Monday, June 15, 2015
4
Assalamualaikum...

Siapa yang hamil pasti pernah rasa kaki kejang kan. Biasanya berlaku waktu pagi, masa bangun dari tidur. Selalunya kejang kaki lebih kerap berlaku sewaktu trimester kedua dan ketiga. Otot yang selalu menegang adalah otot dibahagian betis. Walaupun terasa sangat sakit dan berlanjutan sehingga ke beberapa minit, tetapi kejang kaki ini tidak akan merosakkan otot betis.

Menurut babycenter.com antara punca berlakunya kejang kaki semasa mengandung adalah:
  • Bayi semakin berkembang dan menyerap nutrisi seperti kalsium dan magnesium daripada ibu. Jadi simpanan mineral-mineral ini dalam badan ibu menjadi berkurangan 
  • Salur darah besar pada kaki akan tertekan kerana uterus (rahim) yang semakin besar 
  • Kehadiran hormon progestron juga memberi kesan kepada otot kaki
  • Keadaan otot kaki yang letih berkemungkinan daripada keadaan berdiri yang lama, atau ibu terlalu banyak melakukan kerja 
Kaki kejang, elak kejang kaki wanita hamil, serik kena kejang kaki, tips mudah elak kejang kaki ketika hamil

Tips Mudah Dan Berkesan Elak Kejang Kaki Ketika Hamil

Tips #1: Senaman regangan kaki. 
Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.

Tips #2: Senaman tapak kaki. 
Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

Tips #3: 
Elakkan berdiri atau duduk dengan kaki bersilang untuk jangka masa yang lama

Tips #4: 
Berjalan-jalan setiap hari kecuali jika telah dinasihatkan oleh doktor untuk tidak bersenam.

Tips #5: 
Elakkan terlalu letih . Berbaring di sebelah kiri anda untuk meningkatkan peredaran darah ke kaki.

Tips #6:
Minum air dengan kerap untuk sentiasa terhidrat

Tips #7:
Mandi air panas sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot anda.

Apa Nak Buat Ketika Diserang Kejang Kaki?

Sekiranya tidur anda diganggu dengan kejang kaki, pertama sekali yang anda perlu ingat adalah jangan melawan kesakitan tersebut. Apabila kita melawan kesakitan tersebut, otot-otot yang lain akan turut menegang dan merasa lebih sakit.

Cuba regangkan kaki secara perlahan-lahan dengan meluruskan kaki dan menggerakkan jari-jemari kaki ke depan dan belakang beberapa kali. Ianya memang terasa sakit pada mulanya, tapi akan beransur kurang. Selepas itu bolehlah urut otot yang sakit dan bahagian tapak kaki.

Apa Nak Buat Kalau Kerap Kejang Kaki Setiap Hari?

Tapi, kalau dah tiap-tiap hari kena kejang kaki, mesti dah rasa serik nak hamil lepas nie kan. Pada yang dah merasa kena kejang kaki tu, terasa macam kena kejutan elektrik pun ada kan. Kita tak boleh nak jangka pun kejang kaki nie boleh berlaku pada kita. 

Jadi, oleh kerana punca kejang kaki nie disebabkan oleh kekurangan kalsium dan magnesium dalam badan, maka kita perlulah menambah keperluan nutrisi kalsium dan magnesium dalam pengambilan nutrisi harian kita. Kekurangan nutrisi kalsium dan magnesium juga boleh menyebabkan anda sembelit ketika hamil. Otot-otot anda tidak mampu lagi untuk bersifat elastik akibat rahim yang semakin membesar.

Walaupun kita dah minum susu dan mengambil pil kalsium yang dibekalkan dari klinik, tapi sekiranya masih berlaku kejang kaki, ia merupakan petanda bahawa bayi dalam kandungan tidak mendapat kalsium yang secukupnya sehingga bayi terpaksa mengambil nutrisi tersebut dari badan kita. Ini akan membuatkan badan kita kehilangan nutrisi dan menjadi lemah apabila kandungan semakin membesar. Kesihatan bayi juga mungkin akan terjejas.

Jadi, adalah penting untuk kita mencari suplemen kalsium dan magnesium yang sesuai dengan kita yang sedang hamil. Masalah kejang kaki ini boleh diatasi dengan mengambil vitamin OSTEMATRIX. Kenapa???

Kandungan Ostemtarix yang lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D membantu ramai ibu-ibu hamil dari mengalami kejang kaki. Bukan sekadar itu, ia juga membantu dari mengelakkan dari sakit pinggang kronik yang biasa dialami oleh ibu hamil.
Kaki kejang, elak kejang kaki wanita hamil, serik kena kejang kaki, tips mudah elak kejang kaki ketika hamil

Ini adalah testimoni daripada pengguna setia produk shaklee. 

Kaki kejang, elak kejang kaki wanita hamil, serik kena kejang kaki, tips mudah elak kejang kaki ketika hamil

Harga Ostematrix hanya RM61 (120 biji)

TETAPI sekiranya anda mendaftar sebagai ahli, anda akan mendapat penjimatan sehingga 15-20% dengan harga ahli. 
*** Keistimewaan menjadi ahli Shaklee***
>>> Keahlian adalah seumur hidup, tidak perlu diperbaharui
>>> Penjimatan sehingga 15-20%
>>> Tidak perlu beli produk tiap-tiap bulan untuk maintain keahlian
>>> Nak jadi ahli sebab untuk makan sendiri pun boleh
>>> Wang pulangan setiap bulan *sekiranya mematuhi terma & syarat  

Bukan itu sahaja, malah anda akan menerima sebotol multivitamin Vitalea bernilai RM88.75 secara PERCUMA. 

Sangat berbaloi kan. Rugi tau kalau lambat, tawaran ini sekali je datang, sempena Shaklee menyambut ulang tahun ke-100 si Vitalea sebagai Multivitamin Pertama di Dunia.

Jadi apa tunggu lagi. Jangan biarkan bayi dalam kandungan anda menderita akibat kekurangan nutrisi. Tak kan nak menderita kejang kaki setiap hari kan. Atasi sekarang.

Jika anda ingin mengatasi masalah kejang kaki ketika hamil hubungi Mia 012-9283 726. Jika anda berada berdekatan dengan Mia, Mia boleh hantarkan ostematrix ini terus kepada anda. 

-With Love-
MiaZain
012 - 9283 726

4 comments:

  1. Sangat membantu :)
    Terima kasih berkongsi ilmu ya !

    ReplyDelete
  2. Sakit wooo kejang kaki masa mengandung.. Rasa macam nak nangis 😭

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...