Saturday, June 27, 2015
6
Assalamualaikum...

Hari ni bermula la episod #Cabaran20Hari. Harap dapat menyahut cabaran ini sehingga tamat. Pada semua bloggers, masih belum terlambat untuk join. Sempat lagi nak post entri untuk cabaran hari nie. Boleh tengok SINI untuk melihat cabarannya.  

Berbalik pada tajuk kita. Ramadhan adalah satu bulan yang mulia dan bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam yang beriman. Bulan Ramadhan juga merupakan satu-satunya bulan yang di sebut dalam Al-Quran. Jadi, memang sangat istimewa bulan Ramadhan nie kan.


Bulan Ramadhan hanya menjengah setahun sekali, jadi ianya sangat bererti buat saya dan kita semua. Kenapa ianya sangat bererti buat saya? Kerana banyak perkara kebaikan yang dilakukan pada bulan Ramadhan ini pahala yang kita dapat sangat banyak dan berlipat kali ganda. 

Berpuasa bukan sahaja menyuruh kita menahan lapar, dahaga dan tidak melakukan perbuatan yang sia-sia. Akan tetapi berpuasa mengajar kita erti kesabaran yang sebenar. Waktu berpuasa lah kita nak disiplin kan diri kita dengan melakukan amalan-amalan baik supaya kita terus istiqomah pada masa akan datang. 

Berpuasa juga mengajar kita erti kepayahan umat lain yang sentiasa berlapar dan tidak cukup makan bukan sahaja di bulan puasa, malah sepanjang masa. Ini dapat melatih kita supaya sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepada kita.  

Semoga puasa Ramadhan kali ini sangat bermakna buat kita. Anggaplah Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir buat kita supaya kita dapat mengenal erti Puasa yang sebenar. Alhamdulillah...

-With Love-
MiaZain

6 comments:

  1. Puasa mendidik kita menjadi lebih sempurna sebagai hambaNya...

    ReplyDelete
  2. selamat berpuasa =) semoga sihat2 sentiasa okay..

    ReplyDelete
  3. kita dah masuk fasa ke2 bulan ramadhan. Fasa pertama adalahrahmat, fasa kedua pula keampunan dan fasa terakhir adalah perlepasan dari api neraka. Secara mudahnya 10 hari pertama adalah untuk rahmat, 10 hari kedua untuk keampunan dan 10 hari ketiga adalah jaminan pelepasan dari api neraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam abang nazlee,
      nice info :)
      iols tak pernah tahu sob3

      #BloggerUtara

      Delete
  4. Assalam mia,
    iols pun yang faham erti puasa ni untuk mendidik diri kita supaya sabar dan mengingati orang yang lebih susah atau kekurangan dari kita :)

    #BloggerUtara

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...