Thursday, July 02, 2015
2
Assalamualaikum...

Mia pasti semua wanita yang dah berkahwin mesti sangat teringin untuk dapatkan zuriat kan. Sebenarnya anak nie dapat membuatkan hubungan sesebuah keluarga tu bertambah erat. Memang terasa ada pertambahan kasih sayang kita terhadap keluarga. Tetapi, ada sesetengah pasangan yang walaupun dah berkahwin lebih daripada 2-3 tahun masih belum dikurniakan anak. Tak ke sedih macam tu kan. Tambah-tambah pulak orang dok asyik tanya je kan kita nie dah berisi ke belum. Boleh tertekan kalau berhadapan dengan situasi macam nie. 

Ada terdapat banyak faktor yang menyebabkan pasangan itu sukar untuk hamil, antaranya adalah disebabkan haid yang tidak teratur. Sekejap datang, sekejap tak datang pulak. Jadi sukar untuk kita mengira waktu subur untuk memudahkan kita hamil. 

Haid tidak teratur, cara mengatasi haid tidak teratur, sukar untuk hamil, punca haid tidak teratur

Jom kita tengok dulu video nie. Beliau nie stress sebab lebih setahun tak datang haid. Bukan sebulan, tapi setahun, lama tu. Sampai suami beliau pun dah bingung, tak tahu nak buat macam mana dah. Tapi beliau sentiasa berikhtiar sampailah beliau berjaya. Jom tengok dulu.


Haid yang tidak teratur nie susah untuk dipulihkan menjadi kembali normal. Kerana banyak faktor yang mempengaruhi kitaran haid kita. Kitaran haid dikawal oleh kehadiran hormon estrogen dalam badan kita, jadi kita perlu mengenalpasti untuk mengawal hormon tersebut. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan haid kita tidak teratur. Antaranya adalah:

Punca #1 : KEGEMUKAN
Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid. Kurangkan berat badan supaya keseimbangan hormon estrogen kembali kepada keadaan normal.

Punca #2 : SINDROM POLYCYSTIC OVARI (PCOS )
Ini gangguan hormon yg boleh menyebabkan cyst kecil untuk terjadi pada ovari dan haid yang tidak teratur .Wanita dengan PCOS mempunyai gangguan fungsi ovari kronik yang tidak normal dan tahap androgen yang luar biasa tinggi androgen (hiperandrogenisme). Androgen adalah hormon seks lelaki. 

Punca #3: TERLALU KURUS
Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

Punca #4: MASALAH KESIHATAN
Sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

Punca #5: PRA-MENOPAUS
Ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

Punca #6: PENCEGAH HAMIL
Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

Punca #7: TEKANAN/STRESS
Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

Punca #8: PENYUSUAN BADAN
Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya. Sewaktu menyusukan emil, selepas setahun setengah baru haid datang. 

Punca #9: MASALAH TYROID (Hyperthyroidism or hypothyroidism)
Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh mempengaruhi metabolisme dan menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

Punca #10: UBAT-UBATAN
Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Punca #11: KEGAGALAN OVARI PRA-MATANG
Kegagalan ovari pramatang merujuk kepada kehilangan fungsi ovari yang normal sebelum umur 40 iaitu haid terhenti sebelum mencapai usia 40 tahun. Wanita yang mempunyai kegagalan ovari pra-matang mungkin mempunyai haid yang tidak teratur atau jarang dalam setahun.

credit

Apakah cara untuk mengatasi masalah haid tidak teratur?

4 vitamin utama yang boleh membantu mengatasi masalah haid tidak teratur adalah: 

Haid tidak teratur, cara mengatasi haid tidak teratur, sukar untuk hamil, punca haid tidak teratur

1) Vitalea : Membantu sistem organ dan tubuh mendapatkan semua nutrien penting secara menyeluruh. Kandungan 28 vitamin dan mineral dalam multivitamin ini boleh bantu setiap sistem dan organ badan berfungsi dengan baik.

2) B Compleks: Membantu mengawal sistem saraf dalam badan dan mengurangkan stress. Stress adalah salah satu punca haid tidak stabil.

3) Vitamin C: Membantu meningkatkan imun badan dari serangan penyakit, membantu penyerapan iron yang melancarkan edaran darah. Edaran darah yang lancar menyebabkan oksigen dapat sampai kesemua sel dalam badan.

4) GLA : GLA membantu badan menstabilkan hormon terutama apabila hormon terganggu akibat pengambilan ubatan dan pil perancang. Hormon yang stabil membantu mendapatkan haid yang stabil dan teratur.

Sekiranya anda salah seorang yang mengalami masalah haid tidak teratur sehingga sukar untuk mendapat zuriat, dan dah tak tahan dengar orang lain duk tanya bila nak ada anak, hubungi Mia sekarang di 012-9283726. Mia akan membantu anda sebaik mungkin dengan izin Allah. Jangan biarkan hidup kita dipenuhi dengan tekanan. Kita cuma berikhtiar, selebihnya Allah yang menentukannya. 

Nak tahu macam mana anda boleh membeli dengan harga yang lebih murah & penjimatan berganda, hubungi Mia sekarang.

-With Love-
MiaZain
012-9283 726

2 comments:

  1. Assalam mia,
    Alhamdulillah iols period selalu on time
    tapi masa anak dara dulu senggugut memang tahap serius
    seb baek lepas kawen dah xder dah
    Alhamdulillah

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  2. Hehe..saya punya period x normal tp alhamdulillah rezeki mengandung mudah..senggugut tu pun jarang2 kena..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...