Sunday, June 28, 2015
8
Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari ini hari ke 11 kita berpuasa. Sejekap je masa berlalu. Lepas nie dah nak raya dah pulak. Kalau nak ceritakan tentang pengalaman bersahur nie memang banyak perkara yang kita tak dapat lupakan. Bukan senang nak bangun pukul 4-5 pagi nak bangun sahur kan. Lebih-lebih lagi masa kanak-kanak.

cabaran20hari, pengalaman bersahur yang tak dapat dilupakan, sahur, pengalaman sahur waktu kecil

Waktu kecik-kecik memang liat nak bangun sahur. Malas sangat nak bangun. Kena 2,3 kali kejut pun tak sedar-sedar lagi. Selalunya abah la yang ditugaskan nak kejut anak-anak dia. Akhirnya bila kena abah cakap dah nak abis waktu sahur, barulah terkial-kial nak bangun, masuk bilik air, cuci muka. 

Nak cuci muka pun slow motion jek. Lepas tu ambil masa lama pulak tu nak cucu muka. Kadang-kadang sampai boleh tertido dalam bilik air tu, punya lah mengantuknya.  Akhirnya mak pula duk panggil-panggil suh cepat sikit basuh muka tu sebab masa sahur dah nak abis. 

Bila makan pun slow motion jek suap nasi dalam mulut. Hais, gayanya macam lauk tak sedap je kan, tapi sebenarnya tiada selera sebab mengantuk sangat. Bila azan dah nak berkumandang, laju-laju je masukkan nasi dalam mulut. Sebab takut nanti lapar. Masa tu mulalah menyesal sebab lambat-lambatkan bangun sahur. Kan dah tak sempat nak makan dan minum elok-elok. 

Pastu mula la ngada-ngada merayu kat mak nak buka puasa waktu petang tu atas alasan tak kenyang makan sahur pagi tadi. Padahal, lagi sejam je nak berbuka. Nak berbuka tu sebab terliur tengok juadah nak berbuka yang mak buat tu. Ha Ha. Tu la, siapa suruh lambat bangun sahur, kan dah tak sempat nak makan. 

Biasalah waktu kecik-kecik, tak faham lagi makna dan kelebihan bersahur tu. 
“Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.”  [HR  Imam AhmadSahih al-Jami‟: “Hasan”].
Kenapa kita disunatkan untuk melambat-lambatkan bersahur? 

  1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
  2. Melambatkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.
Selamat berpuasa dan mengejar ganjaran pahalan dibulan ini

-With Love-
MiaZain

8 comments:

  1. pagi tadi pun x sempat sahur.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. sampai besar pun terasa ralat kalau lambat bangun sahur.. nanti minum tak puas.. heee

    #bloggerutara

    ReplyDelete
  3. CT mmg liat nak mangkit la.. tpi akan sedia air hujung katil..
    sahur teguk air saja.. kalo makan beriya mmg x lalu..

    ReplyDelete
  4. Hari nie Zumal sahur dengan air kosong dengan kurma aje... Terlewat bangun, Hehe...

    ReplyDelete
  5. singgah sini.. salam kenal #blogger utara
    dlu memang malas bangun smpai kena berleter skrg bila dh besar n sahur awal2 takut terlepas

    ReplyDelete
  6. Zaman kanak-kanak lah paling win kan.. hehehe.. macam2 alasan x nak puasa.. belum tahu apa lagi..

    ReplyDelete
  7. Assalam mia,
    masa kecik2 memang part ujung time nak buka tu paling hazab kan3
    lagi sejam dua tu yang dok lama jaaaaaaa ghaser he3

    #BloggerUtara

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...