Monday, May 18, 2015
2
Assalamualaikum semua...

Sekarang telah ramai yang mempunyai keinginan untuk menyusukan anak sendiri menggunakan susu ibu berbanding susu formula. Sehinggakan ada ibu-ibu yang tidak mampu untuk menyusukan anak sanggup mencari ibu susuan. Dan sekarang telah banyak persatuan ditubuhkan untuk mengumpulkan ibu susuan supaya memudahkan mereka mencari ibu susuan. Ini bermaksud ibu-ibu telah memahami tentang pentingnya memberi susu ibu berbanding susu formula yang banyak dijual diluar sana.

Masa awal-awal menyusukan emil dahulu, nurse ada berpesan jangan percaya cakap orang tua-tua dulu yang cakap susu ibu dibelah kanan adalah nasi, sebelah kiri adalah air. Maksudnya kalau bayi menyusu dibreast belah kanan akan lebih kenyang berbanding di sebelah kiri. Betul ke apa yang orang tua dulu-dulu kata tu? Nak tahu betul ke tak, kena baca selanjutnya...

kepentingan susu ibu, kandungan susu ibu, susu ibu, susu awal, susu akhir, foremilk, hindmilk, kepentingan susu ibu



Susu ibu terbahagi kepada dua iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk)

Apakah SUSU AWAL (FOREMILK) DAN SUSU AKHIR (HINDMILK) ?

Foremilk adalah susu yang berada ‘di depan’ kilang susu ibu (bahagian dalam breast). Oleh itu bila proses penyusuan berlaku, foremilk akan keluar dulu. Foremilk lebih cair (tinggi kandungan air) dan warnanya kehijauan atau kebiruan. Ia mengandungi karbohidrat, protein dan vitamin.

Hindmilk pula ialah susu yang berada ‘di belakang’ breast. Ia lebih pekat, mengandungi kalori dan lemak yang tinggi. Warnanya berbeza dengan foremilk, hindmilk kelihatan pekat dan ‘rich’.

Kepentingan foremilk dan hindmilk

Mana satu yang lebih penting antara foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ni? 

Jawapannya kedua-duanya sangat penting. 
Foremilk mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi. Sebab itu bayi yang berusia 6 bulan kebawah yang menyusu badan tidak memerlukan air masak kerana susu badan telah memberikan air yang secukupnya kepada bayi. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan).

Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kekurangan hindmilk pula menyebabkan bayi tak kenyang dan tumbesaran tidak bagus.


Sebab itu amat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan, yakni sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk dan hindmilk.

Masalahnya adalah apabila ibu tidak mengosongkan payudaranya (dengan cara mengepam atau menyusukan secara direct feeding). Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu “susu penuh” akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, dan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk berlaku dimana kandungan foremilk lebih banyak. Tetapi apabila ibu mengosongkan payudaranya, semakin kurang susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk dihasilkan, bermakna ia semakin pekat.

Apabila kandungan foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang dan mereka berasa tidak puas menyusu. Antara tanda-tanda mereka tidak puas menyusu kerana kurangnya hindmilk seperti:
  1. Bayi selalu meragam
  2. Bayi kembung
  3. Najis bayi menjadi kehijauan
  4. Bayi tak kenyang
  5. Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
  6. Bayi kerap sangat berak
Untuk menghasilkan susu ibu yang berkhasiat untuk anak, ibu juga haruslah mengamalkan gaya pemakanan yang sihat. Kalau ibu asyik makan maggi setiap hari, manakan si anak akan mendapat khasiat yang sepatutnya yang terkandung dalam susu ibu. Jadi, ibu-ibu haruslah mengambil makanan yang sihat dan berkhasiat. Untuk menambahkan lagi khasiat susu ibu kita dan mengelakkan ibu stress dan letih semasa menyusukan bayi, seeloknya ambillah makanan tambahan. Antaranya adalah set penyusuan Shaklee. Ramai yang telah mengambilnya dan berpuas hati dengan produk ini. Saya juga tidak ketinggalan untuk mengamalkannya. Sangat berpuas hati.

With Love

-DiariEmil-
Shaklee ID 1081104
012-9283726

2 comments:

  1. hehehehee... yang sebelah kanan : nasi, sebalah kiri : air tu bunyi macam kelakar tapi betul.. ain pernah dengar orang tua2 cakap gitu.. :)

    apapun, good info..

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...