Tuesday, June 02, 2015
1
Assalamualaikum semua...

Teringat kisah dulu-dulu waktu di sekolah tadika atau di sekolah rendah, sehari sebelum tu cikgu minta suruh bawak berus gigi dan cawan plastik ke sekolah sebab esoknya nurse datang sekolah nak ajar cara berus gigi. Pagi-pagi lagi dah kena beratur kat tepi kelas, duduk menghadap ke longkang untuk memberus gigi beramai-ramai. Siapa ada pengalaman macam ni? Anak-anak sekarang mungkin tak sama macam dulu kot. Pengalaman yang sangat indah, berus gigi tepi longkang. haha.

anak gosok gigi, tips mudah anak tak sabar nak gosok gigi, gosok gigi anak, cara mudah anak gosok gigi

Masalahnya sekarang bagi anak kecil, ada je akal nya untuk mengelak dari memberus gigi. Paling tak suka tengok gigi anak-anak kuning kan. Nampak sangat mak-mak nya tak jaga gigi anak. Tapi ada je mak-mak yang kata "tak perlu jaga sangat gigi anak-anak tu, nanti lambat nak rosak, lepastu bila dah tumbuh gigi baru jadi berlapis pulak nanti sebab gigi lama tak tercabut lagi". Ada juga ke ibu kat luar sana macam nie?

Kan lagi bagus kalau kita ajar anak-anak memberus gigi sejak dari mereka kecil lagi. Kalau dah besar nanti dah susah nak disiplinkan mereka untuk memberus gigi tiap-tiap hari. Macam emil, dia nak berus gigi sendiri. Berus sekejap je, pastu dah campak berus giginya. Itupun berus gigi depan jek. Mestilah tak bersih kan. Jadi, apa yang perlu kita buat pada anak-anak yang tak suka berus gigi nie? 

Tips Anak Mudah Nak Berus Gigi.


1. Mulakan dari awal
Gigi anak akan tumbuh lebih kurang 6 bulan selepas dilahirkan. Jadi, bila anak dah tumbuh gigi, dah boleh mula berus gigi anak. Biasanya pada awal-awal gigi tumbuh kita hanya mengelap dengan lembut menggunakan kain lembap. Kemudian, bila gigi dah banyak sikit boleh guna berus gigi yang lembut yang letak kat tangan tu. Lepas tu bolehla guna berus gigi yang biasa. 

2. Ajar anak cara yang betul
Kalau nak ajar anak, mak-mak dulu harus tahu cara yang betul untuk memberus gigi. Kita sebagai ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan mulut anak-anak sejak dari kecil lagi. Berus gigi bersama anak dan tunjukkan cara yang betul untuk memberus gigi. 

cara gosok gigi yang betul, ajar anak gosok gigi, tips ajar anak gosok gigi


3. Berikan kebebasan memilih
Berus gigi sekarang dah ada macam-macam bentuk, warna dan design watak superhero yang kanak-kanak mesti suka. Biar anak yang pilih berus gigi kesukaan mereka. Ubat gigi juga biasanya mempunyai rasa buah-buahan yang enak. Tetapi kebanyakan ubat gigi mengandungi kandungan pemanis yang banyak supaya anak-anak suka dengan rasa ubat gigi tersebut. Jadi, kena pandai pilih ubat gigi. Pilih ubat gigi yang berflorida dan mempunyai xylitol.  

Selain itu, ajar anak-anak supaya meletakkan berus dan ubat gigi yang telah digunakan ketempat yang disediakan supaya mereka lebih berdikari untuk memberus gigi kelak.

4. Jangan terlalu inginkan kesempurnaan
Anak-anak yang masih kecil tentunya belum dapat memberus gigi dengan cara yang betul. Jangan terlalu memaksa anak-anak dan menjadikan ia satu masalah yang berat kerana mereka masih dalam fasa untuk belajar. Apa yang perlu kita buat adalah menjadikan aktiviti memberus gigi ini sebagai satu rutin selepas bangun pagi, selepas makan dan sebelum tidur. Kemudian, apabila anak memberus gigi, boleh la kita tegur secara berhemah cara mereka memberus gigi dan secara tak langsung boleh ajarkan cara yang betul untuk memberus gigi.  

5.  Memberus gigi bersama-sama
Jadikan rutin memberus gigi sebagai aktviti bersama. Paling mudah apabila memberus gigi sebelum tidur. Kalau waktu pagi nanti anak-anak kalut untuk kesekolah. Kita boleh mengajak anak-anak untuk memberus gigi bersama-sama dan secara tak langsung boleh mengeratkan kasih sayang dengan anak. Pastinya mereka akan ternanti-nanti untuk memberus gigi bersama anda kelak. 

6. Bawalah berjumpa doktor gigi
Disarankan membawa anak untuk berjumpa dengan doktor gigi setiap 6 bulan sekali. Kadang-kadang anak-anak kita ni lebih mempercayai cakap dari orang asing je. Nanti doktor gigi akan terangkan tentang gigi yang bermasalah atau tidah bermasalah. Dan doktor juga selalunya akan mengajar cara-cara yang betul untuk memberus gigi pada anak kita. Doktor yang merawat juga pasti akan menasihatkan anak-anak supaya rajin memberus gigi selepas makan dan mengelakkan makanan seperti gula-gula, makanan ringan dan minuman manis.

7. Ciptakan lagu istimewa 
Ciptakan lagu berirama ceria yang berkisar tentang pergerakan langkah demi langkah memberus gigi supaya si manja anda boleh mengingatinya mudah. Sebagai contoh, liriknya boleh berbunyi begini-“ Gosok luar bulat-bulat, gosok dalam bulat-bulat, gosok depan bulat-bulat, gosok belakang bulat-bulat. Gosok atas, gosok bawah, nanti gigi jadi lawa”. Hal ini akan menjadikan aktiviti memberus gigi lebih menyeronokkan.

8. Memuji anak akan kebersihan giginya
Selalulah memuji anak atas usaha yang telah dilakukannya untuk membersihkan giginya. Sering mengingatkan anak bahawa Allah suka pada mereka yang sering menjaga kebersihan. Dan kaitkan juga dengan rakan-rakan sekeliling yang suka berkawan dengan orang yang menjaga kebersihan mulut dan sebagainya. Dengan pujian, anak akan lebih terdorong untuk terus memberus gigi.

Sentiasalah ingatkan pada anak-anak kita untuk memberus gigi. Boleh juga ceritakan pada anak-anak apa yang akan berlaku apabila kita tidak memberus gigi dengan betul, kerana plak yang terdapat pada gigi bukan sahaja merosakkan gigi, malah membuatkan gigi nampak tak cantik.

Jangan mudah putus asa dalam mengajar sesuatu kepada anak-anak. Sentiasa istiqomah dan buatlah berterusan. Lama kelamaan mereka pasti sedar akan kepentingan memberus gigi.

-With Love-
MiAZaiN
012.928.3726

1 comments:

  1. memang kena biasakan dari awal ni. kalau lambat..nanti diorang malas nak gosok gigi nanti.

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...