Friday, July 10, 2015
3
Assalamualaikum...

Orang lelaki ni selalu pandang mudah tentang hal pemakanan untuk kesihatan kan. Jarang jumpa lelaki yang betul-betul menjaga kesihatannya melalui pemakanan. Mereka hanya makan untuk mengenyangkan perut sahaja. Tetapi, tahukah anda, gaya pemakanan merupakan faktor utama yang menentukan tahap kesihatan, samada semakin sihat atau sebaliknya. Jika anda seorang lelaki, anda perlu tahu makanan yang baik untuk kesihatan kelelakian anda.
tips kesihatan, makanan untuk kesihatan lelaki, makanan untuk tingkatkan kualiti sperma, makanan untuk banyakkan sperma
1. Tomato kurangkan risiko kanser prostat
Lelaki yang banyak mengambil tomato mempunyai risiko yang rendah untuk mendapat kanser prostat. Kanser prostat adalah pembunuh senyap kedua bagi golongan lelaki selepas penyakit jantung. 

tips kesihatan, makanan untuk kesihatan lelaki, makanan untuk tingkatkan kualiti sperma, makanan untuk banyakkan sperma
2. Coklat, meningkatkan bilangan sperma 
Coklat mengandungi L-arginine, sejenis asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. 

tips kesihatan, makanan untuk kesihatan lelaki, makanan untuk tingkatkan kualiti sperma, makanan untuk banyakkan sperma

3. Pisang tingkatkan kuantiti sperma
Buah pisang sangat berkesan untuk meningkatkan bilangan sperma kerana pisang mengandungi Bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas. Bromelain adalah enzim anti-inflamatory semulajadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron (hormon seks lelaki). Buah pisang juga kaya dengan vitamin B1, A, dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.

tips kesihatan, makanan untuk kesihatan lelaki, makanan untuk tingkatkan kualiti sperma, makanan untuk banyakkan sperma
4. Delima lindungi sperma
Buah delima mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde(MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Pengambilan jus delima setiap hari juga boleh memusnahkan radikel bebas dalam badan dan dapat meningkatkan kualiti sperma

tips kesihatan, makanan untuk kesihatan lelaki, makanan untuk tingkatkan kualiti sperma, makanan untuk banyakkan sperma
5. Kacang Brazil kuatkan sperma
Kacang brazil kaya dengan selenium iaitu sejenis vitamin yang dapat mengekalkan kesihatan dan membantu pergerakan sel sperma dengan lebih laju. Kacang ini juga mengandungi vitamin E dan antioksidan yang dapat melindungi kerosakan sperma akibat bahan radikal.

sumber: majalah rapi mei 2015

Jadi, kaum lelaki haruslah mengamalkan makanan yang sihat supaya tak salahkan wanita kalau sukar untuk mendapatkan zuriat. Kaum lelaki juga harus bersama-sama meningkatkan kualiti hidup. 

-With Love-
MiaZain

3 comments:

  1. nice share.. sebagai tambahan, info yg berkaitan :

    http://notahidupsihat.blogspot.com/2014/04/10-makanan-meningkatkan-kesuburan-lelaki.html

    ReplyDelete
  2. bagus info ni. alhamdulillah daripada 5, 3 adalah makanan kegemaran

    ReplyDelete
  3. Assalam mia,
    nice info laaaaaaaa
    iols loike he3

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...