Wednesday, February 25, 2015
Assalamualaikum semua...
Semoga kita semua dikurniakan pagi yang ceria dan positif hari ini...

Ramai diantara kita sering keliru antara UBAT dan SUPLEMEN... Betul kan... Ramai yang tidak dapat membezakan antara ubat dan suplemen. Kebanyakannya akan mengatakan bahawa suplemen adalah ubat, suplemen adalah untuk menyembuhkan penyakit seperti ubat...

SALAH, SALAH, SALAH....

SUPLEMEN tak sama dengan UBAT... Jom kita bincangkan apa yang tak sama nya dua bende nie.

PERBEZAAN #1

UBAT              : Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit. 
SUPPLEMENT : Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit. 

Kalau dulu-dulu memang saya berfikiran negatif sedikit tentang suplemen nie. Buat apa perlu kita makan suplemen kan kalau badan sihat. Kita kan muda lagi untuk telan macam-macam pil tu. Lebih baik jumpa doktor je, cepat sikit sembuh kan. Tu la saya dulu-dulu.

Contohnya, bila kita tak sihat cepat-cepat kita pergi jumpa doktor kan supaya cepat sembuh. Dan semestinya doktor akan kasi UBAT mengikut penyakit kita. Tapi itu dulu...

Sekarang semenjak saya mengamalkan pengambilan suplemen shaklee nie, jarang dah saya nak dapat demam, batuk semua tu. Kalau demam atau batuk pun, cepat je sembuh sendiri. Dan yang paling ketara, saya menyusukan anak saya, dan dia memang susah untuk dijangkiti demam kalau nak dibandingkan dengan sepupu-sepupu dia yang lain. 


PERBEZAAN #2

UBAT : Diperbuat daripada DADAH dan BAHAN KIMIA, boleh berikan KESAN SAMPINGAN BURUK untuk jangka masa pendek dan panjang. Overdose juga boleh membawa MAUT!!
SUPPLEMENT : Diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI seperti makanan seharian kita. 

TAPI AWAS!! Ada juga supplement di pasaran yang ditambah dengan bahan-bahan kimia seperti Steroid dan hormon perangsang. Jadi wajib berhati-hati dengan jenis supplement yang anda ambil. Pastikan ia dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

Haa, inilah yang paling membimbangkan apabila kita ambil ubat. Banyak kesan sampingan buruk bila kita ambil ubat kerana dalam ubat mengandungi dadah & bahan kimia berbahaya yang berfungsi untuk melegakan sakit sahaja. Sebenarnya ubat ada banyak peringkat. Kalau badan kita dah imune dengan ubat yang selalu kita ambil, doktor akan naikkan dosnya pula untuk kesan yang lebih cepat. Tanpa disedari, ia akan memberi kesan jangka panjang seperti:-
  1. kita mudah dapat sakit
  2. buah pinggang akan rosak akibat memproses lebihan ubat yang tidak digunakan
  3. otak menjadi lembab dan lambat menerima arahan atau penerimaan arahan sukar diikuti 

Tetapi kebanyakan suplemen diperbuat daripada bahan semulajadi yang boleh diterima oleh badan kita. Jadi, ia tidak memudaratkan dan tidak memberi kesan sampingan yang buruk. Terutamanya suplemen dari Shaklee, memang terbukti diperbuat daripada bahan semualajadi dan tidak mengandungi dadah dan bahan kimia berbahaya. Telah banyak penyelidikan dari Shaklee untuk menjadikan vitamin dari Shaklee selamat dan terbukti berkesan. Contohnya Vivix daripada Anggur Muscadine, Collagen dari sisik ikan merah, ESP daripada kacang soya, Herblax daripada Daun Senna, Omegaguard daripada minyak ikan laut dalam, dan lain-lain lagi. 
  

PERBEZAAN #3

UBAT : Merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit. 
SUPPLEMENT : Merawat PUNCA penyakit. Mengandungi NUTRISI yang diperlukan sel badan setiap hari. 

Ubat berasaskan dadah kebanyakkannya hanya untuk menutup kesan penyakit. Ini kerana fungsi dadah dalam ubat tersebut hanya sebagai ubat tahan sakit (pain killer). Contohnya bila kita demam, kita akan ambil paracetamol. Kalau kita selidik, punca kita demam adalah disebabkan imunisasi badan kita yang lemah, dan paracetamol bukan untuk meningkatkan imunusasi kita tetapi hanya mengawal penyakit kita sahaja.

Tapi berbeza dengan supplement, ia mengandungi segala protein, vitamin, minerals yang PERLU ADA DALAM SEL BADAN kita untuk berfungsi dengan baik. Kalau badan kurang vitamin, kita boleh sakit atau kurang sihat dari segi fizikal dan emosi. Bila kita ambil suplemen, kebarangkalian untuk mendapat penyakit yang sama adalah rendah kerana kita dibekalkan dengan vitamin yang diperlukan oleh badan.

Akan tetapi, suplemen bukanlah pengganti makanan, suplemen adalah pelengkap makanan. Jangan nanti bila dah ambil suplemen, xmakan nasi bagai pulak kan. Suplemen akan mengisi lompang-lompang nutrien didalam badan kita yang mane makanan yang kita ambil tidak mengandungi nutrisi yang mencukupi.

PERLU KE AMBIL SUPLEMEN???    

Ini antara satu lagi pertanyaan yang famous. Bila kita kata suplemen cuma untuk melengkapkan makanan, sepertinya macam tak penting pulak kan suplemen nie. Akan tetapi, kalau kita boleh pastikan setiap hari makanan yang kita masak atau beli tu cukup keperluan vitamin, minerals yang diperlukan macam dalam Piramid Makanan, mungkin kita tak perlukan supplement. 

Diharap, perkongsian maklumat ini dapat membuka mata kita supaya mengamalkan suplemen sejak dari muda supaya terhindar dari penyakit dan dapat hidup dengan sihat supaya dapat beribadat kepadaNya. InsyaAllah.

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

::: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease :::

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...