Friday, May 22, 2015
5
Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini. Hari ini, Mia ingin memperkenalkan seorang lagi ahli keluarga dalam EFG iaitu Sayidah Napisah atau lebih gemar menggelarkan dirinya sebagai KC iaitu singkatan kepada kak cik. KC adalah pemilik kepada blog sayidahnapisahdotcom

sayidahnapisah.com

Sayidah Napisah

KC telah memulakan aktiviti menulis blog sejak beliau di tingkatan lima lagi. Matlamat beliau dalam menulis blog adalah untuk menyampaikan maklumat dan informasi bermanfaat kepada semua. Sebelum ini, KC menggunakan alamat blog memburucintamu.blogspot.com. Akan tetapi, selepas mengetahui bahawa dengan menggunakan domain dot com mempunyai banyak kelebihan, KC telah menukar domain kepada alamat blog sayidahnapisah.com. Dengan pertukaran ini, KC makin aktif dalam blog dan berjaya meningkatkan nilai uv blognya.

Walaupun usianya masih muda, KC pandai mencari info-info terkini untuk dimuatkan ke dalam entri blog beliau supaya pembaca tidak jemu untuk membacanya. Banyak drama-drama melayu terkini boleh didapati dalam blog beliau. Tidak ketinggalan juga banyak episod Running Man (RM) yang menjadi kegilaan ramai peminat turut dimuatkan didalam blog beliau. Jadi, kepada sesiapa yang ingin menonton drama-drama melayu atau koleksi Running Man, boleh lah memuat turun di dalam blog beliau. 

KC merupakan seorang pelajar di UPM serdang dan sedang mengikuti tahun akhir dalam bidang Major Matematik. Anak kelahiran Seremban ini adalah seorang yang peramah dan mudah mesra. KC bercita-cita untuk menjadi pensyarah atau guru supaya dapat mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna. 

Walaupun KC sangat aktif dalam dunia blog dan media sosial yang lain, tetapi KC tidak pernah mengabaikan pelajarannya. Buktinya, baru-baru ini KC telah memenangi Anugerah Akademik Terbaik di Malam Keunggulan Mahasiswa Kolej Enam Belas 2015. 

Review Sayidah Napisah

KC berharap berkongsiannya di alam maya dapat memberi manfaat kepada semua pembacanya. Dan semoga KC lebih maju di dalam dunia blog dalam menyampaikan informasi-informasi yang berguna kepada pembaca dan terus maju dalam dunia pelajaran. 

-With Love-
Mia

5 comments:

  1. Semoga segalanya dipermudahkan buat KC.. :)

    ReplyDelete
  2. kc si gadis bergigi emas..hikhjikhik

    ReplyDelete
  3. aminnnnnnnnn. hehehe terima kasih kak miaaa review kc :D

    love u muahhhhhh!!!

    ReplyDelete
  4. kak mia lupa nak beritahu yg kc seorang yg nakal eh?

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...