Wednesday, May 13, 2015
2
Assalamualaikum semua...

Saat kehamilan adalah masa yang paling mengembirakan bagi setiap pasangan kerana boleh melihat perkembangan kandungan. Kehamilan juga adalah satu keistimewaan dan kelebihan yang  dianugerahkan bagi kaum wanita yang dimana kaum lelaki tidak dapat merasainya. 

Walaupun pada saat kehamilan terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku, akan tetapi wanita-wanita bertuah ini tidak jemu untuk hamil lagi. Bukan semua wanita bernasib baik untuk menjalani kehamilan yang normal tanpa sebarang masalah sehingga kelahiran. Terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu hamil, dan keadaannya pasti berbeza bagi setiap ibu hamil. 

masalah biasa ketika hamil, morning sickness, mabuk ketika hamil, mual ketika hamil, alahan teruk ketika hamil, kejang kaki ketika hamil, insomnia, sakit belakang ketika hamil, pitam sewaktu hamil

Masalah Biasa Ketika Hamil

1. Mabuk hamil (Morning Sickness)


Morning sickness adalah perkara biasa dialami oleh ibu hamil. Kebiasaannya berlaku pada trimester pertama, dan ada juga berlarutan sehingga ke trimester ketiga. Ia berlaku pada waktu pagi dan perut masih kosong. Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan gula dalam darah dan peningkatan hormon mengandung yang menyebabkan iritasi pada perut ibu hamil.

Sesetengah makanan boleh mengurangkan masalah ini. Makanlah makanan berprotein tinggi dan kerbohidrat kompleks (kentang,beras perang, bijirin penuh) dan minum banyak air serta makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak dan minuman berkafein seperti kopi. Banyakkan minum air kosong atau jus buah-buahan tanpa gula. 



Jika masalah morning sickness berlarutan sehingga mengganggu anda sepanjang hari, ia boleh menyebabkan hyperemesis gravidarum yang mengganggu kandungan mineral dan kesihatan cecair ketuban. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah tekanan darah rendah. Kedua-dua kesan ini memberi risiko kepada bayi. Banyak lagi maklumat lain mengenai morning sickness di SINI

2. Sakit belakang


Sakit belakang semasa hamil memang perkara biasa. Ia disebabkan oleh kadar hormon progesteron yang tinggi, dimana ia membantu ligamen tulang pelvis untuk melembut dan meregang sebagai persediaan untuk melahirkan nanti. Ligamen spina juga rileks, meletakkan beban kepada bahagian belakang dan pergelangan pinggul. Berat badan bayi dalam kandungan juga menyebabkan perubahan kepada pusat graviti. Keadaan belakang akan diburukkan lagi jika anda mempunyai postur yang tidak baik.


Elakkan angkat barang berat dan kekalkan postur yang baik dengan tegakkan badan kita. Tidak digalakkan memakai kasut tumit tinggi. Urutan dan tilam yang bagus juga boleh membantu.

3. Kekejangan kaki

Kebiasaannya wanita hamil diserang kekejangan kaki apabila kandungan sudah masuk trimester ketiga. Ia merupakan petanda badan kita kekurangan kalsium. Urutan dikaki dapat kurangkan kekejangan kaki. Pastikan ibu hamil mengambil susu atau sumber kalsium yang mencukupi (1000mg kalsium sehari). 

Sekiranya anda kurang gemar dengan susu, cara mudah untuk elakkan masalah ini ada dengan mengambil pil kalsium Ostematrix supaya bekalan kalsium mencukupi untuk anda dan bayi dalam kandungan. 


4. Pitam

Ibu hamil mempunyai risiko untuk pitam dalam tempoh kehamilan. Kita akan rasa selalu gelap mata terutamanya apabila nak tukar posisi, dari baring nak berdiri. Ini berlaku kerana perubahan hormon dan kebanyakan darah dibekalkan ke uterus dan menyebabkan tekanan darah menurun membuatkan kita rasa pening dan hendak pitam.


Jangan berdiri terlalu lama dan elakkan bangun dengan serta merta. Kalau rasa pening, duduk atau baring mengiring dengan cepat. Kalau ibu-ibu sering pening dan pitam, lebih baik cepat-cepat berjumpa doktor 


5. Insomnia

Apabila kandungan mula membesar, kita akan semakin sukar untuk tidur kerana ketidakselesaan yang dialami. Pada waktu ini juga kita akan sering ke tandas untuk membuang air kecil kerana posisi kandungan menekan pundi kencing.



Pilih posisi terbaik untuk tidur (mengiring ke kiri). Minuman susu panas dan juga urutan sebelum tido boleh membantu. 

Setiap ibu mempunyai pengalaman yang berbeza untuk setiap kandungan. Ada yang senang, dan ada juga sukar. Walaupun begitu, Allah maha adil. Banyak sangat pahala yang kita dapat sewaktu hamil dan sekiranya kita meninggal dunia sewaktu melahirkan zuriat, ganjarannya adalah syurga Allah. 

Allah telah menganugerahkan wanita dengan nikmat dan keistimewaannya yang boleh mengandung. Inilah beza antara kaum ibu berbanding kaum bapa. Jadi, janganlah kita mengeluh dengan cabaran dan dugaan yang datang sewaktu hamil. Sepatutnya kita lagi bersyukur dengan nikmat zuriat yang Allah telah kurniakan. 

Dan yang penting, untuk memastikan badan kita sentiasa cergas dan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna boleh amalkan makanan tambahan untuk ibu hamil. Elakkan badan anda daripada letih dan lesu sewaktu hamil. Kena ingat, emosi anda juga dapat mempengaruhi kandungan anda. Anda juga boleh baca makanan yang bagus diamalkan ketika hamil.

Sebarang `pertanyaan boleh sms/whatsapp saya di 012-928 3726



2 comments:

  1. Alhamdulillah..sepanjang mengandung 4 org anak...dipermudahkan perjalanan oleh NYA.

    ReplyDelete
  2. Kak lya darab rendab huhu..masa preggy dllu pitam huhu

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...