Wednesday, January 29, 2014
Sembelit merupakan perkara yang menyakitkan. Mendengar perkataan sembelit juga membuatkan terasa gerun pada sesiapa yang pernah merasainya. Sembelit adalah masalah yang dialami oleh individu yang buang air besar kurang daripada 3 kali seminggu, yang diikuti dengan mengerang (straining), sakit sewaktu buang air besar, dan buang air besar dengan sukar. Biasanya najis adalah keras dan berketul ketul dan kering.

Sembelit bukan sahaja terjadi pada orang dewasa, malah berlaku juga pada bayi dan kanak-kanak. Terutamanya terjadi pada bayi yang minum susu formula dan yang telah makan makanan pejal. Kanak-kanak yang kurang mengambil makanan serat dan kurang minum air putih juga mudah mendapat sembelit. Anda sebagai ibu bapa perlu mengenalpasti tanda-tanda anak anda sembelit. Ini kerana mereka masih tidak tahu bagaimana untuk menerangkan kepada ibu bapa mereka.  



TANDA-TANDA ANAK ANDA MENGALAMI MASALAH SEMBELIT

  1. Sakit perut (datang dan pergi)
  2. Kurang lapar berbanding biasa
  3. Berkelakuan resah dan tidak selesa
  4. Luka pada dubur – yang menyebabkan rasa sakit dan berdarah apabila buang air. Ini disebabkan anak anda meneran terlalu kuat untuk memaksa najis yang keras dan besar keluar.
  5. Berkelakuan menahan (bagi mengelakkan rasa sakit) seperti mencangkung, menyilang kaki atau tidak mahu duduk di atas mangkuk tandas
  6. Anda boleh mengesan ketulan keras apabila menekan perutnya.


PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN MASALAH SEMBELIT
  1. Ia disebabkan keadaan semula jadi. Sesetengah kanak-kanak ada pergerakan usus yang perlahan sehingga boleh menyebabkan sembelit. Selain itu tabiat ke tandas seperti mengabaikan isyarat buang air kerana leka bermain.
  2. Perkara ini menyebabkan lama kelamaan najis menjadi keras dan besar menyebabkan ia sukar untuk dikeluarkan.
  3. Jadual ke tandas perlu dipupuk dan dijadikan waktu khusus yang tiada gangguan. Menahan keinginan untunk buang air akan menyebabkan proses buang air besar menjadi lebih sakit dan payah.
  4. Kadangkala pertukaran persekitaran baru seperti sekolah atau diberitahu untuk ‘bertahan’ ketika mahu buang air (terutama di sekolah) juga boleh menyumbang kepada masalah ini.
  5. Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami sembelit makan seperti biasa. Meningkatkan pengambilan serat dan air biasanya tidak membantu mengatasi masalah ini. Bagaimanapun bagi sesetengah kanak-kanak yang memang ada kecenderungan mengalami sembelit, kekurangan serat boleh memburukkan keadaan.
  6. Luka pada dubur menyebabkan kanak-kanak berasa sakit dan tidak mahu ke tandas. Jadi mereka akan cuba bertahan dan keadaan ini boleh menyebabkan masalah bertambah teruk.
  7. Penyakit seperti ketiadaan hujung saraf di dalam usus, kecacatan saraf tunjang, kekurangan hormone tiroid dan beberapa gangguan metabolik juga boleh menyebabkan sembelit. Bagaimanapun ia kes terpencil dan hanya sebilangan kecil masalah sembelit kanak-kanak disebabkan penyakit.


CARA MENGATASI SEMBELIT
  1. Didik anak minum air putih dengan kerap setiap hari. 25kg berat bersamaan 1 liter air putih diperlukan setiap hari. Disiplinkan anak minum setiap 15 minit-20 minit setiap kali. Letakkan botol air masak berdekatan dengan anak dan mudah dicapai bila anak mahu minum air putih
  2. Jika ingin berikan anak minum air jus buah-buahan. Gunakanlah jus dari buah sebenar dan masukkanlah sedikit serat atau pulpa ke dalam minuman jus anak
  3. Beri buah-buahan berbeza kepada anak sebagai hidangan sampingan 3 kali sehari antara waktu selepas sarapan dan sebelum makan tengahari sebagai snek minuman petang bersama sekeping roti atau sedikit biskut.
  4. Pelbagaikan jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi serat dalam sehari. Contohnya, pisang, labu, keledek, buah naga, nenas, jambu, jambu batu, sayuran berdaun dll
  5. Lebihkan sayur dalam setiap hidangan sarapan, makan tengah hari dan makan malam
  6. Didik anak cintai sayur. (Ibu perlu kreatif dalam menyediakan menu bersayur)
  7. Jika ingin menempuh perjalanan jauh. Ingatkan dan beri anak minum air putih.
  8. Bayi yang minum susu formula perlu disulam dengan air putih. Air yang telah bercampur susu formula hanya cukup untuk menguraikan susu formula sahaja tetapi tidak cukup untuk menampung keperluan cecair pada tubuhnya.
  9. Berikan pemakanan seimbang pada anak. Makanan yang tinggi karbohidrat dan tinggi lemak lambat diuraikan oleh usus. Jadi galakkan anak aktif berlari, bersenam, menari, melompat dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita perlu mencegah anak-anak yang mengalami sembelit kerana ia akan memudaratkan kesihatan anak-anak kita. Sebagai pilihan, saya mencadangkan ibu bapa mengambil makanan tambahan untuk anak-anak anda kekal sihat dengan pelbagai zat. Meal shakes Shaklee mampu menyelesaikan masalah sembelit anak-anak anda. Dapatkan meal shakes sekarang kerana terdapat banyak lagi kelebihannya. Antara kelebihan meal shakes yang lain adalah:



Kebaikan Mealshake:
  1. Sediakan vitamin dan mineral penting-nutrien asas untuk anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja untuk terus sihat dan kuat.
  2. Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  3. Sumber pekat kalsium
  4. Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
  5. Sarapan segera yang berkhasiat
  6. Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
  7. Kudapan menarik pada bila-bila masa
  8. Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
  9. Sediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.
  10. Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
Ingin dapatkan Meal Shakes Shaklee sekarang untuk anak anda??? hubungi saya untuk maklumat lanjut dan harga istimewa bakal menanti anda. Khidmat nasihat adalah percuma.


Mia

Shaklee Independent Distributor | Shaklee ID : 1081104 
SMS| 012 - 928 3726
EMAIL |salmiahmz@gmail.com
 FB Fanpage : Jurnal Sihat Cantik

0 comments:

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda di ruangan komen...