Monday, June 15, 2015
3
Assalamualaikum....

Nie kisah petang semalam, bawak emil turun bawah mandi kolam. Emil dah banyak auta sekarang nie, dia tak nak mandi kat tempat budak-budak tu. Tapi nak mandi kat tempat orang dewasa. Nasib dia nak guna pelampung. Kalau tak, memang tak sampai la kaki dia kat dasar kolam tu.

Berbalik pada cerita tadi kan, ada la 2 orang budak arab nie. Umur dalam lingkungan 4 dan 6 tahun. Dah la badan kecik molek je, tapi sangat pandai berenang. Siap boleh buat banyak gaya berenang lagi. Sangat kagum kalau tengok budak kecik dah pandai berenang. Mungkin ini perkara biasa pada orang lain, tapi pada Mia ia adalah satu kemahiran yang perlu kita belajar sejak kecik lagi. 

Emil memang suka main air, biasalah kanak-kanak kan. Nampak je kolam, terus nak terjah nak masuk kolam. Tapi, anak-anak nie memang tak tahu pun yang air tu boleh membahayakan mereka. Banyak kejadian mati lemas yang melibatkan anak kecil. 

Baru dua hari lepas, terserempak dengan doktor yang selalu merawat emil, dia cerita ada satu pasangan nie bawak anak dia ke klinik doktor tu sebab anaknya lemas masa mandi. Kecik lagi, masih baby. Bila dah sampai klinik, memang baby tu dah tak bernyawa. Kalau berlaku pada kita, mesti rasa sangat menyesal kan.

Sebab tu la sangat penting kita ajar anak untuk berenang. Supaya anak-anak boleh kawal diri bila ada berlaku kecemasan bila dalam air. 

Kenapa perlu ajar anak berenang?

Selain tu, berenang ni adalah aktiviti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.


Sabda Nabi SAW: "Ajarlah anak-anakmu berenang dan memanah; dan perintahlah mereka supaya melompat ke atas punggung kuda" Hadis Riwayat Ahmad.

Jadi, kenapa berenang ni sangat titikberatkan oleh Rasulullah SAW? Mesti banyak manfaat berenang nie kan. Selepas buat penyelidikan pasal berenang nie, barulah Mia tahu berenang nie sangat berkait rapat dengan aktiviti otak kita. Dalam otak kita terdapat berbilion-bilion sel saraf atau neuron yang berinteraksi antara satu sama lain untuk menghubungkan pesanan-pesanan yang dihantar dari anggota badan dan ditafsir oleh otak kemudian dihantar semula ke anggota badan untuk bertindak. 

Contohnya lah, tangan kita tersentuk cerek panas, jadi tangan akan menghantar maklumat ke otak melalui saraf atau neuron ini kemudian otak kita mentafsir, 'oh, cerek rasa panas', kemudian otak akan mentafsir dan menghantar maklumat pada tangan untuk menjauhi cerek tersebut. Secara automatik kita akan angkat tangan kita menjauhi cerek panas bila terkena kan. Inilah fungsi saraf atau neuron yang ada dalam sel otak kita. Cuba bayangkan kalau saraf atau neuron dalam otak kita tak berfungsi, sampai ke bila kita duk pegang je cerek panas tu. Tak ke melecur tangan. 


kelebihan ajar anak berenang, manfaat berenang, anak suka berenang,


Kelebihan Berenang Sejak Kecil

Berbalik pada aktiviti berenang, otak dan otot yang digunakan sewaktu berenang berkomunikasi antara satu sama lain dengan bantuan neuron. Otak menggunakan asetilkolina neurotransmitter, ianya bahan kimia utama untuk ingatan, untuk merangsang sesuatu kejadian yang membawa kepada pengecutan otot supaya kita boleh berenang atau melaksanakan apa-apa aktiviti fizikal.

Aktiviti otak semasa berenang boleh membantu melegakan gejala kemurungan. Sesetengah ubat antidepresan mengurangkan kemurungan dengan meningkatkan tahap neurotransmitter di otak. Tapi dengan berenang, neurotransmitter, yang dipanggil endorfin dihasilkan secara semulajadi. Jadi berenang boleh membuatkan anak lebih tenang.


Masalahnya neuron dalam otak kita akan terhad pembentukannya apabila kita dalam keadaan tertekan. Bila penghasilan neuron terhad, maka otak kita lambat untuk memproses sesuatu maklumat, dan ini menyebabkan anak-anak boleh terganggu dalam pelajaran. Tapi dengan berenang, ianya boleh meningkatkan penghasilan neuron melalui proses yang dikenali sebagai neurogenesis hippocampal untuk membantu menggalakkan rasa kesejahteraan. Pembentukan neuron baru ini juga meningkatkan tahap ingatan anak-anak. Jadi anak lebih mudah untuk menghafaz sesuatu. 

Jadi memang patutla berenang sangat dituntut dan dipelajari dari kecil kerana banyak faedahnya terutamanya perkara yang berkaitan dengan otak. Bila anak senang untuk menghafaz sesuatu, mudahlah bagi mereka untuk berjaya kerana apa yang dihafaz nya akan menjadi kekal sebagai ingatan jangka pangjang. Jadi mereka tidak mudah akan lupa dengan apa yang dibelajar olehnya. 

Antara manfaat berenang yang lain adalah:

Manfaat Berenang

1. Melatih pernafasan
Berenang adalah sangat digalakkan untuk mereka yang mengidap asma. Kerana aktiviti ini boleh tingkatkan sistem kardiovaskular dan pernafasan. Sistem pernafasan jadi lebih lancar dan panjang sebab dah biasa tahan nafas dalam air.

2. Meningkatkan kemampuan fungsi jantung dan paru-paru
Gerakan ketika berenang melibatkan anggota tubuh terutama tangan dan kaki dapat membantu melancarkan aliran darah ke jantung, pembuluh darah dan paru-paru. Pergerakannya sama seperti kita lakukan senam aerobik.

3. Membentuk otot
Masa berenang, otot pada tubuh kita seperti kepala, leher, perut, punggung, pinggang dan kaki akan bergerak. Ketika bergerak dalam air, tubuh kita akan menggunakan tenaga yang lebih besar untuk melawan arah gerakan air dan mempu membuatkan otot kita lebih kuat dan boleh melenturkan otot tubuh.

4. Membakar kalori
Tenaga kita diperlukan lebih banyak bila berenang, jadi ia akan membakar lemak kita sebanyak 24%. Jadi, ini boleh mengelakkan anak kita daripada obesiti. Pada mereka yang nak kurus pun sangat sesuai aktiviti berenang nie.

5. Tingkatkan tahap keyakinan diri
Dengan berenang, tahap keyakinan anak untuk berada dalam air lebih tinggi. Jadi, kalau anak dah pandai berenang, rasa risau kita akan sedikit berkurang kan. Dan anak akan rasa selamat bila berada dalam air sebab mereka tahu berenang 

6. Terapi tekakan
Berenang dapat membuatkan fikiran kita menjadi lebih tenang kerana sifat air dan gerakan yang dilakukan semasa berenang adalah santai dan perlahan. Ia mampu tingkatkan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan tenang.

Biasanya baby yang berumur 6 bulan ke atas dan boleh diajar berenang. Tapi kebanyakkan tempat mengajar berenang yang Mia pernah survey hanya ambil kanak-kanak yang berusia 4 tahun keatas je. Jadi masa awal-awal tu, kita boleh la ajar sendiri anak kita untuk melatih mereka untuk yakin berada dalam air. 

Jadi, tahniah pada ibu yang mengajar anak mereka berenang. Ajarlah anak-anak kita berenang, kerana banyak manfaatnya kalau nak dibandingkan kalau kita hanya berikan gadjet je pada anak.

Nak tahu cara tingkatkan kesihatan anak? Boleh klik SINI


-With Love-
MiaZain

3 comments:

  1. macam manfaat kita dapat kan, baru tahu pasal info ni, thanks kak mia, kongsi-kongsi ilmu =)

    ReplyDelete
  2. Assalam mia,
    haah betoi3
    swimming is good for our brain n body
    insyaAllah iols pun ada cita2 nak antor si Boboboy gi kelas swimming :)

    ReplyDelete
  3. Nini pernah terbaca 3 month dah boleh ajar berenang.....sangat la teruja okayyy..hihi

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...