Friday, May 08, 2015
4
Assalamualaikum semua...

Baru-baru nie kita dikejutkan dengan berita tentang seorang pelajar Malaysia yang sedang belajar di luar negara telah ditahan kerana mempunyai lebih 30000 imej dan video lucah kanak-kanak. Sangat memeranjatkan dan mengecewakan ramai rakyat Malaysia. Apatah lagi perasaan mak ayah pelajar tersebut. Memang sukar untuk digambarkan.

pedophilia, phedophile, mangsa seksual kanak-kanak, cara mengatasi masalah pedophilia, tips untuk ibu bapa tentang pedophilia

Pedophilia

Pedophilia bermaksud keinginan seks secara langsung terhadap kanak-kanak. Ia adalah salah satu ketegori gangguan psikiatri melibatkan orientasi seksual yang mana kebanyakan pedophile (mereka yang mengalami pedophilia) boleh menjadi seperti heteroseksualiti, homoseksual atau biseksual. Ia melibatkan rangsangan erotik, fantasi dan tarikan seksual terhadap kanak-kanak.
Kadang-kadang kita terlepas pandang. Masalah ini mungkin dah lama berlaku di Malaysia. Buktinya, banyak kes-kes jenayah melibatkan kanak-kanak berlaku sekarang, banyak kes penculikan kanak-kanak, kes budak hilang, kes kanak-kanak kena rogol dalam pondok jaga, kes kanak-kanak diliwat dan macam-macam lagi. 
Pedophile dikatakan biasanya tidak mendapat kepuasan dalam hubungan seks dewasa dan berkemungkinan besar mempunyai harga diri yang rendah, mereka mendapati aktiviti seksual terhadap kanak-kanak kurang mengancam dan mengganggu gugat penghargaan kendiri mereka.

Jadi, bagaimana untuk mengatasi masalah ini. Adakah kita nak salahkan pesalah tersebut atau salahkan kanak-kanak yang tidak tahu menjaga diri sendiri???

Cara Mengatasi Masalah Pedophilia

Ramai yang cadangkan supaya pesalah tersebut dibawa balik ke Malaysia dan diberi bimbingan agama dan moral. Tapi, sejauh mana kita boleh mentarbiyahkan pesalah ini untuk kembali kejalan yang betul kan. Bagaimana pula dengan pesakit pedophilia yang lain yang kita tak tahu kan. 

Jadi, kita berbalik kepada ajaran Islam. Penyelesaian dengan cara terbaik untuk jenayah pedophilia ini adalah melalui PERKAHWINAN. Melalui perkahwinan ia dapat menyelesaikan isu kehendak seksual yang tidak dapat dikawal. Seperti sabda Rasulullah SAW:
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “Wahai sekalian pemuda, barangsiapa di antara kalian yang sudah mampu untuk menikah, maka segeralah menikah, karena nikah akan lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan, sesiapa yang tidak mampu hendaklah dia berpuasa kerana ia merupakan penghalang kepadanya (untuk melakukan perkara mungkar).” 

Tips Untuk Ibu Bapa Terhadap Masalah Pedophilia

Ibu bapa juga haruslah menjalankan tanggungjawab untuk mendidik anak bagi mengatasi masalah ini. Antaranya adalah:

1. Tidak memasukkan gambar anak yang boleh menarik minat pedophile ke dalam media sosial.

>>> Contohnya gambar anak tidak memakai baju, gambar mandi, atau senang cakap gambar yang sexy. Mungkin kita tak menganggap gambar sebegitu sexy, tapi bagi mereka gambar seperti itu sangat mengujakan mereka dan boleh menaikkan nafsu seksual mereka. 

2. Tidak memberitahu lokasi anak anda berada secara langsung atau tidak langsung
>>> Contohnya, post di media sosian memberitahu anak di rumah babysitter, atau pergi ke kedai dll.

3. Sentiasa menemani anak kemana sahaja mereka pergi

4. Latih anak anda untuk tidak duduk di atas peha/pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki.

5. Jangan paksa anak kalau dia tak selesa berada dengan orang tertentu

6. Sentiasa peka dengan perangai anak. Sesuatu yang tidak kena berlaku sekiranya mereka nampak kemurungan atau ketakutan

7. Ajar anak supaya mereka tidak membenarkan sesiapa sahaja memegang kemaluan mereka

8. Sentiasa mengenakan pakaian yang menutup aurat untuk anak-anak. Kebiasaan ini membuatkan mereka akan sentiasa menjaga aurat sehingga besar.  

Masalah ini bukanlah masalah mereka semata-mata. Kita juga harus menjaga kepentingan sejagat demi menjaga maruah agama, bangsa, dan negara. Sekiranya ada tanda-tanda anak-anak kecil menjadi mangsa pedophilia ini, boleh hubungi ChildLine 15999 untuk dapatkan bantuan. Kanak-kanak tidak bersalah. Kita yang dewasa perlu mengambil berat tentang mereka. 

Lindungi hak anak-anak anda.

Pesanan ikhlas
-diariemil-

4 comments:

  1. Thanks Mi ats perkongsian ini..zaman sekarang mcm2 benda yg kita perlu pantau..bila zaman mkin canggih..

    ReplyDelete
  2. Thanks Mi ats perkongsian ini..zaman sekarang mcm2 benda yg kita perlu pantau..bila zaman mkin canggih..

    ReplyDelete
  3. Mcm2 penyakit skrg ni akibat dr perkembangn teknologi

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang bagus..semakin maju dunia, mcm2 terjadi

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...