Monday, June 22, 2015
5
Assalamualaikum semua...

Di bulan yang mulia nie tentu kita berebut-rebut nak buat kebaikan kan. Tapi bagi wanita, ada hari-harinya yang mereka tidak boleh berpuasa dan melakukan ibadah lain. Selalunya orang cakap ABC (Allah Bagi Cuti). Hanya kaum wanita je yang ada cuti sebab mereka sangat istimewa. 

Tapi, mesti kita rasa sedih sebab tak boleh berpuasa dan merebut ganjaran pahala seperti mereka yang lain. Ye la, sangat banyak tawaran pahala yang diganjarkan pada mereka yang berpuasa dan melakukan ibadah sunat pada bulan ramadhan nie kan. Rasa rugi la kan kalau tak boleh nak rebut ganjaran tu. 


amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan

TAPI, jangan risau bagi mereka yang uzur di bulan ramadhan nie. Sebab apa? 

Sebab mereka boleh melakukan amalan-amalan yang lain yang juga mendapat ganjaran setimpal dengan perbuatan kita. Ingat, Allah itu maha adil. Jom kita tengok apakah amalan-amalan yang wanita uzur boleh lakukan semasa di bulan Ramadhan untuk merebut ganjaran pahala seperti mereka yang berpuasa.  

Amalan yang boleh dilakukan bagi wanita haid/nifas dibulan Ramadhan


amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan
Amalan #1:
Menyediakan makanan berbuka atau bersahur bagi orang yang berpuasa. 
Terdapat hadis yang menyatakan bahawa:
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang memberi makanan kepada seseorang untuk berbuka puasa, nescaya ia akan mendapat ganjaran yang sama seperti mereka yang berpuasa itu."
amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan
Amalan #2:
Memperbanyakkan berzikir, selawat ke atas Nabi dan doa-doa sepanjang waktu dan tempat.
Bagi yang berzikir: Maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman darpada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya emput puluh orang mati syahid manakala adalah dikira perempuan itu dikira berzikir kepada Allah di dalam masa haidnya.

amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan
Amalan #3:
Memperbanyaakkan sedekah dan amal jariah








amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan
Amalan #4:

Melibatkan diri dalam aktiviti dakwah dan kegiatan masyarakat pada waktu yang terluang dalam melaksanakan amal maaruf nahi mungkar.





amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan
Amalan #5:
Mendengar bacaan Al-Quran daripada CD, TV, Radio dan sebagainya. Atau membaca Al-Quran tanpa Mus'haf seperti membaca ayat-ayat Al-Quran yang tertulis di dinding atau di mana-mana sahaja dengan niat membacanya sebagai doa.






amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan
Amalan #6:
Membaca ayat-ayat Al-Quran yang kita dah hafal. Ini juga bertujuan untuk menguatkan kembali ingatan kita terhadap ayat tersebut







amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan
Amalan #7:
Membaca banyak buku-buku yang berfaedah. Tapi orang kita, bila tiba bulan puasa orang dah kurangkan aktiviti membaca buku. Membaca buku perlu dijadikan satu budaya tak kira waktu dan tempat. 







amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan
Amalan #8:
Melakukan perbuatan yang baik dengan orang sekeliling. Contohnya menghulurkan juadah kepada jiran-jiran atau ke surau-surau yang berdekatan atau megejutkan ahli keluarga untuk bersahur.







Antara amalan-amalan lain yang boleh dibuat ketika wanita sedang uzur pada bulan Ramadhan adalah:
amalan yang boleh dilakukan oleh wanita uzur di bulan ramadhan, amalan wanita haid pada bulan puasa, amalan semasa bulan ramadhan
Semoga Ramdhan kali ini penuh bermakna buat kita semua. Anggaplah Ramadhan kali ini adalah yang terakhir buat kita, kerana belum tentu kita akan berjumpa dengan Ramadhan lagi pada masa akan datang.

-With Love-
MiaZain

5 comments:

  1. Assalam mia,
    hat masak tu alhamdulillah konpem dah :)
    yang laen kena mola amalkan :)

    ReplyDelete
  2. betul tu.. nak beramal ni tak perlu banyak alasan..
    tepuk dada tanya iman sendiri.. nice sharing =D

    ReplyDelete
  3. Betul tu, banyak perkara yang boleh dilakukan oleh wanita yang haid. Tak semestinya makan dengan tidur sepanjang hari. ekekeke

    ReplyDelete
  4. Banyak pahala dpt kita buatkan..paling mudah masak dn sedekah kt jiran2

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...