Sunday, February 09, 2014
Sebut saja tentang vitamin C mesti orang kaitkan dengan kecantikan kerana vitamin C telah sinonim untuk memelihara kecantikan kulit. Malangnya, manusia tidak boleh menghasilkan vitamin C secara semulajadi seperti mamalia yang lain. Kita hanya mendapat vitamin C hanya daripada sumber makanan sahaja. 

Vitamin C mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu, aditif makanan, bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. Kebanyakkan vitamin C didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan kerana dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama dan juga terdedah pada udara.


Kenapa kita perlukan vitamin C?
Mengawal Jangkitan
Kebanyakan orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selesema. Walaupun ia boleh membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama kenapa vitamin C boleh mengawal selesema ialah kerana ia meningkatkan pertahanan semulajadi badan. 

Hampir kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C bagi melawan jangkitan.

Asma & Elergi
Di dalam Journal of The American Dietetic Association, terdapat laporan di mana pengambilan 1000mg vitamin C boleh bertindak sebagai anti-histamin. Walau bagaimana pun ia bukanlah kesan segera kerana suplemen memperbaiki tisu-tisu badan tidak memberi kesan seperti ubat. 

Untuk asma pula, pengambilan vitamin C yang rendah mendatangkan risiko keradangan tisu-tisu paru-paru. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan 1-2g vitamin C memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan asma. Menurut satu kajian double blind, pengambilan sebanyak itu juga melindungi saluran bronkial daripada cuaca sejuk dan hayfever.

Serangan Jantung
Kekurangan vitamin C dalam tisu badan adalah penyebab kepada sakit jantung, menurut satu circulation dalam American Heart Association. Vitamin C berfungsi melindungi lemak darah daripada menjadi plak-plak atherosclerotic yang terkumpul dalam arteri yang menjadi punca kepada masalah ini. Pengambilan vitamin C mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL, serta membina kolagen untuk melindungi darah di jantung dari melekat pada partikel-partikel lain.

Stress
Menghadapi stress samada secara fizikal atau emosi memerlukan bekalan vitamin C yang cukup. Kelenjar adrenal memerlukan lebih vitamin C dan ia lebih mudah kehilangannya dalam keadaan stress. Vitamin C membantu untuk meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh hormon kortisol semasa dalam keadaan stress. Menurut Dr Atkins, penyakit schizorphrenia adalah disebabkan oleh kesan dari toksik yang terhasil semasa stress.

Gout
Menurut ujian makmal, pengambilan vitamin C dos tinggi boleh mengurangkan asid urik dalam badan.

Batu Hempedu
Menurut European Jurnal of Clinical Investigation, pengambilan 2000mg vitamin C setiap hari melambatkan proses pembentukan batu hempedu sebanyak 350%.

Masalah Penglihatan
Seperti karetonoids, vitamin C membasahi mata kita dengan perlindungan antioksidan, yang mana menurut US Department of Agriculture’s Human Research Centre, boleh melindungi dari katarak. Vitamin C juga mengurangkan tekanan pada mata, yang mana melindunginya dari glaukoma.

Apakah sumber vitamin C terbaik? 
Ya, pastinya dari buah segar misalnya buah oren. Sebiji mempunyai 70 mg vitamin C. Sebenarnya sebiji buah oren telah cukup jumlah minimum vitamin C nya untuk keperluan badan. Namun ada beberapa perkara harus dilihat:
- Oren yang telah dipetik mengalami penurunan jumlah vitamin C.
- Oren yang dijadikan jus hilang kandungan vitamin C

Vitamin C yang terbaik tentunya datang dari bahan semulajadi dan terbaik. Dapatkan vitamin C yang mempunyai bioflvonoid kerana dapat meningkatkan keberkesanan vitamin C untuk diserap oleh tubuh kita.


Dapatkan vitamin C keluaran Shaklee kerana:
  1. Setiap tablet vitamin C bersamaan dengan memakan 7.5 biji buah oren.
  2. Ujian Klinikal membuktikan vitamin C dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.
  3. Vitamin C Shaklee didatangkan dalam bentuk 'sustained release' iaitu dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita. Setiap satu jam, hanya 100 mg vitamin C akan dilepaskan didalam badan, jadi ia akan bertahan selama 5 jam di dalam badan. Memandangkan vitamin C bersifat larut air, mudah musnah dan tidak dapat disimpan lama dalam badan, maka teknologi 'sustained release' adalah sangat diperlukan.
  4. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.
Dapatkan Vita-C Plus Shaklee sekarang untuk mendapatkan khasiat vitamin C yang terbaik!!!
Hubungi saya untuk maklumat lanjut, dapatkan harga yang istimewa dan khidmat nasihat adalah percuma.
Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...