Saturday, January 25, 2014
Saat mengetahui telah hamil merupakan saat yang paling bahagia buat sesebuah keluarga. Siapa yang tak teruja apabila disahkan hamil kan??? Apatah lagi pada mereka yang telah lama inginkan zuriat. 

Alhamdulillah... Maka bermulalah persediaan anda untuk menjaga kandungan anda terutamanya diawal kehamilan. Pada ketika inilah kita akan berfikir bagaimana caranya untuk memastikan dirinya dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat dan membesar dengan baik. Oleh itu, ibu hamil perlu memastikan nutrisi yang diambil setiap hari memberi kebaikan kepada dirinya dan kandunganya. 

Kadang-kadang, nutrisi yang diambil setiap hari tidak cukup untuk menampung keperluan zat untuk bayi dalam kandungan kita. Jadi ibu hamil sangat perlu mengambil vitamin tambahan supaya dapat menyokong zat dan nutrisi harian yang didapati dalam menu harian supaya dapat menampung keperluan ibu dan anak. 

Antara zat tambahan yang perlu diambil oleh ibu hamil adalah:

  • PROTEIN

Ibu hamil memerlukan 75 - 100 grams protein sehari. Penting untuk membina tisu dalam badan. Tumbesaran bayi, uri, rahim, tisu payudara dan bekalan darah bergantung kepada bekalan protein yang cukup. Asid amino adalah unit asas untuk protein. Asid amino yang diperlukan adalah asid amino yang tidak boleh dihasilkan dalam badan dan perlu diambil dari diet.

  •  IRON (Zat Besi)

Pengambilan harian sebanyak 27 mg adalah mencukupi untuk ibu hamil. Penting untuk menghasilkan darah. Ia merupakan bahan terpenting dalam penghasilan hemoglobin yang membawa oksigen disekeliling tubuh. Bekalan darah semakin bertambah semasa hamil, membuatkan keperluan zat besi bertambah. Mengambil makanan yang tinggi Vitamin C akan menolong penyerapan zat besi.
  • KALSIUM
Pengambilan 1000 mg kalsium diperlukan sehari untuk ibu hamil. Bayi memerlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi. Anda dan bayi memerlukan mineral untuk mengekalkan kakuatan gigi dan tulang, pembekuan darah yang normal serta fungsi otot dan saraf.
  • ASID FOLIK
Ibu hamil digalakkan mengambil 600 hingga 800 micrograms sehari. Asid folik, sejenis Vitamin B amat diperlukan untuk pembentukan sel darah marah dan sel baru dalam badan. Kekurangannya akan menyebabkan anemia dan bayi mendapat cacat saraf tunjang.
  • ASID LEMAK TEPU
Asid lemak ialah unit asas untuk lemak. Asid lemak tepu adalah asid lemak yang tidak boleh dihasilkan dalam badan perlu diambil dari makanan. Ia amat penting kerana ia diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru yang terbentuk dengan pantas. AA dan DHA yang terdapat dalam Omega Guard penting untuk tumbesaran normal dan perkembangan otak bayi.


Pastikan bahawa makanan yang masih mentah contohnya daging, ayam, makanan laut telah dimasak sepenuhnya untuk mengelakkan pendedahan kepada toxoplasmosis, salmonella, dan bakteria berbahaya yang lain. Kurangkan pengambilan caffein dalam pemakanan seharian seperti air bergas, kopi. Amalkan exercise ringan yang bersesuaian dengan keadaan anda.

Sekiranya anda tidak mampu untuk memenuhi nutrisi seperti ini, lebih senang kalau anda mendapatkan supplement yang juga dapat memenuhi nutrisi pemakanan yang diperlukan.
PROTEIN - ESP SHAKLEE
KALSIUM - OSTEMATRIX SHAKLEE
ZAT BESI - VITALEA SHAKLEE
ASID FOLIC - B-COMPLEX SHAKLEE (dilengkapi dengan asid folic)
ASID LEMAK TEPU - OMEGA GUARD SHAKLEE


Vitamin lengkap untuk Ibu Hamil

nak order? atau pun kalau nak tanya lebih lanjut, boleh hubungi saya... konsultasi secara percuma akan diberikan untuk anda... kesihatan anda adalah keutamaan kami..

Mia
Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...