Monday, June 29, 2015
7
Assalamualaikum...

Cabaran hari ketiga dalam segmen Cabaran20Hari ini yang bertajuk Resepi Hidangan Sahur Paling Ringkas. Kalau bab makan waktu sahur nie mesti ramai yang takde semangat nak makan la, takde semangat nak bangun la, inikan pula nak masak waktu bersahur. Kadang-kadang ramai yang dah siap-siap masak malam sebelum tu lauk untuk bersahur. Tak pun panaskan semula je lauk yang tak abis makan masa berbuka kan. hehe...

Resepi ESP kurma shake mudah ringkas & sihat, resepi hidangan sahur paling ringkas, resepi sahur mudah


Jadi, untuk memudahkan proses bersahur, Mia hanya makan nasi sedikit je. Kemudian minum air tambah tenaga nie. Jom mia kongsikan resepi untuk anda semua.

Resepi ESP kurma shake, mudah, ringkas & sihat

Resepi ESP kurma shake mudah ringkas & sihat, resepi hidangan sahur paling ringkas, resepi sahur mudah

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP
7 biji kurma dibuang biji (rendam kurma dalam 250 mL air untuk semalaman)

Cara-caranya:
Rendam 7 biji kurma di dalam 250 mL air untuk semalaman. 
***Buat macam infused water, selalunya kita guna buah-buahan atau sayur seperti lemon, strawberry, epal dan sebagainya kan. Ok, itu sebenarnya cara barat untuk buat infused water. Sekarang kita buat cara Islam  dengan menggunakan kurma. Sebenarnya Nabi Muhammad dah buat lama dah infused water menggunakan kurma nie, tapi kita baru je tahu macam mana nak buat infused water, tapi guna teknik orang barat***

Sebelum sahur, kisar kurma dengan airnya sehingga halus. Kemudian campurkan 3 sudu besar serbuk ESP. Kacau atau goncang sehingga bercampur sebati. Dan minum dengan penuh nikmat. Alhamdullillah.

Minuman ini bukan sahaja memberi tenaga berpanjangan, tetapi membuatkan kita sentiasa terasa kenyang. Kurma juga adalah fiber yang mempunyai serat tinggi yang baik untuk badan. Memang sangat sesuai dengan Mia yang berpuasa sambil menyusukan anak. Walaupun penat berpuasa, tapi susu tak pernah berkurang. Alhamdullilah...

Jom kita tengok apa lagi kelebihan ESP yang lain. 

Kebaikan ESP

1. Awet Muda
Mengandungi asid amino penting untuk membina sel, otot, kuku, rambut, darah, kulit dan lain-lain. Pengambilan yang kerap ialah kunci awet muda. Nak awet muda tak? Jomla try ESP.

2. Baik untuk hormon
Kaya dengan isoflavones yang fungsinya adalah menyamai hormon wanita. Juga membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk prostat (bukan untuk wanita je ESP ni)
Geneistein berupaya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia (radikal bebas) menukarkan sel DNA kepada sel kanser.

4. Meremajakan kulit
Merangsang permbentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mempercepatkan penyembuhan luka. Yang paling best saya tahu anda semua pasti suka ialah ia juga membantu mengurangkan kesan parut.

5. Membekalkan tenaga
Membekalkan tenaga dengan segera dan menyebabkan tenaga berkekalan untuk tempoh yang lama. Macam masa puasa begini, memang disyorkan la untuk anda mengamalkan ESP bagi yang selalu tak bermaya ketika berpuasa.

6. Membaiki Pigmentasi
Membantu membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua. Juga membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur.

7. Membaiki memori
Membantu meningkatkan kualiti memori, dorongan seksual dan rangsangan.

Boleh baca mengenai ESP lagi di SINI

Rugi tak cuba resepi nie... Selamat mencuba.

-With Love-
MiaZAin

7 comments:

  1. Tak pernah cuba pulak macam tu.. biasanya hanya makan kurma dengan air masak je.

    ReplyDelete
  2. yang ni lain sikit. kurg gambar makan

    ReplyDelete
  3. Salam Mia,

    wahhh makanan sihat, kurma wajib ada kan!

    jemput baca : http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html

    ReplyDelete
  4. mia sama dengan nizam, entri sambil promosi bagus strategi haha :)

    ReplyDelete
  5. Selamat Berpuasa... X pernah lagi buat infused water guna kurma nie.. insyaAllah nanti le try.. thanks share resepi..

    ReplyDelete
  6. nice resepi...boleh buat nti sbb ESP dok ada

    ReplyDelete
  7. Assalam mia,
    ESP tu ghaser dia macam susu kaaaa???

    #BloggerUtara

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...