Monday, April 20, 2015
1
Assalamualaikum semua...

Salam 1 Rejab kepada semua pembaca diari emil. Semoga Rejab kali ini lebih bermakna buat kita semua. Ada lagi 2 bulan sebelum ramadhan. Orang kata bulan rejab bulan untuk berlatih puasa kan. Jadi adalah sunat untuk berpuasa pada awal, tengah dan hujung bulan rejab. Semoga kita diberi kesempatan untuk menambah saham akhirat pada bulan ramadhan ini.

Sedikit perkongsian untuk hari ini. Manusia sering tewas dengan godaan syaitan. Lebih-lebih lagi mereka yang imannya kurang. Memang tugas syaitan adalah untuk menggoda anak Adam untuk melakukan kejahatan di muka bumi ini kan. Mereka selalu menggunakan pendekatan secara halus untuk menggoda kita. Antaranya seperti cerita dibawah. Petikan ini adalah "Perkongsian Alfadhilah Ustazah Nor Hafizah Musa..Kelas Pengajian Fiqh Wanita .

Cara pertama syaitan berkerja:
"Antara faktor keluarnya darah istihadhah & keguguran adalah kerana masuk ke bilik air ketika azan berkumandang!!!.. 
Ketika syaitan & tenteranya berlari2 ke dalam tandas, ketika itu jugalah kita menyertai mereka.  
Maka, masuklah ke dalam tandas sebelum atau selepas azan.. 

Cara kedua syaitan berkerja:
Perasan atau tidak. Ketika kita berwudhuk, mula solat, semasa solat dan mula membaca AlQuran, ketika itulah, anak-anak kecil kita mula bergaduh, menangis, mahu itu & ini? 
Di situlah syaitan memainkan peranannya mengganggu melalui bisikan:
'Mak tak dapat kacau, dapat anak pun jadilah..'
 
Lalu para ibu sering jadikan anak sebagai alasan untuk tidak dapat solat dengan khusyu' atau yang lebih parah, tidak solat langsung! 
Maka amalkan membaca doa berikut: (doa yang Nabi SAW ajar kepada Hasan & Husin untuk berlindung dari gangguan iblis & syaitan)
Moga kita sentiasa dilindungiNya...
 
doa perlindungan untuk anak

Terdapat banyak lagi cara mereka menggoda kita dalam kehidupan seharian kita. Sama-samalah kita berdoa agar dijauhi dari gangguan syaitan yang durjana.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semua...

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

1 comments:

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...