Saturday, June 27, 2015
6
Assalamualaikum...

Kenapa penting kita tahu tanda-tanda awal kehamilan nie? Ada je orang yang dah 4 bulan mengandung baru tahu dia hamil. Tetapi, dengan mengetahui tanda-tanda awal kehamilan nie, kita sebagai ibu boleh membuat persediaan awal kehamilan. Contohnya menjaga gaya pemakanan. Tidak sesuka hati mengambil makanan yang tidak boleh diambil semasa hamil. Selain itu, dengan mengetahui tanda awal kehamilan, kita dapat mengurangkan risiko keguguran dengan tidak melakukan aktiviti lasak dan mengangkat benda yang berat.

Cara mudah untuk mengetahui anda hamil tentunya dengan menggunakan pregnancy test kits yang banyak dijual di farmasi kan. Tapi sebelum kita nak test guna alat menguji kehamilan tu, kita mestilah kena tahu tanda-tanda awal kehamilan supaya kita tak kecewa bila tengok keputusan alat menguji kehamilan tu negatif.  Tapi, tak semua ibu hamil mempunyai tanda yang sama dengan orang lain.  

tanda-tanda awal kehamilan, mengenalpasti tanda awal kehamilan, bagaimana tahu kita hamil

Tanda-tanda Awal Kehamilan

1. Payudara membengkak & Sensitif
Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

2. Sentiasa rasa penat dan mudah rasa letih
Peningkatan kadar hormon progesteron yang terjadi di awal kehamilan menyebabkan kita rasa penat dan letih. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital seperti ginjal, jantung dan paru-paru semakin bertambah untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya gejala ini akan berakhir setelah usia kehamilan memasuki trimester kedua.


3. Perdarahan kecil
Beberapa wanita memiliki sejumlah kecil perdarahan vagina sekitar hari ke-11 atau 12 hari setelah persenyawaan berlaku. Perdarahan mungkin berlaku kerana sel telur yang telah disenyawakan menempel di dinding uterus. Pendarahan ini sangat sedikit dan hanya berlaku sehari sahaja. 

4. Perut kembung
Perubahan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan anda merasa kembung, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. 

5. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda.

6. Morning sickness/ Mual dan muntah di pagi hari
Perut mual merupakan gejala yang umumnya yang dialami oleh wanita yang positif hamil. Hal ini dapat terjadi bahkan saat hari pertama kehamilan. Rasa mual yang terjadi saat hamil biasanya dipengaruhi oleh hormon yang memperlambat saluran pencernaan. Sehingga perut akan menjadi lebih lama untuk memproses makanan dan mengosongkan perut. Akibatnya, anda sering muntah-muntah

7. Perubahan mood 
Wanita hamil memiliki mood yang sangat tidak stabil. Mood berubah-rubah kerana berlakunya perubahan hormon secara drastik pada tubuh. Sekiranya anda merasai perubahan mood terjadi, itu kerana tubuh sedang menyesuaikan diri dengan kehadiran hormon tersebut.  

8. Lebih sensitif terhadap bauan
Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau. 

9. Peningkatan suhu badan
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Keadaan ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi. 

10. Lewat datang haid

Wanita yang positif hamil tidak lagi akan datang haid. Jadi, ini merupakan petanda yang besar dan senang nak pastikan yang anda betul-betul hamil. Haid berhenti disebabkan kerana badan kita sudah mula menghasilkan hormon progesteron untuk melindungi janin dalam kandungan. Akan tetapi, kadang-kadang ia memberi keputusan palsu kerana banyak kemungkinan lain yang berlaku apabila haid datang lewat. Contohnya stress, diet atau perubahan hormon. 

Selepas anda mengetahui sebarang tanda-tanda ini, bolehla guna alat menguji kehamilan yang banyak dijual difarmasi tu. Ini untuk mengetahui kebenaran samada anda betul-betul hamil atau tidak. Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, anda boleh cuba selepas 2-3 minggu tidak datang haid sekiranya keputusannya masih negatif.

Sekiranya keputusan pada alat menguji kehamilan anda positiif, bolehla buat temujanji dengan mana-mana doktor atau klinik kesihatan untuk mendaftar kehamilan dan membuat check up sebulan sekali. 
Tahniah!!! 

Apabila kita dah tahu kita hamil, tentunya kita nak yang terbaik untuk anak dalam kandungan kita. Jadi, saya sarankan supaya mengambil vitamin untuk menjaga kandungan kita. Betapa pentingnya makanan tambahan untuk anak kita kerana melalui pemakanan yang kita makan setiap hari, belum tentu dapat memberi nutrisi yang mencukupi untuk anak kita. Boleh baca artikel ini untuk membantu anda mencari yang terbaik untuk anda dan anak anda.

Suplemen Tambahan Ibu Hamil - Kekal Sihat, Anak Pintar

Asid folik mengelak anak dalam kandungan daripada mengalami kecacatan

-With Love-
MiaZain

6 comments:

  1. mak CT masa memula kawen tak tahu dia pregnant.. bawak budak pi hiking..
    huurm.. rupa2nya da 3 bulan ngandong n no hope lah nak selamat baby tu..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg baik.. bleh take note nnti kalau isteri ada tanda2 macam ni..eh, lupa plak, tak kahwin lagi.. hehehe...

    singgah pelan-pelan dari geng #BloggerUtara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam pha is,
      baguih3
      take note lekaih :P

      #BLoggerUtara

      Delete
  3. ms Aqil lewat dtg period, demam bpnjgan & pendarahan kecil...

    2nd time plak lewat period & demam bpnjgan...

    3rd...dlm proses...moga2 adala rezeki lg thun ni

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
  4. Sha tanda yang last tu xle guna hehehe.. Sebab x normalkan.. Yang berkesan tanda no 1,2,5,6,7 & 8...

    ReplyDelete
  5. Assalam mia,
    iols masa detect peknen tu memang awai
    schedulize period time..ater lewat sehari dah tahu peknen
    happy tak yah cakap la kan3
    tapi elok baby dekat 2 bulan memang alah teruk sesangat he3

    #BloggerUtara

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...