Monday, June 22, 2015
2
Assalamualaikum...

Cakap pasal ayam, siapa yang tiap-tiap hari makan ayam? Mesti dah jemu kan makan ayam kalau tiap-tiap hari asyik menu ayam je. Tapi, kalau dah tiap-taip hari makan ayam tu mesti tak tahu kan fakta menarik mengenai ayam nie. Siapa yang tak makan ayam pun mesti lagi tak tahu jugak pasal ayam kan.

Kalau kita fikirkan dengan cara pemakanan orang Malaysia sekarang, memang sangat menakutkan. Kalau pergi ke shoping mall, setiap masa penuh je manusia makan kat kedai makanan segera kan. Kebanyakan kedai jual makanan segera nie mesti ada produk berasaskan ayam. 

Macam-macam jenis ayam mentah yang dijual kat negara kita. Ada ayam daging, ayam kampung, ayam organik dan ayam pencen. Atau ada lagi jenis ayam lain? Cuba kita tengok perbezaan jenis ayam daging dan ayam yang lain, dari segi sainya, rasanya, tekstur isinya. Ada bezakan... 
kesan sampingan makan ayam daging, kesan makan ayam, ayam suntik hormon, bahaya suntikan hormon dalam ayam

Kalau dulu anak ayam mengambil masa selama lebih kurang 60 hari untuk matang, tetapi ayam sekarang hanya perlukan masa lebih kurang 40 hari untuk membesar. Malah lebih besar dari ayam dulu. Kalau dapat peha ayam yang gebu-gebu, besar tu kan, mesti kita sangat suka. TAPI, tahu tak kita bahawa ayam yang besar, gebu gebas tu bahaya untuk kita makan. 

Jom kita tengok kenapa ayam yang besar, gebu-gebas tu bahaya untuk kita.


Bahayanya Makan Ayam Daging

Fakta #1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) juga mengesahkan ayam di negara kita diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya.


Antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita (oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman).

Fakta #2
Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser (Utusan Malaysia).

Fakta #3
Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan, menurut pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (Utusan Malaysia).

Fakta #4
Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin ( saltwater ) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Fakta #5
Selain itu antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.

Namun mesti ada yang cakap, "dia makan ayam tiap-tiap hari, tapi tak de apa pun yang berlaku, sihat je kan". Memanglah masa sekarang kita memang tidak akan nampak kesan, tapi macam mana pula dengan masa hadapan kita? atau mungkin generasi kita? Cuba kita fikir, orang dulu-dulu susah nak dapat penyakit, tapi orang sekarang sekejap-sekejap masuk hospital. Selalu sangat sakit. Dan, banyak anak yang dilahirkan kadang-kadang tak cukup sihat, kecik-kecik lagi dah ada penyakit jantung berlubang dan sebagainya. Itulah kesan yang tersembunyi yang kita tak dapat nak fikirkan.

Walaubagaimanapun, ada satu cara yang terbaik untuk menghilangkan keraguan kita terhadap kesan hormon yang disuntik dalam ayam ni adalah dengan mengelakkan daripada makan kulit ayam dan merebus daging ayam dengan sempurna. Lagi satu cara adalah dengan mengambil suplemen yang kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan supaya badan sentiasa sihat.

Kadang-kadang terfikir untuk buat ladang ayam sendiri yang hanya menggunakan makanan-makanan organik untuk diberikan kepada ayam tersebut. Sebolehnya nak jual ayam organik dengan harga yang orang lain mampu beli. Sekarang kan ayam organik lagi mahal dari ayam daging biasa. Jadi, dah tak perlu tentang kesan sampingan makan ayam daging yang disuntik hormon nie dah. Doakan saya berjaya. Perancangan dah ada, cuma tunggu modal je. InsyaAllah.


-With Love-
MiaZain

2 comments:

  1. Assalam mia,
    dolu iols ada la sempat pantang ayam untuk few months utk family
    tapi sekarang dah mola balek makan ayam he3
    tapi sekor ayam tu dalm 2 weeks la jugaks
    lebihkan ikan yer dop

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...