Wednesday, April 22, 2015
11
Assamualaikum semua...


Alhamdulillah, hari nie dah 3 minggu lebih masuk rumah baru. Sebelum nie kehidupan di shah alam sangat meruntun jiwa kami anak beranak. huhu. Dengan keadaan rumah yang tak selesa sebab takde peredaran angin, keadaan yang panas, ditambah pula kes denggi memang tengah hot kat kawasan tu. Dan yang paling menyedihkan, lepas 2 minggu di shah alam, mia positif denggi. Seminggu masuk ward. Nasib budak kecik emil tu tak kena denggi, cuma demam biasa saje. Kalau budak kecik kena denggi, kita yang sakit tengok dia kena ambil darah tiap-tiap hari kan. 



Sekarang dah berpindah ke Penang, rasa lebih selesa, lebih teratur dan lebih mengasyikkan dengan keadaan rumah sekarang. Kalau dulu di shah alam, keluar pintu rumah jek, berderet kedai depan rumah, Sian emil takde tempat untuk bermain. Tapi sekarang dah ada macam-macam permainan untuk emil. 



jade view penang

diari emil

Sekarang masih dalam fasa mengemas rumah. Walaupun dah seminggu lebih tinggal kat sini, tapi kain baju masih banyak yang belum dikemaskan. Masih mencari tempat untuk mengemas baju-baju nie. Kadang-kadang susah nak cari almari yang sesuai untuk simpan baju. Siapa ada tips untuk susun baju supaya nampak kemas dan tak berselerak semasa nak ambil baju??? sesiapa ada tips boleh kongsikan diruangan komen k...



Semoga kehidupan kami di Penang lebih bermakna walaupun keluarga jauh, tapi mereka masih tetap diingatan. 

#Dukpenangdah10tahun

11 comments:

  1. welcome to Penang.. house warming jangan lupa jemput kitaorang .:D

    ReplyDelete
  2. pindah ke penang ye Mia, dekatlah dengan aRz dah ni hehe :)

    ReplyDelete
  3. mia..senang2 mai komtar,khaty keja c tu..best nya dah boleh masuk rumah baru

    ReplyDelete
  4. nasi kandaq...!!
    nasi kandaq...!!
    nasi kandaq manaaaaa...
    nasi kandaq...!!

    :p

    ReplyDelete
  5. welcome to penang, sebb penang ni ibarat rumah ke 2 saya .. sll outstation sana huhuhu

    ReplyDelete
  6. jauh juga bawak diri tu...xpe, Penang best :)

    ReplyDelete
  7. ala, siannya kalau kena denggi. susah betui.. comellah emil.geram tengok >.<

    saya xtaula tips nak kasi baju sentiasa kemas.. saya buat dalam keadaan menegak semuanya. jimat sikit ruang. kalau kita amek, kemas la.. buat macam mana pun, kalau budak2 yang amek baju dia, pang, bersepah balik -.-

    ReplyDelete

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...