Tuesday, June 30, 2015
7
Assalamualaikum...

Cabaran ke 4 dalam #Cabaran20Hari yang bertajuk Menu wajib Bulan Puasa.

Cabaran 20 hari, menu wajib bulan puasa, murtabak

Ok, menu yang wajib mesti ada sewaktu berbuka puasa adalah Murtabak. Selalunya beli murtabak daging. Biasalah, kalau kat penang nie, mane-mane bazar Ramadhan mesti ada 3-4 kedai yang jual murtabak. 

Tapi, kena pilih-pilih jugak kalau nak beli murtabak nie. Kadang-kadang tu ada je penjual buat murtabak tu guna telur yang tak dibasuh. Aiiyakk... Tak pasal-pasal makan murtabak dengan najis. Tangan yang terkena najis ayam kat telur tu masa nak pecahkan telur tu, pastu duk canai dok plak dengan tangan yang sama kan. Bertambah perasa murtabak tu. hehe.

Lagi satu, orang penang suka letak banyak rempah dalam murtabak tu. Jadi, kena pilih yang sedap-sedap rasa je. Kalau dah tahu tempat mana yang jual murtabak sedap, memang akan beli tempat tu je la. hehe.

Selalunya murtabak nie makan dengan kuah bawang dan kuah kari. Kalau kuah bawang tu warna merah pekat, tu tandanya banyak sangat dia letak bahan pewarna. Orang penang memang tak boleh dipisahkan dengan kari. hehe. 

Tapi sekarang dah banyak versi murtabak nie. Yang terbaru murtabak cheese. Tak pernah cuba lagi, tapi mesti cepat muak kalau makan banyak cheese kan. hehe. Harga murtabak nie pulak diantara RM 3 - RM 5. Bergantung pada besar dan tebal murtabak tu. Kalau dulu RM 2 ringgit pun boleh dapat, tapi sekarang dah susah nak jumpa. 

Siapa yang tak pernah cuba, boleh la cuba murtabak nie.
Salam Ramadhan.

-With Love-
MiaZain

7 comments:

  1. haii awat semua suka makan murtabak ni haha
    geng2 utara mmg suka makan murtabak termasuk lah iols
    hantu murtabak gak
    sedap makan ngan bwg cuka merah tu

    ReplyDelete
  2. Sedapnyerr..kak lya pon suka gak murtabak ..

    ReplyDelete
  3. sama la kita...suka murtabak gak

    ReplyDelete
  4. Assalam mia,
    haaaaaaa
    hat ni peberet menu hubby iols
    iols tak bekenan sebab ada bawang he3 :p

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  5. Kalau kat tmpt saya ada murtabak kambing..special bulan puasa..tp xpernah jumpa lg murtabak cheese..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...