Thursday, May 07, 2015
3

Assalamualaikum semua...

Keguguran sering menjadi perkara yang merisaukan bagi ibu hamil yang sentiasa mahukan zuriat. Kadang-kadang ibu hamil tak jangka pun yang mereka ada risiko keguguran. Walaupun wanita tersebut boleh mengandung lagi selepas mengalami keguguran, ianya memberi impak yang sangat mendalam kepada wanita yang mengalaminya.


Risiko keguguran secara amnya untuk seseorang wanita adalah 15-20%. Adalah dianggarkan sebanyak 2% wanita yang akan mengalami keguguran dua kali berturut-turut. Adalah penting untuk ibu hamil tahu tanda-tanda awal keguguran supaya ia dapat dielakkan dengan berjumpa dengan doktor dengan segera. Kebiasaannya ibu-ibu muda tidak tahu yang mereka mempunyai risiko keguguran diawal kehamilan

tanda-tanda awal keguguran, jenis keguguran, punca keguguran, pendarahan yang banyak dari faraj, sakit dibahagian perut, risiko keguguran, makanan kesihatan ibu berpantang

Tanda-tanda Awal Keguguran


1. PENDARARAHAN YANG BANYAK DARI FARAJ
Kebiasaanya, sesorang itu akan mengalami pendarahan yang banyak dari faraj dan kadang kala disertai dengan sakit perut seperti sengugut yang teruk. Masa mia keguguran dulu takde rasa sakit sampaikan doktor pun pelik. Pendarahan ini tidak akan terhenti sehingga proses keguguran janin berlaku. Ada situasi pendarahan di awal kehamilan adalah normal kecuali kalau terasa sakit di bawah bahagian abdomen, kemungkinan proses keguguran sedang berlaku.
Sewaktu pendarahan berlaku, darah banyak keluar dan terasa seperti ingin membuang air kecil. Dan anda dinasihatkan tidak membuang air kecil di dalam lubang tandas, kerana dikhuatiri janin atau tisu tersebut akan keluar dan jatuh ke dalam lubang tandas.
 
Sekiranya berlaku pendarahan, cepat-cepat pergi ke hospital dan doktor akan melakukan ultrasound bagi mengesahkan samaada janin masih ada di dalam kantung atau mungkin heartbeat dah tiada. Macam saya sendiri, selepas buat ultra sound, kantung dah kosong, janin dah tiada.

2. SAKIT DIBAHAGIAN PERUT DAN BELAKANG
Rasa sakit di bahagian pelvis atau di bahagian bawah belakang samaada sebelum pendarahan atau selepas pendarahan berlaku berkemungkinan anda dalam proses keguguran. Rasa sakit itu kadang-kadang disertakan dengan pengeluaran ketulan darah atau tisu dari faraj.

Jenis-jenis Keguguran


Keguguran boleh berlaku dalam dua situasi samaada keguguran sempurna atau keguguran tidak sempurna. Keguguran sempurna ni terjadi apabila darah dan kantung janin keluar kesemuanya dan pendarahan berhenti dalam tempoh seminggu hingga sepuluh hari. Bila keguguran sudah berlaku dengan sempurna, wanita yang mengalami keguguran seperti ini tidak perlu ke hospital dan hanya perlu berehat di rumah. Cuma mungkin hanya perlu ambil pil penahan sakit.

Keguguran tidak sempurna pula berlaku apabila pendarahan tidah berhenti selepas 2 minggu. Jika keadaan ni berlaku, wanita yang mengalami situasi tersebut perlu berjumpa doktor kerana berkemungkinan tisu-tisu kehamilan masih ada di dalam rahim. Kemungkinan rahim anda perlu dicuci untuk membuang saki baki tisu atau janin yang masih tinggal. 




Pengalaman sendiri yang pernah mengalami keguguran untuk anak kedua 4 bulan yang lepas. Kandungan masih baru berusia 7 minggu. Pada mulanya dimasukkan ke wad kerana positif denggi. Macam-macam makan untuk pulihkan denggi, dan minum banyak air. Menurut doktor, minum air dengan banyak boleh menyebabkan komplikasi pada bayi dalam kandungan. Kalau tak minum air yang banyak macammana nak pulih daripada denggi kan.

Selepas sihat dari denggi, mungkin sudah ditakdirkan, pendarahan banyak berlaku dan terpaksa ke hospital sekali lagi kerana keguguran. Melalui pengalaman saya, doktor melakukan D&C (Dilation and Curretage) iaitu proses mengeluarkan saki baki janin yang keguguran. Proses terebut tidak sakit sebab kita dibius dan diberi ubat tidur. Selepas melakukan D&C, kita akan diberi rehat di dalam wad sekejap dan boleh keluar dari wad dalam tempoh 12 jam selepas D&C.


Mengalami keguguran sama seperti selepas bersalin, dimana ibu-ibu perlu menjalani proses berpantang. Walaupun saya hanya mengalami keguguran, akan tetapi saya masih mengambil makanan tambahan untuk menggantikan jamu-jamu moden yang tidak sesuai untuk saya. Tujuan saya mengambil makanan tambahan ini adalah supaya badan kekal cergas, rahim kembali kecut, dan badan tidak berasa lenguh dan sengal-sengal. 

Bagi yang mengalami masalah keguguran seperti saya, saya cadangkan untuk mengambil supplement set berpantang Shaklee bagi membantu penyembuhan selepas keguguran.

Dan telah ramai yang berpuas hati dengan menggunakan set ini. Anda boleh melihatnya diSINI

Sekiranya anda ingin mendapatkan set ini, boleh hubungi saya seperti dibawah


Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com


¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

3 comments:

  1. Terjah sini utk mendapat info2 menarik..tq mia

    ReplyDelete
  2. sy nk tnye .. kalau keguguran pernah pendarah berhenti dlm mase 2 hari je.. tp pd hari pertama darah byk dan sakit perut yg amat sgt..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...