Sunday, June 21, 2015
1
Assalamualaikum...

Semalam berkesempatan pergi ziarah anak kawan di hospital. Anaknya baru 25 hari, tapi jaundisnya masih belum pulih. Kesian sangat tengok anak tu. Matanya kuning kehijauan. Salah satu cara untuk pulihkan jaundis nie dengan memberi susu ibu. Tapi, ibu anak tu mengadu yang susunya macam tiada. 

Jadi, Mia terfikir untuk kongsi tips untuk banyakkan susu ibu nie. Perkara pertama yang ibu-ibu menyusu ini perlu jelas adalah konsep permintaan & penawaran (demand & supply). Maksudnya di sini, apabila anak kita lagi kerap menyusu, lagi banyak kilang susu akan menghasilkan susu. Kagum dengan ciptaan Allah kan. 

Perkara kedua yang ibu-ibu perlu tahu adalah, perut bayi yang baru lahir kecil je. Jadi, bayi hanya perlukan sedikit sahaja kuantiti susu untuk mereka kenyang. Boleh lihat gambar dibawah nie sebesarmana perut bayi yang baru lahir hingga usia sebulan. Dan kuantiti susu akan bertambah dari sehari ke sehari mengikut keperluan bayi tersebut. Tak perlu kita nak fikir cukup atau tidak susu yang diperlukan oleh bayi kita.


Tips banyakkan susu ibu, saiz perut bayi, konsep demand & supply, tips menyusu, susu ibu


Berbalik pada tips untuk banyakkan susu ibu. Kita praktikkan satu-satu supaya susu kita kembali kepada keadaan normal semula.

Tips Untuk Banyakkan Susu Ibu

1. Tenangkan fikiran, banyakkan berehat & berfikiran positif
Tekanan boleh menghalang keupayaan semula jadi badan anda untuk melepaskan susu ibu. Cari tempat yang tenang untuk menyusu atau mengepam. Ini boleh membantu untuk mengurut payudara anda. Anda mungkin mahu untuk berfikir tentang bayi anda, melihat gambar bayi anda atau mendengar muzik yang menenangkan.

Terlalu letih juga menyebabkan susu berkurang. Jadi, banyakkan berehat dan sentiasa berfikiran positif bahawa susu kita cukup untuk anak kita.

2. Kekerapan mengepam susu
Semakin anda mengepam susu lebih banyak anda akan menghasilkan susu. Jika anda bekerja sepenuh masa, cuba untuk mengepam selama 15 minit setiap beberapa jam sepanjang hari kerja. Jika boleh , pam kedua-dua payudara pada masa yang sama . Ia akan menjimatkan masa berharga. Dengan menambah kekerapan menyusu/ memerah, anda meningkatkan kadar hormon prolaktin dalam tubuh. 

*Hormon prolaktin fungsinya untuk menggalakkan kilang susu menghasilkan lebih banyak susu.

Sekiranya ibu ingin mengumpulkan stok susu, berikut adalah contoh jadual mengepam (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):

Sesi 1 – Sebelum Subuh. Pada masa ini, hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain. 

Sesi 2 – Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3 – Pada belah petang sebelum pulang ke rumah.

Sesi 4 – Sebelum tidur (lebih kurang jam 11/12 malam)

*Jika ibu rasa terlalu letih untuk mengepam pada siang hari, tambahkan sesi mengepam pada waktu malam. 


3. Susui bayi lebih kerap ketika bersama bayi
Lebih banyak anda menyusukan bayi anda apabila anda bersama-sama, lebih banyak bekalan anda akan apabila anda mengepam. Saya nasihatkan agar tambahkan kekerapan menyusukan bayi pada waktu malam, awal pagi dan semestinya pada hujung minggu. Pam selepas sesi penyusuan boleh membantu meningkatkan bekalan susu juga - walaupun mungkin waktu itu hanya beberepa titis susu yang keluar pada awalnya.

4. Tandem pumping
Bagi membantu anda menjayakan penyusuan, pada masa yang sama mendapatkan stok yang cukup untuk bayi sewaktu anda bekerja, saya galakkan anda mengamalkan tandem pumping. Tandem pumping ni adalah teknik rangsangan payudara untuk menghasilkan susu lebih banyak, dimana ibu menyusukan bayi dan memerah susu serentak. 

Selain melengkapkan penyusuan dan bonding session bersama bayi anda, anda masih boleh mengumpul stok dengan cepat. 

5. Power pumping (seminggu sekali)
Buat power pumping sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk menghantar signal kepada badan supaya menghasilkan susu yang lebih banyak. Waktu ideal adalah antara jam 12 malam hingga 6 pagi. Ibu pilihlah waktu yang paling lapang dan sesuai dengan ibu. 

Pada waktu ini hormon prolaktin sangat tinggi, jadi ambil peluang untuk menjadikan kilang susu yang lebih produktif.  

6. Banyakkan pengambilan air
Kandungan utama susu ibu adalah air. Pastikan ibu minum air yang cukup setiap hari. Ibu digalakkan meminum AIR SUAM dan jika boleh elakkan minuman berais. Air suam membantu percepatkan pengaliran bendalir dalam badan. 

Periksa warna urin anda untuk menentukan anda cukup air atau tidak. Tanda cukup air, urin berwarna jernih dan tidak berbau. Jika urin berwarna keruh dan berbau, bermaksud anda tidak cukup air dalam badan. Hati-hati kerana ia boleh buat anda pitam dan pening kepala pada siang hari.

Air, jus dan susu boleh membantu anda kekal terhidrat dan menggalakkan pengeluaran susu. Walaubagaimanapun, ibu dinasihatkan agar menghadkan soda, kopi dan minuman berkafein yang lain. Terlalu banyak kafein boleh menyebabkan kerengsaan atau mengganggu tidur bayi anda. 

7. Jangan merokok
Tabiat merokok dikalangan ibu-ibu boleh mengurangkan bekalan susu anda. Kandungan nikotin dalam badan anda boleh mengubah rasa susu dan mengganggu tidur bayi. Jika anda merokok, tanya doktor anda untuk pilihan bagi membantu anda berhenti. 

8. Pemakanan yang seimbang
Elakkan makanan berminyak dan terlalu pedas. Seeloknya banyakkan makanan yang dimasak dengan cara panggang, rebus atau stim. Ini kerana badan kita akan mengesan makanan berminyak, pedas dan berempah sebagai makanan yang sukar dicernakan. Selain mengambil masa yang lama untuk diproses, ia juga akan menggunakan banyak air dalam tubuh kita. 

Makan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Lebihkan pengambilan sumber protein serta kalsium juga. Ibu yang menyusukan bayi memerlukan lebih kurang 2700 kalori sehari. Pengambilan makanan seimbang dalam kuantiti yang sedikit dan lebih kerap amat digalakkan. Amalkan pengambilan supplemen juga bagi melengkapi nutrisi harian anda terutamanya ibu bekerja.

Saya sangat menyokong penyusuan susu ibu, kerana banyak kelebihan menyusukan anak kita dengan susu ibu. Boleh baca KENAPA HARUS DIBERIKAN SUSU FORMULA untuk menjelaskan bahawa kenapa kita tidak memerlukan susu formula. Allah dah ciptakan susu ibu yang memang terbaik diantara susu-susu yang lain, tapi kita sering fikir susu formula lebih bagus.

Semoga dengan perkongsian tips penyusuan ini dapat membantu ibu di luar sana yang mempunyai masalah kurang susu badan ini. Saya juga menggalakkan ibu yang menyusukan anak mengambil supplemen seperti SET PENYUSUAN SHAKLEE untuk membantu membanyakkan dan memekatkan susu ibu. Set ini juga membantu anda sentiasa bertenaga supaya ibu-ibu tidak penat dengan tugasan harian dan menjaga anak serta dapat menyusukan anak dengan sempurna. Jika anda mempunyai masalah mengekalkan bekalan susu anda atau anda bimbang bahawa anda tidak menghasilkan susu yang cukup, sila hubungi saya untuk mendapatkan lebih informasi dan tips penyusuan.

Kita semua ibu yang hebat sekiranya berjaya menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun lengkap. Ketahui mana silapnya sekiranya anda tidak berjaya menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun lengkap di Ibu Hebat Adalah Ibu Yang Menjayakan Penyusuan Susu Ibu!!!

-With Love-
Mia Zain
012-9283726

1 comments:

  1. Assalam mia,
    iols ni ada rezeki susukan my boboboy 1bulan sajork :(

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...