Thursday, April 16, 2015
4
Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, sedar tak sedar saya telah berjaya menyusukan Emil secara esklusif selama 1 tahun 9 bulan. Lagi 3 bulan saje yang tinggal sebelum saya berhenti menyusukannya. Banyak tip berguna yang telah diguna pakai untuk menjayakan penyusuan susu ibu secara esklusif tanpa perlu top up dengan susu formula. Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu lain yang mengerti akan kepentingan susu ibu.

Susu ibu adalah susu terbaik di dunia!!!

Kelebihan menyusukan anak

  1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  4. InsyaAllah susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk.
  5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
Sebelum tu kita dengar dulu cabaran ibu ini yang menyusukan anaknya yang lahir pramatang



Untuk menjayakan penyusuan susu ibu selama 2 tahun bukanlah satu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi bagi ibu yang berkerjaya. Jadi, ilmu-ilmu tentang penyusuan adalah perkara wajib yang perlu kita cari sebelum melahirkan anak. Ramai ibu-ibu hanya try and error dan menyebabkan mereka gagal dalam usaha murni ini kerana ceteknya ilmu penyusuan ini.


Tips Penting Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu Hingga 2 Tahun

1. Buat Persediaan Mental & Fizikal Dengan Tanamkan Niat Dan Azam
Persediaan mental & fizikal sangat lah penting. Niat untuk menyusukan anak haruslah ke jalan Allah. Kita perlu set pada minda kita bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun. Sebarang halangan yang datang untuk menyususkan anak tak akan terkesan pada kita. Dari segi fizikal pula, pastikan badan kita sihat kerana masa rehat pasti akan digunakan untuk menyusukan anak tambahan pula tenaga kita berkurangan setelah melahirkan anak.

2. Tambah Ilmu
Kalau dah ada niat tapi tak tau caranya pun susah juga. Jadi, kita harus banyakkan membaca tentang ilmu penyusuan. Artikel-artikel di internet, blog-blog ibu menyusu, forum penyusuan susu ibu SusuIbu.Com dan juga babycenter.com boleh dijadikan sebagai rujukan. Bila ada ilmu kita akan rasa lebih faham dan yakin.

3. Sokongan Suami Dan Ahli Keluarga
Orang terdekat juga memainkan peranan penting untuk menjayakan proses penyusuan susu ibu ini. Bagitahu pada mereka bahawa kita nak menyusukan anak selama 2 tahun dengan susu ibu sahaja tanpa susu formula.

4. Persediaan Material
Sediakan alatan penyusuan untuk memudahkan kita menyusu anak. Contohnya bagi ibu yang berkerja, mereka perlukan alatan yang lengkap seperti pump susu, botol untuk simpan susu, bekas yang sesuai untuk simpan susu. Disamping itu keperluan seperti nursing pillow, nursing bra dapat memudahkan kita menyusukan anak. Bila ada barang-barang ni, proses penyusuan tu akan jadi lebih mudah dan selesa.

5. Persediaan Rohani
Berdoalah semoga Allah membri kekuatan pada kita untuk menyusukan anak sehingga usianya 2tahun. Perbanyakkan amalan rohani untuk ikhtiar banyakkan susu.

6. Faham konsep demand & supply
Ibu menyusu perlu faham konsep demand & supply. Semakin banyak anak menyusu badan, semakin banyak susu akan terhasil. Ini selaras dengan keperluan bayi. Di awal kelahiran, perut bayi masih kecil dan hanya memerlukan susu yang sedikit. Jadi, susu yang dikeluarkan pun sikit. Bukan bermakna susu mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan anak.

7. Elakkan Stress dan berfikiran negatif
Stress adalah perkara biasa bagi ibu yang baru melahirkan anak, ditambah pula dengan kurang rehat. Jadi, kena pandai uruskan tekanan yang datang supaya penghasilan susu tidak merudum. Ibu-ibu juga perlu sentiasa berfikiran positif yang mereka dapat menyususkan anak selama 2 tahun dan susu yang dihasilkan adalah mencukupi. 

8. Makanan Tambahan
Semasa menyusukan bayi, zat-zat dan nutrien penting daripada badan ibu akan disalurkan ke anak melalui susu ibu. Dalam masa sama proses penyusuan susu ibu tu sendiri banyak guna tenaga. Jadi, sangat penting bagi ibu menyusu untuk memastikan badan anda mendapat nutrien lengkap supaya badan boleh menghasilkan susu dengan baik, kesihatan terjaga, dan anak mendapat nutrien penting untuk membesar dengan baik. 

Makanan tambahan dapat membantu menghasilkan susu yang banyak dan berkhasiat. Disamping itu memberi tenaga kepada ibu menyusu. Jadi ibu akan sentiasa bersemangat untuk menyusukan anak.

Sepanjang saya menyusukan emil, saya amalkan pengambilan vitamin-vitamin seperti dibawah:

makanan tambahan ibu menyusu

1. ESP
Bantu kurangkan rasa lapar dan bagi tenaga. Bekalkan protein yang penting untuk proses penghasilan susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Bantu pelihara kesihatan sel, kulit, kuku, rambut ibu dan bayi.

2. Vitamin C
Kuatkan sistem imun. Bantu perkembangan tulang dan gigi bayi.

3. B Complex
Baik untuk kesihatan saraf dan peredaran darah. Bantu redakan tekanan ibu dan memberi ketenangan serta keseimbangan emosi.

4. Ostematrix
Bekalkan sumber kalsium penting untuk perkembangam bayi dan ganti semula kalsium ibu yang hilang. Bantu ibu tidur lebih nyenyak dan bangun rasa lebih cergas.

5. Alfalfa Complex
Alfalfa adalah penggalak susu yang tak panas dan tak mudaratkan baby. Kaya dengan mineral dan serat untuk bantu kurangkan sembelit dan cuci usus untuk bantu ibu kurus dan kempiskan perut. Bagus untuk kesihatan dalaman wanita lepas bersalin.

6. Multivitamin Vita-Lea
Diformulasi dengan zat besi yang membantu penghasilan sel darah mana yang mana ibu lepas bersalin banyak kehilangan darah. Membekalkan dan mengisi kelompongan nutrien daripada diet harian untuk pemulihan sel dan kesihatan keseluruhan.
Ramai ibu yang dah cuba dah berpuas hati dengan set penyusuan ni antaranya testimoni seorang ibu yang dapat hasilkan banyak susu dan boleh buat banyak stok EBM.

Telah ramai ibu-ibu yang mengambil makanan tambahan ini berjaya menyusukan anak mereka hingga lengkap 2 tahun. Sekiranya anda ingin berjaya seperti mereka boleh hubungi saya seperti di bawah:

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

4 comments:

  1. bnyk dpt info kat blog kak mia :)

    ReplyDelete
  2. indahnya menjadi seorang ibu...
    Insya-Allah.. doakan kak ain ye... :)

    ReplyDelete
  3. bestnyee kalau dpt susukan anak sendiri.. bertuah bg yg pernah mengalaminya....

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...