Friday, June 26, 2015
4
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari jumaat datang lagi. Hari yang penuh barakah, penghulu segala hari. Bercakap pasal anak, mesti kita rasa bimbang bila duduk berjauhan dengan anak. Walaupun sekejap je tinggal anak kat taska ke mesti kita syik duk terfikir-fikirkan mereka kan. Tambahan pula sekarang nie banyak kes-kes yang kita tak ingini berlaku.

Tapi, mampu ke kita nak awasi mereka 24 jam? Mustahil sama sekali. Mereka bukannya sentiasa ada bersama kita kan. Kadang-kadang duduk dengan kita pun boleh berlaku perkara yang tak diingini jugak. Selalunya kita akan berfikir, bila anak dah berada dalam pagar sekolah, mereka akan selamat. Tapi kita tak fikir di sekolah tu lagi banyak memberi perkara negatif pada anak kita contohnya pengaruh kawan, terikut-ikut percakapan dan perbuatan yang tidak elok dan sebagainya. 

cara melindungi anak dari bahaya, amalan membaca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi,

Pernah tak kita percaya bahawa ada 10 ayat yang kalau dibaca akan dapat melindungi anak kita dari fitnah dajjal dan segala kerosakan di bumi ini? 

Mana mungkin dengan membaca 10 ayat je kita boleh selamat? 

Itulah perbezaan antara ujian kepercayaan dan ujian keimanan. Kalau kita melihat sesuatu perkara dengan logik akal atau ujian kepercayaan, memang kita tak akan percaya bahawa dengan 10 ayat kita akan selamat. Tetapi, orang yang beriman tidak akan menunggu logik untuk membuktikan sesuatu perkara itu secara saintifik baru mereka akan beriman. 

Saya kongsikan satu cerita tentang seorang ibu yang kental memdidik anaknya sejak kecil membaca Al-quran iaitu pn Lina. 
Kisah anak pn Lina yang mempunyai jiran yang ada anak sama sekolah dengan anaknya, Darwisya. Suatu hari jiranya bertanya dengan pn Lina ada tak darwisya cakap perkataan yang tidak elok jika balik dari sekolah. Pn Lina cakap, darwisya memang tidak menggunakan perkataan yang tak elok di rumah. Jirannya cakap anaknya sendiri jika balik dari sekolah ada je cakap perkataan yang tak elok. 
Kemuadian pn Lina dengan rasa ingin tahu terus bertanya pada anaknya ada tak dia berkawan dengan anak jirannya. Anaknya jawab, ada je dia berkawan dengan jirannya tapi tak berapa suka dengan sikap anak tersebut. Pn Lina simpulkan anaknya telah dilindungi dari mereka yang tidak sepatutnya dengan hanya mengamalkan 10 ayat tersebut pada setiap hari jumaat. Memang tiada kekuatan pn Lina untuk mengawasi anaknya disekolah. 

Allahu Wakeel, Allahu Hafiz. Dialah yang melindungi, dialah yang menjaga.

Apakah ayat yang sangat istimewa itu? Yang mampu melindungi anak kita daripada bahaya yang kita tidak jangkakan. Itulah 10 ayat pertama surah Al-Kahfi.
Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat pertama dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, maka akan dipancarkan cahaya untuknya antara dirinya hingga baitul Atiq."(HR. Al-Hakim dan Al-Baihaqi, dishahihkan Al-Albani) 
Jom kita mulakan dari sekarang untuk membaca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Lagi bonus pada kita sekiranya dapat menghafal ayat tersebut dan baca setiap hari. Masih belum terlambat sekiranya kita mengajar anak-anak 10 ayat ini. Jadikan ia sebagai doa yang wajib dibaca setiap hari supaya kita dan anak terhindar dari segala bahaya. 

Antara tips yang boleh dikongsikan untuk memudahkan ianya menjadi amalan anak kita, selalu perdengarkan 10 ayat ini kepada mereka. Apabila selalu didengar, barulah ajak mereka menghafal. Kanak-kanak lebih mudah menghafal berbanding kita yang dah berumur.

Sama-sama kita amalkan supaya ayat ini menjadi pendinding kita sekeluarga. 


-With Love-
MiaZain

4 comments:

  1. Assalam mia,
    salam perkenalan dalam blog :)
    done follow uols

    psstttt : nice info mia :). InsyaAllah jom amalkan bersama untuk anak2 kita

    ReplyDelete
  2. dah besar2 pun kena juga kawal kan ? CT pun mesti kena update parents walau
    pegi kedai depan rumah sekalipun.. kita sndiri pun kena ada ayat2 amalan pelindung diri..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. Perkongsian yang sangat bagus.. Terima kasih..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...