sewaktu hami...

-With Love-
MiaZain

6 comments:

  1. betul sgt lah tu
    sedap semua tu hehe

    ReplyDelete
  2. Assalam mia,
    iols pulop hat nombor 1, 2, 6 & 8 memang TAKDAK dalam senarai he3

    ReplyDelete
  3. hehe betul2! paling mengidam nak makan durian..hehehe

    Jom folow saya ye :)

    ReplyDelete
  4. betul la..paling suka ais krim.,.hehe

    ReplyDelete
  5. nak makan sotong berempah plak kali ni.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...