Wednesday, May 06, 2015
5
Assalamualaikum semua...

Orang selalu cakap senyum tu adalah sedekah kan. Kalau tak mampu sedekah dengan wang ringgit, sedekah senyuman pun boleh. Tapi, pastikan senyuman tu ikhlas. Jangan dibuat-buat pulak. 

Masalahnya, kita nie susah nak senyum. Kadang-kadang kita banyak sangat memikirkan hal dunia sehinggakan terlupa untuk senyum. Contohnya memikirkan hal di rumah, di pejabat, anak-anak, keluarga dan macam-macam lagi. 

Realiti orang zaman sekarang, kalau senyum lebar sampai ke telinga pun waktu tengok duit gaji dah masuk dalam bank. Lepas dah bayar semua hutang piutang muka kembali masam sebab duit dalam bank dah tinggal sikit. 

cara untuk senyum, cara atasi stress, senyum adalah sedekah, motovasi, kata-kata motivasi

Senyum mampu mengurangkan stress 
Orang yang stress boleh digambarkan melalui wajahnya, tetapi dengan tersenyum boleh mencegah seseorang daripada nampak letih dan penat. Sekiranya anda sedang stress, cubalah senyum, ia mampu mengurangkan stress anda dan kita dapat berfikiran secara waras.
Senyum mampu melepaskan hormon endorfin, penghilang rasa sakit dan serotonin
Kajian menunjukkan apabila kita senyum, badan akan merembeskan endorfin dan serotonim, dimana hormon ini mampu mengurangkan rasa sakit secara semulajadi. Jadi, senyumlah walaupun tengah sakit  

Kepada sesiapa yang susah untuk tersenyum, boleh cuba tips ini yang boleh membuatkan kita tersenyum.

Bagaimana untuk membuatkan kita tersenyum.

1. Menolong orang lain
Bantu sahaja orang lain dalam apa jua keadaan pun seikhlas yang mungkin. Membantu ibu ayah dengan kerja rumah, membantu kawan anda membeli barangan dapur, membantu orang tua melintas jalan, membantu adik-adik belajar. Percayalah, kita akan rasa puas dan tersenyum kerana dapat menolong orang lain

2. Keluar rumah dan melihat alam yang indah
Tidak kira anda jenis yang tidak suka keluar rumah. Bila anda keluar, memijak rumput dan menghirup udara segar di pagi hari, akan membuatkan anda tersenyum.

3. Belai diri anda dengan makanan kesukaan anda
Anda suka coklat? Anda suka pizza? Belai diri anda dengan beli dan makan makanan yang ada suka. Bila anda suka hormon dopamine akan dirembeskan oleh otak. Anda akan merasa sangat segar nanti.

4. Solat
Mula berkomunikasi dengan Allah. Percaya ini adalah momen yang sangat bernilai. Anda akan rasai ketenangannya. Solat memberikan anda satu ketenangan yang sukar untuk digambarkan.

5. Simpan gadget anda
Switch off!!! Putuskan sebentar diri anda dengan dunia internet dan online. Ada kajian mengatakan penggunaan device yang berlebihan akan menyebabkan kemurungan, kurang tidur dan stres. Tinggalkan sebentar dunia online, hidup lah di alam realiti.

6. Petik bunga
Anda boleh beli bunga di kedai bunga. Mungkin suami anda kata, membazirkan sahaja beli bunga nanti dia akan layu dan mati. Tetapi jika ada seseorang memberikan sejambak bunga pada anda… apa yang berlaku?? Senyuman lebar akan terukir.

7. Dengar
Dengar apa? Dengar perkara yang baik-baik saja dan yang sedap didengar saja. Jangan pulak gi dengar benda yang bising-bising. Dengar apa yang orang cakap? Bunyi hujan? Bunyi burung-burung? dan nikmati bunyi tesebut. Pasti anda akan tersenyum.

8. Minum minuman kegemaran anda
Mungkin kadang-kadang anda terhidrasi. Kembalikan bendalir badan anda dengan minum air yang banyak. Adalah lagi bagus untuk minum minuman yang kurang manis dan memberikan anda tenaga seperti performance drink Shaklee.

9. Cari sumber inspirasi
Anda boleh google. Kata-kata motivasi daripada internet. Anda juga boleh membaca buku-buku tulisan penulis yang hebat. Anda akan rasakan, satu tenaga akan mengalir di dalam diri anda.

10. Meditasi
# Fokus kepada pernafasan anda. 
# Fokus kepada fikiran anda. Perhatikan apa yang anda fikir sepanjang hari ini. 
# Fokus kepada emosi anda. Apa yang anda rasa selama ini? Gunakan momen ini untuk memperbetulkan apa yang anda fikir dan apa yang anda rasa.

cara untuk senyum, cara atasi stress, senyum adalah sedekah, motovasi, kata-kata motivasi

Senyumlah sekiranya kita mahu orang disekeliling senyum kepada kita

dengan senyuman dari:
-diariemil-

5 comments:

  1. kalau angah yg no 5 tu susah nk buat :P

    ReplyDelete
  2. kita paling setuju no 2 tuh...memang betul :D salam sayang dari aisya EFG yer...muah! done follow sini :D

    jindrisska.blogspot.com

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...