Monday, July 06, 2015
2
Assalamualaikum...

Anak adalah anugerah Allah, kita sebagai ibu bapa diberikan amanah oleh Allah untuk menjaga anak sebaik mungkin dengan didikan dan ajaran agama yang betul. Anak adalah cerminan kita pada masa hadapan. Kalau baik adab, tingkahlaku, pegangan agama kita, maka sebegitu jugalah anak kita. 

tips keibubapaan, mendidik anak yang berguna, tips untuk melahirkan anak yang berguna

Ramai ibu bapa yang gagal mendidik anak mereka. Buktinya ramai anak-anak muda sekarang tewas dengan nafsu dunia. Banyak keruntuhan moral berlaku dikalangan anak-anak kita. Kita sebagai ibu bapa perlulah mempunyai ilmu untuk mendidik anak-anak. Memang tak dinafikan ia adalah satu tugas yang sangat mencabar, tapi ganjarannya sangat besar jika kita dapat lahirkan insan yang berguna kelak. Mia kongsikan tips dari Prof Muhaya ini untuk dijadikan panduan untuk mendidik anak menjadi orang yang berguna. 

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak, kirimkan bacaan Al-Fatihah
Kirimkan bacaan Al-Fatihah tak semestinya pada mereka yang dah meninggal dunia je, tapi amalkan juga pada anak kita. 

Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”,

Mintalah apa-apa hajat yang ada hubung kait dengan anak yang kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semoga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Bercakap dengan anak sewaktu mereka telah tidur
Pandang wajah anak semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh @ solehah sayang!

Cubalah amalkan dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha mendengar lagi Maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya
Maksudnya kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani
Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar
Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati kita
Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata kita
Jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, kita marah kerana dia buat salah, bukan bermaksud membenci. 

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya kita, anak dan zuriat keturunan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang tetap mendirikan Solat.

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.
Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku (sebut nama) dia…..untuk faham agamanya “. 
Kenapa kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam (macam orang tawaf) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.


Anak adalah harta kita ke syurga. Salah satu amaln yang dapat mengelakkan kita dari seksaan aab kubur adalah doa dari anak yang soleh. Jadi, didiklah anak kita sebaik mungkin dengan ilmu yang berguna. Selamat beramal...

-With Love-
MiaZain

2 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...