Friday, June 19, 2015
2
Assalamualaikum....

Masalah kencing manis nie selalu dialami oleh wanita hamil. Masalah ini boleh memberi risiko terhadap ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan. Sebab tu doktor sangat mengambil berat dan memantau ibu hamil yang mengalami masalah kencing manis ini. Selalunya kencing manis ketika hamil terjadi apabila kandungan dah berusia 24 - 28 minggu. 


kencing manis ketika hamil, GDM, diabetes ketika hamil, cara atasi kencing manis ketika mengandung, kesan kencing manis ketika hamil

Punca kencing manis ketika hamil

Kencing manis berlaku dikalangan wanita hamil disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan begitu tinggi semasa hamil. Hormon ini mempunyai kesan terhadap metabolisme gula dalam badan seseorang. 

Kesan peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah meningkat. Jika sistem keseimbangan hormon tidak berjalan lancar, khususnya jika hormon insulin yang dikeluarkan tidak cukup untuk menurunkan paras gula dalam darah, maka suatu keadaan diabetes akan berlaku.

Bagaimana kencing manis ketika hamil boleh dikesan?

Kencing manis untuk ibu hamil dikesan melalui kaedah pemeriksaaan OGTT (Oral Glucose Tolerance Test) dimana wanita hamil perlu minum AIR GULA. Mesti ramai yang hamil pernah minum AIR GULA kan. Sekarang nie memang diwajibkan semua wanita hamil untuk minum air gula nie kalau buat pemeriksaan di klinik kerajaan. Kalau dulu air gula nie diberi pada mereka yang ada potensi untuk kencing manis jek.

Ibu hamil memang wajib minum air gula nie sebab doktor nak tau toleransi tubuh kita terhadap gula selepas minum air gula tu. Ini salah satu cara nak kesan masalah kencing manis semasa mengandung supaya senang nak mengawal dan merawatnya. Mereka akan membuat ujian darah untuk tengok kandungan gula. 

Tapi sebelum minum air gula nie, ibu hamil perlu berpuasa semalaman. Darah akan diambil sebelum dan selepas 2 jam ibu hamil minum air gula. Bacaan normal kandungan gula sekiranya kita berpuasa adalah kurang daripada 6.1 mmol/L. Tetapi sekiranya bacaan gula dalam urin melebihi 7.8 mmol/L selepas 2 jam minum air gula itu tandanya kita ada kencing manis.

Simptom Kencing Manis Ketika Hamil

Sekiranya anda mempunyai simptom-simptom ini ketika hamil, berjumpalah dengan doktor untuk menentukan tahap kandungan gula anda:

  1. Keletihan
  2. Dahaga yang terlampau
  3. Membuang air kecil dengan banyak
  4. Penglihatan kabur
  5. Luka atau kesan lebam lambat sembuh

Kesan kencing manis semasa hamil pada ibu dan anak

Kesan kencing manis semasa mengandung pada ibu hamil:

  • Mudah mendapat jangkitan pada faraj
  • Berisiko bersalin secara caesarean kerana saiz bayi yang terlebih besar.
  • Luka bersalin lambat sembuh maka berisiko mendapat jangkitan pada luka.
  • Berisiko menghidap diabetes tahap 2 di kemudian hari.

Kesan kencing manis semasa mengandung pada bayi;

  • Berisiko lahir pra-matang.
  • Berisiko kematian bayi dalam kandungan.
  • Bayi menjadi terlalu besar dan boleh menyebabkan kesukaran semasa proses bersalin.
  • Masalah kesihatan selepas lahir seperti hipoglisemia (gula rendah) dan jaundice (demam kuning).
  • Berisiko tinggi untuk menjadi obesiti dan menghidap diabetes di kemudian hari..
  • Berisiko ditahan di wad untuk jangka masa tertentu sebaik selepas kelahiran untuk pemantauan.

Cara mencegah & merawat kencing manis ketika hamil

Selalunya kandungan sentiasa sihat jika ibu mengandung ikut apa yang disarankan oleh doktor. terdapat beberapa cara untuk merawat kencing manis ini.

1. Ketahui bacaan gula dalam darah anda dan pastikan ia sentiasa terkawal
Adalah lebih mudah untuk senantiasa mengetahui bacaan gula anda agar ianya sentiasa terkawal. Mungkin anda perlu ulang alik ke klinik untuk buat ujian. Jika mampu boleh beli alat pengukur dan buat ujian dirumah.

2. Amalkan diet yang sihat 
Selalunya doktor akan menasihatkan dan mencadangkan pemakanan yang sesuai dengan anda.  Diet yang disarankan ialah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula, banyakkan pengambilan karbohidrat berserat, protin tanpa lemak seperti ikan dan soya dan lemak jenis baik (HDL). Biskut, roti putih banyak terdapat gula tersembunyi maka perlulah mengawal pengambilannya.

3. Melakukan ativiti fizikal pada tahap sederhana
Bersenam dapat membantu mengawal paras gula dalam badan.  Pilih yang terbaik dan mintalah nasihat doktor.

4. Kekalkan berat badat yang sihat
Pastikan penambahan berat badan adalah sihat. Penting untuk merekod berat badan secara berkala. Namun selalunya klinik atau hospital bersalin akan memantau juga dalam hal ini.

5. Buat rekod harian berkenaan diet, aktiviti fizikal dan bacaan gula. 
Ini akan membantu anda mengetahui apa yang membantu anda dalam mengawal gula dan apa yang akan meningkatkan bacaan gula.

6. Mengambil suntikan insulin
Dalam 10-20% kes kencing manis semasa mengandung, ada yang tidak lagi dapat dikawal dengan diet dan senaman. Oleh itu ibu perlu ambil suntikan insulin untuk kawal tahap gula dalam darah.

7. Mengambil supplemen yang boleh membantu mengawal tahap gula dalam darah
Shaklee mempunyai produk yang dapat mengawal tahap gula dalam darah dan ianya selamat diambil oleh ibu hamil kerana sifatnya yang semulajadi dan tiada dadah atau ubat terlarang.

Set Ibu Hamil Shaklee untuk kencing manis

kencing manis ketika hamil, GDM, diabetes ketika hamil, cara atasi kencing manis ketika mengandung, kesan kencing manis ketika hamil

1. VITA-LEA
  • Mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan. 
  • Membekalkan zinc yg mampu membantu penghasilan lebih banyak insulin. 
  • Juga mengandungi 19 multivitamin dan multimineral yg sgt baik utk ibu dan perkembangan bayi.

2. B-COMPLEX
  • Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga. 
  • Menyokong dalam proses metabolisma gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. 
  • Juga membekalkan 8 jenis vitamin B termasuk asid folik yg penting utk perkembangan saraf bayi. 

3. VITAMIN C
  • Memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul dengan banyak di dalam darah

4. OSTEMATRIX
  • Membekalkan Magnesium untuk meningkatkan kadar rembesan insulin serta mengurangkan rintangan insulin. 
  • Ostematrix juga mengandungi 100% keperluan harian kalsium dan boleh digunakan untuk menggantikan susu yang anda ambil sepanjang kehamilan yang sangat tinggi gula.

5. ESP
  • Sumber makanan dengan kadar indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit diabetes kerana ia akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah.

Jangan kita ambik mudah penyakit kencing manis ketika hamil nie. Sangat merbahaya. Bukan saja pada anak, malah pada ibu tu jugak. Atasi kencing manis ini dengan cara yang betul. Sekiranya anda ingin mendapatkan set ibu hamil shaklee untuk mengatasi masalah kencing manis anda, berita baik untuk anda, bulan nie ada promosi potongan sebanyak 5% daripada harga asal. 


TETAPI sekiranya anda mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat penjimatan sehingga 15-20% dengan harga ahli. 
*** Keistimewaan menjadi ahli Shaklee***
>>> Keahlian adalah seumur hidup, tidak perlu diperbaharui
>>> Penjimatan sehingga 15-20%
>>> Tidak perlu beli produk tiap-tiap bulan untuk maintain keahlian
>>> Nak jadi ahli sebab untuk makan sendiri pun boleh
>>> Wang pulangan setiap bulan *sekiranya mematuhi terma & syarat  

Bukan itu sahaja, malah anda akan menerima sebotol multivitamin Vitalea bernilai RM88.75 secara PERCUMA. 

Sangat berbaloi kan. Rugi tau kalau lambat, tawaran ini sekali je datang, sempena Shaklee menyambut ulang tahun ke-100 si Vitalea sebagai Multivitamin Pertama di Dunia.

Jadi apa tunggu lagi. Jangan biarkan bayi dalam kandungan dan juga anda menderita akibat kencing manis. Nanti tiap-tiap minggu kena pergi buat check up kat klinik. Tak ke sengsara tu. Atasi sekarang.

Hubungi Mia 012-9283 726. Jika anda berada berdekatan dengan Mia, Mia boleh hantarkan vitamin ini terus kepada anda. 

-With Love-
MiaZain
012 - 9283 726

2 comments:

  1. Assalam mia,
    alhamdulillah
    iols masa peknen dolu tak kena :)

    ReplyDelete
  2. info yg berguna sis..bila ada GDM ni, yg paling tak suka bila kena cek paras gula 4 kali sehari..naik muak pergi klinik...

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...