Thursday, June 04, 2015
Assalamualaikum...

"Topik hari ni mungkin agak sensitif bagi sesetengah pihak. Ini hanya pendapat saya berdasarkan pembacaan dan pemerhatian saya. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza."

Kita sering percaya susu lembu lebih baik dan banyak manfaat untuk anak kita berbanding susu ibu kan. Betul ke persepsi kita tu? 

bahaya susu formula, susu formula, kebaikan susu ibu, susu formula terbaik, elakkan susu formula, susu lembu, susu ibu, perbezaan susu ibu dan susu formula

Kalau kita tengok di tv sekarang banyak iklan-iklan susu formula yang menarik perhatian kita kan. Lebih-lebih lagi susu formula sekarang telah diperkayakan dengan pelbagai jenis vitamin seperti DHA, AHA, Omega 3, Omega 6, dan vitamin-vitamin lagi. Sehinggakan persepsi kita tentang susu formula berubah dengan mengatakan bahawa susu formula adalah yang terbaik. Tetapi sedarkah kita bahawa disebalik kehebatan susu formula dalam iklan tersebut terselindung ancaman bahaya dari susu formula khususnya untuk anak yang berusia bawah 2 tahun.

Selagi kita boleh elak susu lembu atau susu formula, sebaiknya kita elakkan. Kadang-kadang sedih tengok bayi kecik dah kena suap dengan susu formula ni. Bagi saya, susu lembu hanya untuk lembu, susu ibu tentulah untuk anaknya. 


Kalau berdasarkan buku ni The Risks of Not Breastfeeding for Mothers and Infants (Bahaya Tidak Menyusui Bagi Ibu dan Bayi), bayi yang tidak mendapatkan susu ibu akan mengalami masalah kesihatan seperti meningkatkan risiko jangkitan berbahaya seperti infeksi telinga, infeksi perut, pneumonia (infeksi paru-paru), risiko diabetis serta SIDS (sindrom kematian bayi secara mengejut).

Kelebihan susu ibu berbanding susu formula.

Terdapat banyak perbezaan susu ibu dengan susu formula. 

1. Kandungan Antibodi
Susu ibu adalah satu-satunya susu yang mengandungi antibodi @ probiotik hidup. Ia menghalang jangkitan bakteria dan kuman yang boleh menyerang sistem pencernaan bayi. Inilah yang tidak boleh diberikan dalam susu formula. Walaupun mereka mengatakan bahawa susu formula mengandungi zat probiotik, tetapi kemungkinan probiotik yang terkandung adalah sintesis @ tiruan yang tidak hidup dan tidak sehebat probiotik yang terkandung dalam susu ibu. 

2. Kasein
Kebanyakan susu formula dihasilkan daripada susu lembu yang mengandungi kasein yang tinggi. Kebiasaannya bayi alahan terhadap kasein dan boleh menyebabkan bayi muntah, batuk, kulit kemerah-merahan, gangguan pernafasan dan sebagainya. 

Susu ibu mempunyai perbandingan antara Whey (protein) dan kasien yang sesuai untuk bayi, iaitu 65:35. Nisbah ni sangat sesuai untu protein susu ibu mudah diserap. Tapi, dalam susu formula nisbahnya antara whey dan kasien adalah 20:80, dimana nisbah ini menyebabkan susu formula sukar untuk diserap dan membuatkan bayi berasa tidak selesa dan kembung perut. Apabila kandungan protein dalam susu formula sukar untuk diserap oleh bayi, maka ia akan jadi membazir. 

3. Kandungan gula dan perasa
Kandungan gula dan pelbagai perisa (vanila dan madu) dalam susu formula memberikan rasa manis dan enak, sehingg anak-anak menjadi suka. Tapi, pemberian zat ini boleh membahayakan bayi. Kemungkinan boleh berlakunya infeksi dan anak mungkin akan mengalami demam tinggi, batuk, muntah dan gangguan pencernaan (cirit birit).

4. Garam mineral
Susu lembu mempunyai kalsium dan fosforus yang tinggi tapi nisbah tidak stabil dan susah dicerna dengan baik. Dan fosforus yang tinggi akan menyukarkan bayi menyerap kandungan kalsium dengan baik . Ini akan mendedahkan bayi terdedah dengan risiko tertentu kerana bayi kekurangan kalsium.

5. Kandungan zat-zat lain
Pengeluar susu formula berusaha untuk meniru kandungan susu ibu dengan menambahkan zat-zat lain seperti DHA, AA, Omega 3, Omega 6 yang berfungsi untuk meningkatkan kecerdasan otak bayi. Tapi, hakikatnya zat-zat ini hanya boleh diserap secara maksimum oleh tubuh sekiranya dibantu oleh enzim-emzim yang terdapat dalam susu ibu. Susu formula tidak memiliki enzim tersebut. 

Secara kesimpulannya, kita mendapat lebih banyak faedah sekiranya menyusukan anak dengan susu ibu. Contohnya:

1. Dari segi kesihatan bayi
Susu formula berisiko tinggo untuk mendapat gangguan pencernaan dan alahan. Penggunaan peralatan untuk menyediakan susu formula kepada anak haruslah bersih untuk mengelakkan daripada kuman menyerang anak. Sedangkan susu ibu tidak mempunyai risiko kepada bayi, malah caranya sungguh ringkas dan senang langsung terus daripada ibu kepada anak. 

2. Dari segi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak
Ikatan hubungan anak yang diberikan susu ibu lebih rapat berbanding anak yang diberikan susu formula.

3. Dari segi ekonomi
Dengan memberikan susu formula, kita terpaksa mengeluarkan wang dalam jumlah yang besar dalam sebulan untuk membeli susu formula berbanding susu ibu yang percuma sahaja. 

Kita sebagai ibu bapa sebolehnya ingin memberikan yang terbaik untuk anak. Motif entri ini bukanlah untuk memburukkan susu formula, tapi kita haruslah berfikir dengan bijaksana sekiranya kita berfikiran untuk menggantikan susu ibu kepada susu formula kepada anak kita yang tersayang. 

Kerajaan juga menyokong pemberian susu ibu kepada anak kita yang berusia 2 tahun ke bawah. Jadi, berilah susu ibu kepada anak yang lahir sehingga usianya 2 tahun, nescaya anak tersebut akan sihat dan ikatan kasih sayang sangat kukuh disamping menjaga ekonomi keluarga.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai keburukan susu formula, boleh baca di laman ini.

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...