Monday, February 17, 2014
Masalah anemia atau paras hemoglobin (HB) rendah adalah perkara biasa bagi ibu hamil. Secara purata, lebih kurang 80% ibu hamil mengalami anemia atau kurang sel darah merah. Saya juga pernah mengalami anemia ketika mengandung. Setiap kali ibu hamil ke klinik untuk membuat pemeriksaan kandungan, nurse akan mengambil sampel darah di jari atau di lengan untuk mendapatkan bacaan hemoglobin. 

Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak hemoglobin untuk menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan. Akan tetapi, apabila berlaku kekurangan zat besi atau nutrien yang lain, penghasilan hemoglobin dalam tubuh ibu hamil akan terjejas. Ramai para ibu hamil yang memendang remeh terhadap perkara ini. Sekiranya paras hemoglobin sangat rendah, ia mungkin akan memberi kesan yang buruk kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.
anemia
Perbezaan jumlah sel darah merah bagi yang normal dan pesakit anemia


APA ITU HEMOGLOBIN???
Hemoglobin merupakan komponen utama berwarna merah yang terkandung di dalam darah dan berfungsi untuk menyalurkan bekalan oksigen kepada seluruh badan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat disalurkan dengan sempurna kepada semua organ badan bagi fungsi yang optimum.


KESAN KEKURANGAN HEMOGLOBIN
KANDUNGAN KURANG DARI 5 BULAN
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis (pembentukan organ-organ seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak dan anggota-anggota lain). Jika paras darah kurang daripada 11g, kemungkinan jantung tidak terbentuk dengan sempurna dan bayi akan gugur. Jika jantung dapat dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat (tiada kaki dan tangan yang sempurna). Manakala jika bayi sempurna sifat tetapi darah terlampau cair akan melambatkan proses pembentukan otak bayi , iaitu mungkin bayi akan selamat dilahirkan tetapi kurang pandai.

KANDUNGAN 5 - 7 BULAN
Ketika bayi kita telah sempurna pembentukan sifat anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya boleh mati dalam kandungan ibu

KANDUNGAN 7 BULAN KE ATAS
Sifat bayi telah sempurna dalam usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung kepada kepekatan darah Hb. Jika Hb terlalu cair atau rendah iaitu kurang daripada 9g, jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain sedikit dimana bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.


FAKTOR BERLAKUNYA ANEMIA

  • Ibu hamil yang tidak mendapat khasiat secukupnya serta tidak dapat mengamalkan pemakanan seimbangan berikutan masalah morning sickness yang teruk dan berlarutan
  • Ibu yang hamil anak kembar
  • Jarak kehamilan yang terlalu rapat
  • Tabiat pemakanan yang tidak baik
  • Merokok dan mengambil alkohol secara berlebihan
  • Penggunaan ubat-ubatan anti konvulsi
  • Perkara-perkara yang boleh mengganggu penyerapan zat besi secara efektif oleh badan


SIMPTOM-SIMPTOM ANEMIA
  • Keletihan
  • Lemah anggota badan
  • Terasa seakan hendak atau mudah pitam
  • Muka kelihatan pucat & lesu
  • Jantung berdegup lebih kencang dari biasa
  • Loya
  • Sakit kepala & pening
  • Mudah lupa
  • Keradangan pada lidah


CARA MENINGKATKAN PARAS HEMOGLOBIN DALAM DARAH
  1. Makan makanan yang tinggi kandungan zat besi dalam diet makanan harian seperti daging lembu, daging ayam, kerang, ikan bilis, tauhu, sayur-sayuran hijau.
  2. Ambil makanan yang kaya dengan Vitamin C kerana vitamin C akan membantu penyerapan zat besi dalam badan seperti buah/jus oren, tomato, kiwi dan strawberi.
  3. Pilih makanan yang kaya dengan asid folik contohnya sayur-sayuran hijau, kekacang, roti dan bijirin.
Berita baik buat anda kerana produk Shaklee iaitu Vita-Lea with Iron Formula adalah multivitamin yang dirumus bersama zat besi. Bukan sahaja sesuai kepada mereka yang menginginkan kesihatan optimum, malah baik untuk ibu hamil yang mengalami masalah anemia. Jangan lupa untuk mengambil Vitamin C bersama, kerana ia membantu penyerapan zat besi dalam badan kita. Elakkan pengambilan kafein kerana ia mengurangkan penyerapan zat besi.



Sekiranya anda mempunyai masalah anemia, jangan segan-segan untuk menghubungi saya dan dapatkan harga istimewa


Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

¶ JOM BERUBAH!!! SIHAT BERSAMA SHAKLEE
¶ JADIKAN SAYA PERUNDING VITAMIN TERBAIK ANDA
¶ TERIMA KASIH KERANA MEMBACA ENTRY INI. JIKA ANDA RASA IA BERGUNA, SILA KLIK BUTANG SHARE. "SHARING IS CARING".

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...